{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Sah tak rampas

Posted: 14 Oct 2011 04:06 PM PDT

MukaDepan

KETUA Kaum Kampung Telok Melano, Malaysia, Mohamad Pani (tiga dari kiri) dan Kepala Desa (Penghulu) Temajuk, Indonesia, Mulyadi Kidang (dua dari kiri) bermesra bersama penduduk Camar Bulan, semalam.

KETUA Kaum Kampung Telok Melano, Malaysia, Mohamad Pani (tiga dari kiri) dan Kepala Desa (Penghulu) Temajuk, Indonesia, Mulyadi Kidang (dua dari kiri) bermesra bersama penduduk Camar Bulan, semalam.

Indonesia akui Malaysia tidak pernah ceroboh sempadan

JAKARTA: Indonesia semalam menegaskan Malaysia tidak pernah merampas tanah di Camar Bulan dan Tanjung Datu, di Kalimantan Barat seperti tuduhan sekumpulan rakyat republik itu, bahawa Malaysia mengambil tanah di sempadan kedua-dua negara itu secara haram.

Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Laksamana Agus Suhartono ketika menjelaskan perkara itu kepada Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, berkata anggota TNI mengawal kawasan sempadan itu sesuai dengan perjanjian Indonesia-Malaysia. "Semua pos penjagaan di perbatasan dilengkapi data koordinat untuk setiap penanda sempadan. Kalau pada masa rondaan ditemui penanda pada kedudukan berbeza, secara bersama ia akan dikembalikan ke koordinatnya," katanya pada pertemuan dengan Suruhanjaya I DPR di sini.

BERNAMA melaporkan Suhartono berkata, penjelasan itu berdasarkan laporan Panglima Daerah Tentera XII Tanjungpura, Mejar Jeneral TNI Geerhan Lantara, yang melakukan tinjauan di kawasan yang didakwa berlaku rampasan itu.

Sementara itu, tinjauan wartawan Malaysia semalam, mendapati Indonesia sudah selesai melakukan kerja menyukat kawasan sempadan Malaysia-Indonesia, berdekatan Camar Bulan, Paloh, dengan maklumat awal mengesahkan tiada sebarang pencerobohan ke atas tanah seluas 1,400 hektar di situ.

Berdasarkan maklumat awal, kerja menyukat secara manual menggunakan peta dan satelit mendapati Malaysia tidak pernah mengalih batu sempadan bernombor 104 dan kawasan itu juga bukanlah tanah pertanian atau penempatan milik penduduk kampung.
Isu sempadan Malaysia-Indonesia ditimbulkan Timbalan Ketua Suruhanjaya I DPR, TB Hasanuddin dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), yang mendakwa wilayah Camar Bulan seluas 1,500 hektar dan wilayah Tanjung Datu seluas 800 meter garis pantai dirampas Malaysia.

Sebelum ini, empat menteri Indonesia termasuk Menteri Luar, Marty Natalegawa, sudah menafikan tuduhan kumpulan itu.

Suhartono berkata, laporan media tempatan mengenai pengambilan wilayah Indonesia oleh Malaysia di kawasan terbabit memberi kesan psikologi kepada anggota tentera Indonesia yang bertugas mengawal sempadan di kawasan itu.

Katanya, anggota TNI sering mengadakan rondaan bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia di kawasan sempadan berkaitan.

Wartawan Malaysia yang meninjau kawasan berkenaan mendapati, kerja menyukat batu sempadan dilakukan pagi kelmarin dan semalam, membabitkan pegawai agensi topografi dan TNI dari Jakarta serta wakil Bupati Sambas, Dr Juliarti Djuhardi Alwi.

Isu sempadan laut di Tanjung Datu pula dilaporkan tidak pernah timbul berdasarkan Indonesia mempunyai rumah api yang dikawal anggota TNI-Angkatan Laut sejak dua tahun lalu bagi mengesahkan garisan sempadan mereka.

Kepala Desa Temajuk, Mulyadi Kidang, berkata pegawai TNI bersama wakil Kerajaan Indonesia berada di Camar Bulan sejak tiga hari lalu bagi melaksanakan kerja pemetaan dan pemantauan udara.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

misga

.....terbukti betapa ceteknya minda sebahagian media Indonesia...menuduh tanpa bukti....begitu juga sebahagian kecil rakyat Indonesia yang terlalu emosi.....bukannya apa tapi mereka ini iri hati dengan kemakmuran dan kemaajuan ekonomi Malaysia....

aidil

media Indonesia yang terbabit tidak memegang etika kewartawanan langsung. terlalu banyak berita yang disampaikan tidak benar. saman je akhbar terbabit. kasi ajar sikit. kita berlembut sangat.

Anak Malaysia

dah tak ada kerja atau memang tak ada kerja segelintir rakyat indonesia yang tak habis-habis menimbulkan isu yang bukan-bukan dan memfitnah Malaysia dengan membakar bendera atau membaling batu kearah kedutaan Malaysia sambil melemparkan kata-kata provokasi.Adpakah mereka tidak merasa malu terhadap jiran tetangga yang baik hati seperti Malaysia ini dengan melemparkan tuduhan yang kemudianya terbukti tidak benar.
Dimana letak maruah dan harga diri?

Jainal

Rakyat indon selalu emosi dan mudah terpengaruh oleh perkara2 yg belum tentu kesahihannya dan kerajaan indon pula gagal bertindak lebih awal sebelum kejadian berlaku lihat apa yg berlaku rakyatnya sendiri yg cedera, terlalu emosi sangat dan tidak dpt dikawal langsung, asyik2 menghentam Malaysia sahaja, apakah Negara Malaysia ini buruk sangat dipandangan mata mereka? pada hal kita adalah serumpun, satu bangsa, satu budaya, satu agama dan satu tanah asalnya. dari sempadan dilaut, batik, amah, dan kini pula sempadan tanah, akhienya keputusan memihak kepada Malaysia. malaysia negara kecil tapi beradab dan sopan. kalau indon diserang pasti Malaysia akan membantu indon mempertahankannya...wasallam

asics best

Kenapa kita selalu mengalah dgn tindakan2 bodoh sibilangan rakyat Indonesia, wahai rakyat Malaysia mari kita sama2 bertindak bagi mengajar mereka yg bodoh sombong itu, halau saja pembantu2 rumah dan pekerja2 mereka pulang dan jgn lg memberi peluang kpd mereka hidup senang lenang di Malaysia... Sy sudah mulai rasa benci dan muak dgn bangsa ini skg

damai

Indonesia perlu mendidik rakyatnya spy tidak prejudis kpd negara kita, menghakis sifat dengki dan irihati atas apa yg dicapai oleh Malaysia sedangkan berjuta rakyat negara itu mencari rezeki di sini. Pengarah Drama mrk juga perlu memainkan peranan dalam hal ini, buangkan unsur dengki khianat yang menjadi elemen wajib dlam drama2 mrk.

embros

Mengapakah Indonesia sering menuduh secara membabi buta terhadap negara kita Malaysia? Mereka begitu cemburu dengan kemajuan ekonomi negara kita hingga sikap dengki itu sering merangsang untuk membuat pelbagai provokasi. Bukankah bagus sekiranya mereka mencontohi kecekapan pentadbiran Malaysia agar ekonomi negara mereka pulih dan kukuh di peringkat dunia? Rakyat Indonesia harus celik mata dan majukan diri sendiri, bukan suka2 membuat onar di Malaysia, jenayah kamu terlalu tinggi, cuba kurangkan laaa

halim

indonesia perlu lebih berhati2 dan peka dalam mengeluarkan sebarang isu2 yg akan menimbulkan senseviti dan ketegangan kepada rakyak mahu pun negara


Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat