felda tembangau - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda tembangau - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>felda tembangau</b> - Google Blog Search Posted: 29 Jun 2012 12:00 AM PDT BERA, 30 Jun - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Mohd Fadil Osman (foto) digesa menunaikan segala janji-janji pilihanraya yang ditaburkan kepada warga Felda Tembangau pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Demikian ditegaskan oleh beberapa orang penduduk yang ditemui di lokasi kejadian kemalangan dekat sini petang semalam. "Saya masih ingat, YB terbabit pernah berjanji untuk memperbaiki stuktur jalan ke Felda Tembangau yang agak kurang memuaskan sejak sekian lama. Janji pada PRU-12 tahun 2008 lalu, tapi hingga sekarang masih tidak diselesaikan", kata peneroka Felda Tembangau Dua itu. Sebuah kenderaan dipercayai terlibat dalam kemalangan akibat cuba mengelak lubang di jalan ke Felda Tembangau. Mujurlah tiada kemalangan maut berlaku walau pun kenderaan tersebut dipercayai berpusing-pusing beberapa kali sebelum tersadai di tepi bahu jalan terbabit. Sememangnya sejak sekian lama jalan ke Felda Tembangau yang juga terletak dalam kawasan DUN Kemayan, Parlimen Bera yang diwakili oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob ini begitu daif sekali. Segala janji-janji manis untuk membaik pulih perhubungan dari Bandar Kerayong ke Felda Tembangau hingga kini masih belum diperbaiki. Akhirnya para penduduk di sekitar Tembangau terpaksa melalui jalan Sg.Lui di Negeri Sembilan sejauh lebih 50 kilometer untuk sampai ke kawasan mereka. Akibatnya, penduduk setempat menjadi Bahau sebagai destinasi membeli belah dan pusat kegiatan harian mereka. Lebih malang lagi, apabila anak-anak mereka juga ramai yang didaftarkan di Negeri Sembilan sedangkan mereka dilahirkan di Pahang. Akibatnya berlaku kesukaran bagi anak-anak mereka mendapatkan berbagai kemudahan sebagai rakyat Pahang termasuk biasiswa Yayasan Pahang bagi melanjutkan pelajaran. Masalah yang mereka hadapi sejak bertahun-tahun lamanya gagal diberi perhatian oleh wakil rakyat BN termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan itu. Janji sekadar tinggal janji dan hingga kini masih gagal untuk ditepati sebenarnya. Sebuah kenderaan kemalangan akibat jalan berlubang di Felda Tembangau [Sebenarnya, isu jalan ke Felda Tembangau ini memang sudah lama menghantui penduduk setempat. Walau pun kawasan tersebut menjadi kubu kuat Barisan Nasional, namun hingga kini pemimpin yang dipilih masih mengabaikan segala janji-janji yang ditabur kepada rakyat setiap kali musim pilihanraya. Amat malang sekali apabila mahu ke kawasan dalam negeri Pahang sendiri tetapi terpaksa memalui negeri orang (Negeri Sembilan). Mujurlah kerajaan negeri terbabit tidak mengenakan tol. Jika dikenakan tol bukankah ia lebih merumitkan sebenarnya. Pemimpin UMNO BN langsung tidak mahu berusaha untuk membaik pulih jalan persekutuan dari Tembangau melalui Felda Triang ke Kerayong. Sedangkan jalan tersebut berdaftar dan mempunyai batu tanda dan sebagainya. Akibatnya para penduduk terpaksa melalui jalan Kerayong, Kemayan, Sg.Lui (Negeri Sembilan) untuk sampai ke Felda Tembangau. Sinario ini tidak wajar berlaku pada zaman moden ini. Namun, entah apa yang difikirkan oleh wakil rakyat terbabit agaknya. Hingga sekarang masih tidak dipulihkan jalan berkenaan. Ia sungguh memalukan. Justeru, rakyat setempat perlu mengajar pemimpin sebegini agar mereka tahu "langit tinggi rendah" pada PRU-13 nanti. Jika tidak ditunjukkan jalan, mereka pasti akan terus begini]. | ||
Blog Felda: <b>felda tembangau</b> - Google Blog Search Posted: 17 Aug 2012 12:00 AM PDT
|
You are subscribed to email updates from felda tembangau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |