felda tersang - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda tersang - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>felda tersang</b> - Google Blog Search Posted: 06 Sep 2012 12:00 AM PDT Inalillahi wainailaihi rojiun RAUB – Dua pengurus Felda Gugusan Tersang meninggal dunia selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka bertembung dengan jip Jabatan Perhutanan di Kilometer 327 Jalan Raub-Tersang kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam. Kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang setelah menghadiri majlis sempena meraikan bakal haji di samping sambutan Aidilfitri dekat Felda Lurah Bilut. Pengurus Felda Tersang Dua, Abdul Rahim Mat Jabri, 50-an, mengalami kecederaan parah, tetapi sempat dibawa ke Klinik Kesihatan Tersang terlebih dahulu sebelum meninggal dunia di sana, sementara Pengurus Felda Tersang Tiga, Abd Jalil Jamaluddin, 40-an, meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kenderaan dipandu Abdul Jalil bersama Abdul Rahim bertembung dengan jip dinaiki empat kakitangan Jabatan Perhutanan yang dalam perjalanan dari arah Tersang. Menurutnya, pertembungan dipercayai berlaku apabila kenderaan mangsa terbabas ke laluan bertentangan selepas melalui satu selekoh. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dong, Datuk Shahiruddin Ab Moin yang tiba di pekarangan Rumah Mayat Hospital Raub ketika ditemui berkata, baru sahaja beberapa hari lalu beliau menemui mangsa dalam majlis keraian. Katanya, berita kematian diterimanya itu amat mengejutkan dan tidak diduga, tetapi beliau pasrah dengan ketentuan ALLAH. "Saya dimaklumkan Abd Rahim akan menunaikan ibadah haji pada pertengahan bulan ini, tetapi hasratnya tidak kesampaian. "Kedua-dua mangsa juga difahamkan baru pulang daripada majlis sempena meraikan bakal haji di samping Sambutan Aidilfitri dekat Felda Lurah Bilut," katanya. Beliau berharap keluarga kedua-dua mangsa tabah menghadapi dugaan itu dan dapat menempuhi hari mendatang dengan sabar. Jenazah kedua-dua mangsa akan dikebumikan di Johor sebaik sahaja selesai bedah siasat. Sementara itu, Penyelia Felda Tersang Dua, Mohd Izmi Deraman berkata, Abd Rahim seorang ketua berdedikasi dan komited terhadap sebarang tanggungjawab dipikulnya. Menurutnya, setiap program yang memerlukan kehadiran dan perhatiannya pasti akan cuba dilaksanakan sebaik mungkin. "Kami benar-benar kehilangan. Setiap ilmu serta pengalaman ketika bersamanya akan menjadi bekalan meneruskan amanah. "Diharapkan roh kedua-dua ketua berdedikasi ini mendapat rahmat ALLAH dan bersama golongan mukmin," katanya. Mohd Izmi berkata, lazimnya Abd Rahim akan memintanya memeriksa jadual aktiviti setiap hari dan memaklumkan semula untuk tindakan lanjut. Katanya, kali terakhir dia berhubung dengan ketuanya itu untuk memaklumkan program yang perlu dihadiri dekat Lurah Bilut. "Saya ada memeriksa jadual dan mengesahkan terdapat program pada hari ini (semalam), lalu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memaklumkannya. "Selalunya dia akan balas SMS saya walaupun pada sebelah malam, tetapi tidak pada malam tadi (kelmarin). Dia hanya senyap sehingga saya mendapat tahu mengenai kemalangan menimpanya," katanya. Sinar Harian yang tiba di pekarangan rumah mayat Hospital Raub mendapati ramai tetamu terdiri daripada pemimpin setempat menziarahi jenazah termasuk Pegawai Daerah, Datuk Ismail Mohd Ali; Pengarah Hospital Raub, Dr Kamariah Ghazali dan Adun Batu Talam. Turut hadir memberi penghormatan terakhir, Pengurus Besar Felda Wilayah Mempaga, Jahya Janal; Timbalan Pengurus Besar Felda Wilayah Mempaga, Amir Hamdan Yusof dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian, Jariah Hashim. Al-Fatihah Sumber: |
Blog Felda: <b>felda tersang</b> - Google Blog Search Posted: 23 Mar 2012 12:00 AM PDT Assalamualaikum~ *jawab ke tak tu? Hehe.
It was a very long journey i tell ya. Bas mati 2 kali time naik bukit. Luckily, sampai jugak dengan selamat~ Alhamdulillah... ^^ Sampai-sampai je, kitorang disambut dengan makanaaaannn. Kebulur aku dok dalam bas lama macam tu. Tak guna punya AJK Makanan! *guess who? Me the AJK Makanan. Okbai* Lepas melantak, dengar ceramah sikit and then weolls pun dibahagi-bahagikan kepada parents angkat masing-masing. Dapat family Mak Nah. Sangat Ohsem! Family Mak Nah sangat baik. *Rindu... T^T Macam-macam aktiviti ada. Main futsal, mural painting, sukaneka, pergi kilang proses sawit naik lori dengan kepala terjulur keluar macam kambing, dan lain-lain lagi. - sukaneka. Lari bawak lilin. Dapatlah 3rd place. Ahak~ - kat kilang kelapa sawit. Ohoiiiyaaa~ -sesi bergambo dengan adik beradik angkat di kebun kelapa sawit. Hoho~ Perjalanan balik laaaaaagi lama. Naik kebas duduk lama-lama dalam bas. T^T Anyways, everything went smooth and kitorang pun dah selamat balik ke rumah masing-masing and sedang menghadapi cuti sem yang super-duper-ohsem! Well, not so ohsem la kot... lepas dapat tau yang aku tak dapat kolej untuk next sem! Hampeh! Gigihlah nak kena cari rumah sewa pulak. Hadoi! =.=" Till then, have a blessing Ramadhan! ;D p/s: result exam keluar 3rd August. Homaigoat~ |
You are subscribed to email updates from felda tersang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |