Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 29 Sep 2012 10:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Bagi mendapat keuntungan segera dalam tempoh singkat, sekali gus mengelak kerugian jika diserbu pihak berkuasa, ada sindiket atau kumpulan tertentu memasang perangkap asmara kepada lelaki hidung belang yang kepingan gadis genit luar negara dengan menawarkan khidmat teman wanita sewaan melalui pakej 'kekasih kontrak'. Caranya mudah, pelanggan hanya perlu membuat bayaran tertentu dengan harga serendah RM400 sehari dan harga berkenaan boleh mencecah hingga RM6,000 seminggu berdasarkan rupa paras dan kebijaksanaan pelanggan membuat tawaran. Selain menjadikan pelancong dan golongan kenamaan sebagai sasaran, pihak terbabit kini mula membuka ruang kepada lelaki hidung belang tempatan untuk melanggan wanita berkenaan untuk hiburan. Sebelum ini, pakej biasa sekadar memuaskan nafsu semata-mata kerana tempahan hanya untuk beberapa jam dan sehari perkhidmatan, tapi kini dengan pakej terbaru ini, wanita boleh disewa sehingga satu minggu, malah sebulan, asalkan bayaran mengikut persetujuan. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/30 |
Posted: 29 Sep 2012 10:41 AM PDT KOTA BHARU: Pada usia 32 tahun, Yati (bukan nama sebenar) masih gebu, subur dan bergetah, namun sebab kelicikan suaminya dan kerenah birokrasi mahkamah rendah syariah, nafkah zahir dan batinnya terabai sejak lima tahun lalu hingga terpaksa menolak lamaran tiga lelaki. Seperti wanita normal lain, terutama yang pernah mengecapi nikmat berumah tangga, Yati dari Pengkalan Chepa, di sini, seboleh-bolehnya mahu menikmati kehidupan lebih baik dan berpisah dengan suami yang tidak lagi dicintai, tapi tidak mampu berbuat demikian akibat kesalahan pihak lain. Bukan saja tuntutan nafkah zahir dan batinnya tidak dipenuhi, dia terpaksa menghentikan persekolahan dua daripada tiga anaknya akibat kemiskinan selepas kes tuntutan cerai dan nafkah dirinya dan anak yang difailkan di mahkamah sejak 2007 belum selesai sehingga kini. Yati berkata, dia memfailkan kes tiga tahun selepas melangsungkan perkahwinan apabila mengetahui suaminya penagih dadah.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/30 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |