Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Mudarat air ketum sama seperti dadah Posted: Mudarat air ketum sama seperti dadah
PENAGIHAN dadah dalam kalangan anak muda kita semakin membimbangkan. Munculnya pelbagai jenis dadah moden seperti ice, pil kuda, dan ekstasi bukan sahaja menjadikan cara manusia menghisap dadah berubah, malah menjadikannya merebak dengan begitu cepat. Kini, di beberapa negeri di utara tanah air, muncul pula kegilaan baharu masyarakat terhadap air ketum. Ia merupakan daun yang diambil dari sejenis tumbuhan yang tumbuh secara melata di beberapa negeri utara tanah air. Daun ini kemudiannya direbus dan airnya diminum dengan anggapan bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit dan memulihkan tenaga. Bagaimanapun, yang jarang disedari ialah simptom ketagihan bahan ini. Adalah mustahil ia mampu mengubat penyakit atau memberikan kekuatan jika penggunanya tidak boleh meninggalkannya sama sekali dan perlu bergantung pula pada air ketum setiap hari. Dalam keadaan seperti ini, air ketum tidak lagi mampu menjadi ubat, sebaliknya sedang menjadi racun yang sedang merosak diri dan masyarakat. Kesan ketagihan Benar, kesan ketagihannya mungkin tidaklah sebesar penggunaan dadah hingga menyebabkan ada yang mencuri atau melakukan jenayah lain. Bagaimanapun, ada kesan sosial lain yang lebih buruk daripada penggunaan dadah. Tidak seperti penggunaan dadah, peminum air ketum ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ia bukan hanya melibatkan anak muda, malah orang dewasa. Kalau penggunaan dadah biasanya melibatkan mereka yang dianggap sebagai 'rosak akhlak', bagaimanapun peminum air ketum ialah ahli masyarakat yang normal. Mereka terlibat dengan aktiviti harian lain seperti bekerja, pergi ke masjid dan terlibat dengan kegiatan kemasyarakatan seperti biasa. Dalam erti kata yang lain, mereka ialah manusia budiman.
Aktiviti meminum air ketum juga lebih terbuka. Ia diminum di rumah ketika duduk bersantai dan dianggap hal biasa yang tidak merosakkan masyarakat. Malah, dalam banyak keadaan, peminumnya memberi tanggapan positif kononnya ia boleh menghilangkan pelbagai jenis penyakit termasuklah kencing manis dan darah tinggi. Hakikat yang jarang diselidiki ialah sejauh manakah air ketum ini memberikan kebaikan dibandingkan dengan keburukannya? Mereka yang telah beberapa kali meminum air ketum biasanya berpotensi untuk terus menjadi penggunanya. Pengguna yang cuba meninggalkannya pula akan berasa mengantuk, tidak senang duduk, malah ada yang mengadu mengalami cirit birit. Simptom ini sebenarnya sama seperti yang dialami oleh penagih heroin dan ubat batuk, malah penggunaan air ketum yang terlampau menyebabkan kulit muka menjadi seperti terbakar dan kehitaman. Semua ini merupakan kesan buruk yang biasanya tidak disedari oleh penggunanya. Hakikat lain yang jarang difikirkan ialah penagihan air ketum ini telah menyebabkan kesan sosial yang jauh lebih buruk malah, lebih buruk daripada penggunaan dadah yang lain. Begitupun, oleh kerana penggunanya ialah orang dewasa dan ada yang 'warak', maka mereka boleh memberikan pelbagai fatwa untuk menghalalkan penggunaannya. Ini menjadikan ia mampu berkembang dan merebak dengan cepat ke dalam masyarakat. Bayangkan, kini penggunanya melibatkan pelajar sekolah menengah pula. ANAK-ANAK muda dikhuatiri terbiasa dengan tabiat ketagihan dan sudah tidak mempunyai rasa takut pada orang dewasa. - Gambar hiasan Persepsi berubah Ia tidak dianggap sebagai hal terlarang kerana golongan dewasa sendiri telah menganggapnya secara positif. Sekiranya ada anak-anak remaja yang menggunakannya, adakah golongan dewasa mampu memberikan teguran kalau mereka sendiri penggunanya? Sebenarnya inilah antara isu besar yang sedang melanda kita. Orang dewasa yang menggunakan air ketum ini akan kehilangan 'pengaruh' psikologikal untuk menegur dan membimbing anak-anak remaja sekiranya ada yang terjebak dengan ketagihan air ketum. Harus diingat, penagihan dadah biasanya berkembang daripada satu tahap ke tahap yang lain. Bayangkan, sekiranya anak-anak ini kemudiannya mula menjinakkan diri dengan dadah. Apakah yang boleh dilakukan oleh orang dewasa untuk menegur mereka? Bagaimana nanti sekiranya anak-anak ini mula bertanya apakah bezanya mereka, 'ayah menagih air ketum, dan kami pula menagih ganja!'. Inilah sebenarnya kesan buruk yang mungkin tidak disedari oleh pengguna air ketum. Walau sebesar mana mitos positif mengenai air ketum, ia sebenarnya lebih banyak mengundang kerosakan kepada masyarakat berbanding kebaikannya. Ia sedang menyumbang kepada beberapa kerosakan lain yang tidak disedari. Mitos kehebatan air ketum hanyalah dongeng seperti yang juga muncul dalam penggunaan dadah yang lain. Berhentilah, kalaupun bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk anak-anak kita yang kian membesar. | |||
Posted: Fruitale rai cinta sejatiKHAIRATUL AZWA dan Hazhatta Idaham merakamkan momen kisah percintaan mereka dalam bentuk multimedia berjaya menambat hati juri untuk memenangi hadiah utama bernilai RM3,000. FRUITALE, rangkaian sabun kecantikan dengan haruman mempesonakan kini mengorak langkah mempopularkan dan memelihara tradisi kraf sabun buatan tangan yang suatu ketika dahulu sering dijadikan sebagai hadiah tetamu atau hantaran. Jenama itu buat pertama kalinya menganjurkan peraduan Fruitale Buah Hatiku Cinta Sejati bermula dari April hingga Jun lalu dalam laman fanpage Facebook Fruitale. Peraduan tersebut terbuka kepada pasangan yang bakal berkahwin sebagai platform untuk menceritakan kisah cinta mereka dengan cara paling kreatif melalui gambar, multimedia, video, lagu-lagu original, puisi, karya seni dan lain-lain. Sebanyak RM6,500 wang tunai dan hadiah-hadiah produk ditawarkan termasuk hadiah tetamu dan hantaran tersendiri dengan warna pilihan pasangan yang berjaya untuk disesuaikan dengan tema majlis perkahwinan mereka. Karya cinta Ternyata kisah cinta dan kasih sayang yang diceritakan Khairatul Azwa Mohd. Shamsuddin dan Hazhatta Idaham Abu Talib berjaya mencairkan hati para juri. Mereka telah memenangi hadiah utama bernilai RM3,000. Pasangan Sarina Saleh dan Sufian Roslan pula mendapat tempat kedua yang melayakkan mereka memenangi hadiah berjumlah RM2,000 sementara hadiah tempat ketiga bernilai RM1,500 dimenangi oleh Mohd. Hafis Md. Hadri dan Nurul Syazwani Emran. Hadiah istimewa produk Lam Soon bernilai RM300 pula menjadi milik Hidayat Masduki dan Hazimah Sidik kerana penggunaan sabun Fruitale paling inovatif sebagai prop dalam penyertaan mereka. Khairatul Azwa, 24, seorang jururawat dan Hazhatta Idaham, 23, seorang pereka grafik mula menjalinkan hubungan mereka sejak di universiti. Pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan mereka baru-baru ini merupakan pengguna setia Fruitale. "Terima kasih kepada Fruitale kerana peraduan ini kami dapat mengenang kembali zaman percintaan. Hazhatta membawa kisah percintaan kami ke dalam bentuk multimedia. "Apabila dia menunjukkan hasil kerjanya, saya terharu dan menangis kegembiraan kerana ia amat bermakna buat saya," kata Khairatul Azwa yang menunjukkan kisah percintaan mereka pada majlis perkahwinan. SABUN Fruitale sering dijadikan hantaran perkahwinan suatu ketika dahulu. Khairatul Azwa dan Hazhatta Idaham memilih sabun Fruitale Pomegranate untuk penghasilan hantaran dan hadiah buat tetamu. Berbeza dengan pemenang kedua, Sarina dan Sufian mempamerkan percintaan sejati mereka melalui seloka dalam bentuk puisi tradisional. "Kami merupakan rakan sekelas di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan melalui tugasan serta kerja kursus bersama. "Persahabatan bertukar menjadi sayang dan kemudiannya rasa cinta. Keluarga juga merestui hubungan kami. Sesetengah orang kata rupa kami sama dan kerana itulah ada jodoh," katanya sambil memberitahu hadiah yang diperoleh dapat membantu menampung perbelanjaan persiapan perkahwinan mereka. Pemenang ketiga, Mohd. Hafis dan Nurul Syazwani pula telah membuat video lagu menarik bertemakan pop yang menunjukkan gambar-gambar mereka. Populariti hantaran sabun Menurut Pengurus Produk Kanan Lam Soon (Bahagian Pemasaran, Penjagaan Rumah dan Penjagaan Diri), Angeline Sim, Fruitale mempunyai rangkaian sabun wangian yang luas dan mengandungi susu yogurt dengan nutrien buah-buahan sihat seperti lemon, strawberi, limau kasturi, oren, buah delima, pic dan betik. "Kami amat gembira kerana peraduan Fruitale Buah Hatiku Edisi Cinta Sejati ini mendapat maklum balas positif dan melahirkan hasil karya cinta sejati yang menarik. "Kami merasakan bahawa seni kraf sabun Melayu tidak patut lenyap begitu sahaja akibat daripada lebih ramai orang yang memilih hadiah tetamu dan hantaran yang lebih komersial," katanya. Sabun mandian Fruitale amat sesuai untuk kraf sabun kerana terdapat tujuh jenis varian buah-buahan dengan warna pastel dan wangian buahan yang tahan lama. Rangkaian baharu sabun kecantikan Fruitale yang diperkaya dengan kebaikan pati 100 peratus asli buah-buahan dan susu yogurt kini boleh didapati di seluruh negara pada harga RM2.50 untuk pek 3 x 80 gram bar. | |||
Milo perkenal tiga varian baharu Posted: Milo perkenal tiga varian baharu
MULA diperkenalkan di negara ini sekitar tahun 1950-an, Milo terus mendapat kepercayaan pelbagai lapisan masyarakat sebagai salah satu hidangan berkhasiat yang baik untuk keperluan harian tubuh. Baru-baru ini, Milo sekali lagi mencetuskan inovasi baharu apabila memperkenalkan Varian Campuran Milo baharu, iaitu Milo Serat, Milo Bijirin dan Milo Kurang Manis. Pengarah Eksekutif, Unit Perniagaan Kopi dan Minuman Nestle (Malaysia) Berhad, Don Howat berkata, ketiga-tiga varian campuran Milo baharu itu diformulasi khas berdasarkan kajian dan pembangunan bagi memenuhi tuntutan trend pengguna yang sentiasa berubah. "Milo Serat, misalnya mengandungi bahan Actifibras, iaitu serat makanan yang terbukti secara saintifik untuk membantu mengekalkan sistem penghadaman yang baik. "Sementara itu, Milo Bijirin pula mengandungi kepingan bijirin terbaik untuk memberikan tenaga manakala Milo Kurang Manis diperkayakan dengan kalsium dan mempunyai kurang 47 peratus gula (sukrosa) yang sesuai bagi mereka yang mementingkan kesihatan," ujarnya pada majlis pelancaran produk itu di The Square, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir ialah Pengarah Konsumer untuk Milo, Unit Perniagaan Kopi dan Minuman Nestle (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen. Tambah Howat, pelancaran Varian Campuran Milo baharu itu bertujuan memastikan jenama berkenaan terus kukuh dan relevan dalam kalangan pengguna di Malaysia. "Ia sejajar dengan janji Nestle, iaitu Good Food, Good Life bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dan pengambilan makanan yang baik pengguna," kata beliau. Didatangkan dalam bentuk uncang tiga dalam satu, Varian Campuran Milo baharu mudah disediakan dan sesuai dinikmati sesiapa sahaja sama ada di pejabat atau rumah. Ia dijual pada harga RM10.50 bagi setiap pek yang setiap satunya mengandungi 10 uncang. Varian Campuran Milo baharu itu kini boleh didapati di kebanyakan pasar raya besar dan pasar raya di Semenanjung Malaysia. - AMMAR JAZLAN MAD LELA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |