{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Lesen kontraktor masjid runtuh bakal digantung?

Posted: 30 Sep 2013 03:19 AM PDT

KUALA TERENGGANU 30 Sept. - Lesen kontraktor yang terbabit dalam pembinaan Masjid Kampung Tebauk di sini yang runtuh sebahagian bumbung dan silingnya semalam boleh ditarik balik jika mereka didapati gagal mematuhi prosedur ditetapkan.

Menegaskan demikian, Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Terenganu, Ahmad Farrin Mokhtar berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.

Menurutnya, jika kontraktor terlibat didapati cuai atau tidak mengikut prosedur kerja ditetapkan, maka ia bakal berdepan tindakan tatatertib mengikut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 1994.

"Menerusi maklumat awal yang kita lakukan kontraktor berkenaan memang berdaftar dengan CIDB dan penuhi akta yang ditetapkan dan kita akan serahkan laporan kejadian ini kepada ibu pejabat.

"Kita juga akan melantik panel tatatertib yang terdiri daripada pegawai kanan CIDB yang akan menilai kes berkenaan sebelum hukuman penggantungan lesen dikenakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, semasa projek itu dijalankan kontraktor dan pembekal berkenaan berdaftar dengan CIDB.

Awal pagi semalam sebahagian bumbung dan siling ruang kedua solat Masjid Kampung Tebauk runtuh.

Insiden itu dipercayai berlaku pukul 4 pagi ini melibatkan kira-kira 20 peratus bahagian masjid itu yang siap dibina dua tahun lepas melibatkan kos RM5.7 juta dan boleh memuatkan 1,000 jemaah. - BERNAMA

Kos ambil alih semua lebuh raya RM400 bilion - Rosnah

Posted: 30 Sep 2013 03:11 AM PDT

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Kerajaan tidak bercadang mengambil alih kesemua lebuh raya daripada syarikat konsesi kerana langkah tersebut membabitkan implikasi kewangan yang sangat tinggi iaitu sebanyak RM400 bilion.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, peruntukan sebanyak itu sebaliknya boleh digunakan untuk mengadakan program-program yang boleh memberi faedah kepada rakyat.

"Kerajaan tidak mampu mengambil alih kesemua lebuh raya memandangkan ia melibatkan implikasi kewangan yang sangat tinggi. Setelah diteliti, anggaran kos pengambilalihan adalah sebanyak RM400 bilion," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2013 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab celahan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang sebelum itu bertanyakan sama ada kerajaan berhasrat mengambil alih semua lebuh raya dalam usaha mengurangkan bayaran tol dalam kalangan pengguna, selain mengelakkan syarikat-syarikat konsesi mengaut keuntungan besar akibat pertambahan jumlah trafik. - UTUSAN ONLINE

Pembentukan Malaysia rahmat kepada bumiputera Sabah - TPM

Posted: 30 Sep 2013 01:57 AM PDT

KOTA KINABALU 30 Sept. - Penyatuan Sabah, Sarawak dan Semenanjung menerusi pembentukan Malaysia membawa rahmat kepada negara ini, khususnya di Sabah, yang menyaksikan perubahan besar dari segi landskap pembangunan ekonomi Bumiputera.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan itu adalah hasil usaha berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan infrastruktur, perumahan, program menjana pendapatan dan taraf hidup di Sabah, terutama masyarakat Bumiputera, yang banyak memperlihatkan peningkatan.

"Pencapaian itu meletakkan Bumiputera Sabah seiring dengan kemajuan yang dicapai di negeri lain," katanya ketika berucap pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Sabah, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Sambil memberikan contoh komitmen kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan di Sabah, Muhyiddin berkata, ini dapat dilihat menerusi peningkatan purata pendapatan isi rumah di negeri ini bagi 2012 sebanyak RM4,013 sebulan berbanding hanya RM3,102 pada 2009.

Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 29.4 peratus, dengan kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 8.6 peratus, katanya.

"Purata pendapatan bulanan di bandar pula meningkat sebanyak 22.7 peratus daripada RM3,803 pada 2009 kepada RM4,668 pada 2012, manakala di luar bandar pula meningkat sebanyak 33.8 peratus daripada RM2,177 kepada RM2,913," katanya.

Beliau berkata, kadar kemiskinan di Sabah terus berkurangan, daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus pada 2012. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat