{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Kampung jadi pekan moden

Posted: 12 Oct 2011 01:00 PM PDT

MukaDepan

Program Transformasi Luar Bandar tingkat taraf hidup rakyat

KUALA LUMPUR: Kampung dan kawasan luar bandar akan berubah menjadi pekan atau bandar kecil moden yang mampu menarik pelaburan sekali gus meningkatkan pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan baru kepada penduduk menerusi Program Transformasi Luar Bandar, bermula tahun depan.

Bagaimanapun, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, memberi jaminan usaha itu tidak akan mengorbankan nilai dan budaya masyarakat desa. Katanya, program transformasi itu akan dipacu menerusi sistem penyampaian bersepadu oleh seluruh agensi kerajaan berkaitan, yang akan mengubah landskap sosioekonomi luar bandar menjelang Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi pada 2020.

"Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2012 Jumaat lalu, membuktikan kesungguhan untuk membangunkan kawasan luar bandar supaya masyarakatnya tidak ketinggalan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hasil kemajuan negara selama ini," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Datuk Seri Najib Razak menegaskan Program Transformasi Luar Bandar adalah pelengkap program transformasi menyeluruh negara di mana ia menjadikan kawasan luar bandar mampu menarik pelaburan swasta, menyediakan peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi, serta menggalakkan generasi muda kembali berkhidmat.

Antara langkah yang akan diambil ialah mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC sebagai pusat integrasi perkhidmatan mencakupi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pengeluaran pertanian; perbankan dan insurans; khidmat nasihat perniagaan; latihan dan kemahiran; klinik serta ruang niaga.
Sebagai permulaan, Terminal Agrobisnes Negara atau TEMAN di Wakaf Che Yeh, Kelantan dan Gopeng, Perak akan dimajukan sebagai projek perintis RTC. Di samping itu, empat lagi RTC akan dibangunkan di Kedah, Johor, Sabah dan Sarawak.

Selain itu, mewujudkan Dana Perkhidmatan Profesional bagi golongan profesional seperti peguam, doktor dan akauntan untuk membuka firma di pekan kecil. Bagi tujuan itu, dana berjumlah RM100 juta disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) secara pinjaman mudah dengan kadar faedah empat peratus. Di samping itu, surat cara perjanjian pembiayaan skim ini turut diberi pengecualian duti setem.

Melaksanakan Program Lonjakan Mega Luar Bandar seluas 6,500 hektar di 11 kawasan Projek Agropolitan seluruh negara yang membabitkan tanaman komoditi, penanaman kontan dan ternakan ikan sangkar dengan peruntukan sebanyak RM110 juta.

RISDA akan melaksanakan program tanaman baru getah dan penanaman semula getah serta kelapa sawit dengan peruntukan RM140 juta yang akan memanfaatkan hampir 20,000 pekebun kecil.

Mengulas lanjut, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, landskap kampung dijangka berubah dengan infrastruktur asas yang lengkap meliputi bekalan air, elektrik dan jalan raya.

"Infrastruktur lengkap akan memudahkan proses pembelajaran generasi muda seterusnya membantu mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan yang akan menambah bilangan mereka yang berjaya memasuki sekolah berasrama penuh atau melanjutkan pelajaran ke universiti, termasuk di luar negara.

"Penduduk luar bandar juga akan lebih mudah menguruskan pemasaran produk pertanian dan hasil kampung mereka, sekali gus menambah pendapatan mereka.

"Matlamat kerajaan adalah membawa keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat luar bandar untuk menikmati pembangunan negara tanpa mengorbankan nilai serta budaya masyarakat desa termasuk semangat bergotong-royong dengan mengambil Jepun sebagai model," katanya.

Sementara itu, pada sesi dialog Bajet 2012 dengan sidang pengarang Berita Harian di Balai Berita di sini, semalam, Setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa Kementerian Kewangan, Dr Sundaran Annamalai berkata, menerusi RTC semua hasil pertanian dan perikanan akan diedarkan di pasar raya besar dan kedai runcit yang dibina di situ.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

jun

saya amat berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat khususnya dalam meningkatkan kemajuan masyarakat yang tinggal di luar bandar. syabas!

tetapi terdapat perkara lain yang perlu diambil perhatian serius, iaitu masalah lokasi tapak pelupusan sampah yang berada berdekatan dengan pekan semporna, sabah. sekian lama kami sebagai penduduk mengeluh kerana terpaksa berhadapan dengan bau dan asap pembakaran dari tapak tersebut.

pelbagai aduan telah dibuat tetapi sepertinya tidak sampai di meja perundingan. apalah salahnya jika YB yang memiliki tanah menyumbang sedikit bagi kesejahteraan rakyat. lagipun, bau dan asap sampah umum maklum memberikan kesan negatif kepada penghidu apatah lagi tapak pelupusan sampah berkenaan sangat berdekatan dengan beberapa sekolah rendah di semporna. justeru,diharap para YB semporna maklum akan hal ini.terima kasih.


Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat