Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
‘Sekepala’ buat noda Posted: 28 Sep 2012 03:50 PM PDT Oleh Muhd Izawan Baharin, Nurul Huda Kosnon, Shahrul Redzuan Zulkifli dan Rizanizam Abdul Hamid KUALA LUMPUR: Keutamaan mereka ialah hiburan dan mendapatkan wang dengan cara mudah. Itu cara hidup segelintir pasangan suami isteri di ibu kota yang 'sekepala' menjalani kehidupan yang disifatkan golongan terbabit amat bahagia biarpun diselubungi noda. "Isteri saya pernah kerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan saya beri keizinan kerana pendapatannya lumayan, boleh cecah sehingga lebih RM10,000 sebulan. "Lagipun, saya minat hiburan dan suka lepak dengan kawan mendengar muzik," kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 37. Man yang mendakwa hanya bekerja sendiri berkata, dia dan isterinya, Liza, 28, baru berkahwin lima bulan lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/29 |
Posted: 28 Sep 2012 03:50 PM PDT ALOR GAJAH : "Saya melompat keluar selepas menyedari gegaran kuat pada traktor yang terhoyong-hayang sebelum hilang kawalan lalu menjunam ke dalam gaung. "Ketika itu saya lihat tayar kiri traktor tercabut manakala pemandu serta rakan saya (mangsa) terpelanting di laluan di sebelah bawah bukit sebelum traktor itu menghempap mereka." Demikian kata Ibrahim Baharudin, 44, selepas seorang rakannya, Basri Hasan, 44, maut dihempap traktor dipandu seorang lagi rakannya dikenali sebagai Arifin berusia 40-an di sebuah ladang di Brisu, di sini, petang kelmarin. Menurutnya, dia sempat memangku Basri selama beberapa minit sebelum rakannya itu meninggal dunia tidak lama kemudian kerana kecederaan parah manakala Arifin turut cedera parah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/29 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |