Berita Harian: MukaDepan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 13 Oct 2011 03:54 PM PDT MukaDepan PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (kiri) bersama Presiden Persekutuan Karate Dunia (WKF), Antonio Espino Ortueta (dua dari kiri) mengayakan aksi karate pada majlis perasmian Kejohanan Karate Remaja dan Kadet Dunia ke-7 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, semalam. DURIAN TUNGGAL: Semua penjawat awam diwajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan termasuk ketika bermesyuarat, surat-menyurat atau seminar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kabinet bersetuju dengan keputusan itu bagi memantapkan peranan bahasa Melayu selain memperkasakannya sebagai bahasa ilmu. "Bagi memastikan arahan ini dipatuhi, Pekeliling Perkhidmatan berkaitan Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam," katanya ketika melancarkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat kebangsaan 2011 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini, semalam.Beliau berkata, sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan adalah sebahagian daripada rantaian perjuangan yang panjang dalam memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di negara ini. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memainkan peranan penting memperkasakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan syarikat. "GLC sewajarnya mempelopori usaha menyokong agenda nasional untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam bidang berkaitan perbankan, kewangan, perdagangan, perniagaan, pembuatan dan lain-lain perkhidmatan," katanya. Malah, katanya, daripada lapan ekonomi gergasi dunia iaitu negara G7, dan China, hanya tiga negara iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada yang rakyatnya berbahasa Inggeris. Rakyat Kanada juga sebahagiannya berbahasa Perancis manakala di United Kingdom sebahagian rakyatnya berbahasa Welsh, Scottish dan Irish. "Di Brazil, Russia, India dan China (BRIC) iaitu negara yang berada pada tahap kemajuan ekonomi paling rancak, hanya India tidak mengekalkan bahasa sendiri. Kebanyakan negara Nordik yang maju, juga mengekalkan bahasa masing-masing. "Daripada empat negara Ekonomi Perindustrian Baru Asia Timur, hanya Singapura tidak mengekalkan bahasa ibunda. Jika kita teliti perkembangan negara-negara berkenaan, kita dapati bahasa Inggeris adalah bahasa penting tetapi bukanlah satu-satunya bahasa yang menjamin kemajuan. "China tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikannya semata-mata kerana mahu meraih laba globalisasi. Mereka menyanjungi bahasa kebangsaan mereka dan menghormati bahasa kebangsaan negara lain," katanya. Sempena majlis itu, Pengarah Pusat Pengajian Melayu Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU) China, Profesor Wu Zongyu dianugerahkan Tokoh Pejuang Bahasa Melayu Antarabangsa sekali gus menerima hadiah wang tunai RM50,000, watikah penghormatan negara dan buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin; Exco kerajaan negeri mewakili Ketua Menteri, Datuk Gan Tian Loo dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz. Muhyiddin juga mengumumkan penyediaan dana kerajaan menerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebanyak RM2 juta untuk menggalakkan penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu. Setiap penulis yang menghasilkan buku jenis berkenaan yang diterbitkan oleh DBP akan menerima ganjaran sebanyak RM20,000 selain bayaran royalti yang biasa diterima. DBP akan menentukan karya yang layak diterbitkan berdasarkan manuskrip dihantar dan memberi ganjaran kepada penulis berjaya. Sementara itu, Rais berkata, menteri, timbalan menteri serta pemimpin pada peringkat negeri digalak bertutur dalam bahasa Melayu ketika menyampaikan ucapan di samping berusaha memberi pesanan ringkas mengenai kepentingan masyarakat mempertahankannya sebagai bahasa rasmi negara. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenKamarudin saya setuju seratus peratus penggunaan Bahasa Melayu di gunakan sepenuhnya. Bukan hanya jabatan kerajaan tetapi swasta pun kita wajibkan penggunaan bahasa melayu. Pecinta Malaysia Bagus!!!Teruskan usaha ini. Kita boleh ambil contoh semasa zaman kegemilangan bani abbasiyah. Untuk memperkaya rakyat pada zaman khalifah tersebut dengan ilmu pengetahuan, mereka berlumba-lumba menterjemah buku bahasa lain ke bahasa mereka sendiri iaitu bahasa arab. Kita juga boleh
roshayati ibrahim bahasa kebangsaan tu bahasa melayu atau bahasa malaysia? shankaran Bahasa Melayu satu ketika dulu pernah digunakan dalam urusan perdagangan antarabangsa. Saya pasti bahasa ini boleh dijadikan bahasa utama di persada antarabangsa sekiranya rakyat kita sendiri menggunakannya dengan holistik.
Hani Jamil Han Sy sgtlah setuju xterkata...... Md Arris Abu Yamin Assalam, Saya sangat-sangat setuju usaha kerajaan yang dipelopori oleh TPM. Sudah sampai masanya semua rakyat terutama kalangan akademia dan masyarakat universiti awam dan swasta menyahut seruan ini. Gagah Bahasa Melayu gagahlah rakyat Malaysia. Terima kasih zairani Syabas, semoga Bahasa Melayu didaulatkan oleh semua warganegara Malaysia dan ianya digunakan sebagai bahasa ilmu semula seperti ditahun-tahun kecemerlangannya. Jadikan 1 Malaysia, 1 Bangsa dan 1 Bahasa. Md Arris Abu Yamin Assalam, Saya sangat-sangat setuju usaha kerajaan yang dipelopori oleh TPM. Sudah sampai masanya semua rakyat terutama kalangan akademia dan masyarakat universiti awam dan swasta menyahut seruan ini. Gagah Bahasa Melayu gagahlah rakyat Malaysia. Terima kasih razali bin deraman saya menyokong 200 pratus pengunaan bahasa melayu sepenuhnya dalam semua urusan disektur kerajaan maupun swastar. wikek kenapa tak wajibkan semua ahli parlimen wajib fasih berbahasa melayu. Buat satu ujian lisan bahasa melayu untuk setiap ahli parlimen. Kalau lulus baru layak jadi wakil rakyat pak setuju sangat, juga tukar PLUS, SMART, EXIT 123, touch&go, Xpac, 1MDB,dan banyak lagi di merata-rata hazman harun saya setuju dengan suhaimi aine rahim saya setuju dgn keputusan ini..contohnya di korea Selatan semua urusan rasmi atau pun seminar yg melibatkan kerajaan dan swasta menggunakan bahasa korea...penterjemah bahasa inggeris digunakan dalam urusan/seminar bertaraf internasional...Presiden Lee Myung Bak memberi ucapan dlm bahasa korea walaupun di luar negara walhal beliau boleh berbahasa inggeris...dgn mertabak bahasa sendiri korea tetapi maju. annacomel petanda yang baik..harap langkah ini berkekalan..jangan seperti dulu-dulu..sekali air bah..sekali pantai berubah..kita bukan pantai.Jikalau kita berubah-rubah dasar ,,kita tidak akan kemana-mana..teguhkan jati diri kita,jadikan bahasa melayu bahasa yang terbukti boleh memartabatkan bangsa malaysia. Mengapa kita perlu terlalu melihat keluar negara untuk membuktikan bahasa ibunda boleh emmajukan negara masing-masing? Ini seolah -olah menunjukkan kita tidak ada keyakinan terhadap bahasa sendiri. Sepatutnya kita mendahului negara lain untuk membuktikan bahawa bahasa asal negara boleh juga memajukan sesebuah negara . kamarul Saya sokong kerana kerana penjawat awam la yang patut di jadikan contoh bg memartabatkan bahasa kebangsaan kita. ayie Baguslah macam tu, tapi jangan cakap saja. Abang Aji BP Sepatutnya dah lama perkara ini diutamakan.Kerajaan mesti tegas, tiada kompromi lagi.Mereka tuntut macam-macam TETAPI cakap melayu tak tau...duduk di Tanah Melayu dah berabad-abad.Cakap bahasa malaysia macam baru datang Malaysia tahun lepas.....Saya memang tak setuju BM dapat C tidak payah masuk kelas peralihan.Mestikan dapat A dalam BM barulah mereka boleh bertutur dan gunakan BM dalam kehidupan seharian..... Buat macam di Indonesia, semuanya cakap melayu.Hidup Bahasa Melayu! Saya tetap menggunakan istilah bahasa Melayu bukan bahasa Malaysia guswedi bin abdul majid Assalamualaikum, Salam sejahtera, Salam 1Malaysia,
Suhaimi Ada yang beranggapan, kalau boleh berbahasa Inggeris itu bagus. Mungkin bagus untuk berkomunikasi tapi tidak semestinya bagus dalam hal teknikal. Dalam bidang IT, yang bagus bidang teknikal ni SELALUNYA orang yang tak reti berkomunikasi apatah lagi dalam BI. Jadi selama ini banyak syarikat yang tersilap kerana mengambil calon yang PANDAI CAKAP (tapi tak cekap buat kerja teknikal). Mohd Hizam Hanafiah Data RM2 juta disokong, tetapi kerajaan/DBP juga seharusnya meluaskan dana ini merentasi bidang sains sosial, bukan bidang S&T semata-mata kerana bidang sains sosial juga mengalami kekurangan buku ilmiah dalam Bahasa Melayu. Apatah lagi IPTA/IPTS banyak menggunakan buku ilmiah berbahasa Inggeris dalam pengajaran bidang sains sosial kerana kurangnya buku ilmiah berbahasa Melayu. hatta adalah satu usaha yang sangat baik dengan mewujudkan pekeliling ini..dan memberi ganjaran kepada penterjemahan istilah inggeris ke dalam bahasa melayu adalah satu langkah yang patut diadakan lebih awal ijam sy cadangkan menteri-menteri yang nk bercakap dengan media juga wajib guna bahasa melayu...ini tak, tgk berita mcm duk kat UK. cikgu azman Salam, Sesungguhnya usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan memerlukan sokongan padu dan usaha-usaha yang bersungguh daripada semua pihak mentelah pula tiada sesiapa pun penduduknya yang berada di bumi Malaysia ini yang tidak boleh bercakap atau memahami bahasa Melayu. Saya amat menyokong syarikat GLC perlu mengorak langkah tegas melaksanakan kepenggunaan baha Melayu dalam urusan mereka. Mulakannlah dengan mewartakan tindakan mewajibkan menyediakan Laman WEB edisi Melayu dalam WEB rasmi mereka. "Bahasa Jiwa Bangsa" Pening Kalau dah tahu bahasa lain tidak begitu penting, kenapa masih ada lagi sekolah jenis kebangsaan? satukan semua sekolah dibawah kerajaan, satu sekolah, satu bahasa, satu bangsa baru satu malaysia ujang jompol bahasa melayu sepatutnya diberi tempat di PBB kerana dipertuturkan di serta dunia Melayu merangkumi wilayah nusantara, afrika selatan, sri langka, surinam, belanda dsb
nuraisyah memang elok bertutur dalam bahasa melayu. sebab sudah semakin ramai yang lupa pada bahasa sendiri. hisham Syabas. Saya sokong inisitatif ini. hisham Syabas. Saya sokong inisitatif ini. Muhammad Zhofran SEMESTINYA BAHASA MELAYU DIANGKAT SEBAGAI BAHASA UTAMA DI NEGARA INI. TIDAK SEKADAR MENGHIASI MAJLIS-MAJLIS RASMI TETAPI DIMANFAATKAN JUGA UNTUK MAJLIS YANG TIDAK RASMI.
MOHD ZULKARNAIN ABDUL WAHAB saya sangat bersetuju dengan langkah kerajaan mewajibkan penggunaan bahasa melayu dalam seminar/mesyuarat/kursus di sektor awam kerana ia dapat meningkatkan martabat bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan yang mana selama ini, penggunaan bahasa inggeris dibiasakan dalam sektor awam. diharap langkah ini memberi hasil yang positif dan dapat menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa antarabangsa yang pernah digunakan semasa kegemilangan melaka. Anti rasuah Agak agak, temuduga kerajaan nanti dalam bahasa malaysia atau bahasa inggeris? Dahniar Nawawi Saya sebagai guru sangat terharu dengan keputusan kerajaan kerana sebagai sebuah negara berdaulat yang sudah lama merdeka, kita masih lagi mencari identiti sendiri. Saya sangat kesal kerana Bahasa Melayu (BM) pernah mula berkembang maju sebagai bahasa ilmu tetapi telah dibantutkan kemajuannya semata-mata kerana tidak yakin dengan kebolehan BM sebagai bahasa ilmu dan rasmi Malaysia. Setiap kejayaan bermula dari langkah pertama dan langkah-langkah berikutnya Semoga anak bangsa Malaysia berusaha memajukan BM dan berbangga dengannya tanpa meminggirkan bahasa-bahasa lain. zainal alam TAHNIAH KPD TPM MALAYSIA YANG TEGAS DAN BERANI DEMI MENDAULATKAN BAHASA MALAYSIA MENJADI BAHASA ILMU DAN BAHASA PERPADUAN.BAHASA UNTUK KEMAJUAN...BANGSA YANG AGONG IALAH BANGSA YANG BANGGA DAN MENJUNJUNG TINGGI BAHASA MEREKA..LIHAT BUKTI DIDEPAN MATA DI DUNIA INI. Jd Sangat setuju... Sepatutnya penjawat awam berperanan menggunakan bahasa kebangsaan kita.. Contoh yang paling ketara,adalah apa yang berlaku di Sarawak. Ketika mesyuarat, surat menyurat lebih menggunakan bahasa Inggeris. Rasa mcm hidup di luar negara. Apalah salahnya guna bahasa kebangsaan kita. Semua boleh faham.... Juilis Mokujal Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan penyatu pelbagai kaum harus diperkasakan. Tahniah PM pudz Bahasa Melayu yang mana satu??? Bahasa Melayu dialek Johor-riau atau Bahasa Melayu Bakau??? Atau kedua-duanya sekali??? Raja Syuhadah Nur Hasannah Bt R.Ismail keputusan itu sangat bijak dan bermanfaat kerana sepeti yang tercatat dalam perlembagaan persekutuan sendiri dalam perkara 152 bahawa bahasa kebangsaan kita adalah bahasa melayu dan keputusan ini sangat berpatutan bagi mempertahan bahasa kita dismaping melahirkan imej yang masih mendaulatkan bahasa kebangsaan meskipun sedang sibuk mengejar arus globalisasi, negara lain juga akan melahirkan persepsi yang berbeza terhadap negara. cikgu sam saya menyokong penuh usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Full content generated by Get Full RSS. |
Penduduk 'tanah ceroboh' hidup aman Posted: 13 Oct 2011 03:49 PM PDT MukaDepan PENDUDUK Camar Bulan yang ditemui di kedai kopi di Teluk Melano tidak tahu demonstrasi isu tanah di Jakarta dan mengakui hidup aman damai. Rata-rata penduduk yang ditemui di sempadan Malaysia-Indonesia, dekat Kalimantan di sini, semalam, tidak tahu menahu mengenai dakwaan Anggota Dewan Perwakilan republik itu yang mendakwa Malaysia menceroboh tanah negara itu di Camar Bulan dan Tanjung Datu. Malah, tinjauan Berita Harian ke Teluk Melano dan Teluk Sabang di sini, yang bersempadan dengan Camar Bulan mendapati penduduk di keduadua negara hidup aman damai, dengan warga Indonesia kerap berulang alik mendapatkan bekalan barangan keperluan terutama beras, minyak dan gula dari Teluk Melano dan Teluk Sabang, di bahagian Malaysia. Penduduk Camar Bulan, Wahyu Wabisono, 31, yang ditemui ketika singgah di kedai kopi di Teluk Melano, mengakui terkejut apabila menyaksikan demonstrasi di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melalui televisyen, kononnya berpunca daripada isu tanah di sempadan dekat Camar Bulan."Saya ada dengar cerita mengenai isu tanah di Camar Bulan, namun tidak pasti kesahihannya. Malah, tidak pernah berlaku ketegangan antara warga Malaysia dan Indonesia di sini, kami hidup aman damai serta saling membantu. "Kita sama Melayu, hidup serumpun. Kami penduduk di sini berharap masalah ini dapat diselesaikan secara baik kerana warga Malaysia di sini, melayan kami dengan baik," katanya. Seorang lagi warga Indonesia, Sunarti, 31, berkata beliau sudah lebih 20 tahun tinggal di kawasan sempadan, namun tidak pernah berlaku kekecohan antara penduduk, malah ramai yang sudah menjadi keluarga hasil perkahwinan.
Katanya, ramai warga Indonesia di sempadan dekat Camar Bulan mengusahakan tanaman lada hitam dengan kawasan itu betul-betul terletak di belakang kawasan Hutan Perlindungan Hidupan Liar Samunsang, di sebelah Malaysia. Penghulu Teluk Melano, Mohamad Dani, 56, pula berkata beliau baru mengetahui mengenai isu berkenaan, semalam, namun bukan dari penduduk Camar Bulan, sebaliknya daripada laporan media. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenada orang xpuas hati tengok semangat setiakawan malaysia dan indonesia usop diharap isu ini diselesaikan secara aman, Apa mau ribut-ribut soal tanah, sempadan tak akan berubah yang berubah hanya orangnya mrk yg tinggal d sempadan sudah jadi sekeluarga dan beranak pinak dan harmoni melalui perkahwinan. Tu yg buat kacau tu bukan tau apa-apa. Beraman la kita semua. selindik & siasat dulu kesahian semua 'radio buruk' sebelum membuat kenyataan, ni menunjukkan bahawa ada segilintir pemimpin tidak pernah turun padang, hanya mengharapakan 'mata-mata' yg tidak tahu, mungkin 'mata-mata' juga seperti bosnya mengharapkan 'telinga & hidung' utk mendapatkan sesuatu berita, harus d ingat 'luka' yg telah lama sembuh kalau d garu setiap masa, pasti akan berdarah juga, jgnlah 'luka' lama d garu semula hanya kerana kepentingan politik seseorang, INGAT INI MELIBATKAN HUBUNGAN ANTARA 2 BUAH NEGARA apai avanza Ceroboh tanah kerajaan dengan mendirikan rumah atau premis adalah salah di sisi undang-undang,salah tetap salah. HAPUSKAN SETINGGAN dan tingkatkan HASIL CUKAI TANAH NEGARA. Anti XXXX Sama-sama negara islam...semuanye boleh duduk semeja, selesaikan dgn cara yg terbaik !!!
Rosa Linda Tolonglh gunalah apa cara sekalipun agar kebenaran ini di ketahui di kedua dua buah negara.Kita sudah bosan dengan segelintir warga seberang ini yang terlalu emosional .Mereka sudah banyak kali menguris dan mencabar negara kita.Di negeri Sabah jangan tidak tahu,warga mereka sesuka hati mencari makan walau tanpa dokumen yang sah.Bila ada pemeriksaan macam apa saja melarikan diri kerana takut tertangkap. Kerajaan Malaysia sudah cukup berlembut dan sudah cukup baik dengan warga Indonesia ini.Sekarang kenapa ini yang mereka balas dengan kita.Memanglah sebagai rakyat Malaysia saya dah muak dengan ini semua. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |