{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Sasaran realistik

Posted: 08 Oct 2011 08:50 AM PDT

MukaDepan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut ribuan penduduk tempatan sempena Program Walkabout 'Nurani Rakyat Sayangi Selangor' di pekan Rawang, semalam. - Foto Rosdan Wahid

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut ribuan penduduk tempatan sempena Program Walkabout 'Nurani Rakyat Sayangi Selangor' di pekan Rawang, semalam. - Foto Rosdan Wahid

Bajet dirancang ikut kemampuan kerajaan: Najib

SUNGAI BULOH: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan memiliki kemampuan kewangan untuk melaksanakan Bajet 2012 yang dirancang bersama pegawai dan pakar Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan EPU (Unit Perancang Ekonomi).

Perdana Menteri berkata, Bajet 2012 yang dibentangkannya di Dewan Rakyat, kelmarin, telus dan segala perancangan yang digariskan dalam lingkungan kemampuan kerajaan untuk melaksanakannya.

Kalau tidak ada duit, takkan saya berani membentangkannya semalam (kelmarin). Saya akan melakukan satu perbuatan membunuh diri dari segi politik kalau saya membentangkan satu bajet yang tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan, katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Nurani Rakyat, Sayangi Selangor Bersama Perdana Menteri di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Kundang dekat sini, semalam. Sebelum itu, beliau melawat tapak cadangan jalan pintas menghubungkan Kampung Baru Kundang dengan Bandar Tasik Puteri di Rawang, semalam.

Justeru, beliau menyifatkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Bajet 2012 tidak realisitik, dan sebahagian daripadanya dicedok daripada belanjawan alternatif pembangkang adalah jawapan politik.

Sebenarnya, kita buat belanjawan ini berdasarkan fakta yang amat diketahui kerajaan dan banyak pihak terbabit dalam merancangkan bajet negara, termasuk pegawai dan juga pakar di Kementerian Kewangan, Bank Nega-
ra Malaysia, EPU (Unit Perancang Ekonomi)... jadi tidak mungkin mereka ini tidak tahu apa yang patut dibentangkan dari segi fakta untuk keputusan saya dan kerajaan.
Apa pun, yang penting ialah pelaksanaannya. Apabila pelaksanaannya berkesan, segalanya akan terjawab dengan sendiri. Kalau tidak realistik, kita tidak mungkin dapat memenuhi janji seperti terkandung dalam Bajet 2012... sebaliknya saya hendak tahu apa dia (Anwar) akan kata kalau kita dapat melaksanakannya nanti... itu akan menjawab segala-galanya, katanya.

Ditanya mengenai bantahan Anwar terhadap cadangan mengkaji semula elaun Ahli Parlimen (MP), Najib hairan kerana beliau difahamkan wakil rakyat pembangkang memang menginginkannya, malah turut meminta pemberian elaun baru itu dipertimbangkan apabila berjumpa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Najib berkata, Bajet 2012 adalah bantuan kepada rakyat semua kaum dan kerajaan akan mengotakan janji mulai awal tahun depan.

Katanya, kerajaan berupaya membentangkan Bajet 2012 kerana negara berjaya diuruskan secara berhemah, baik dan berpandangan jauh, berbanding ada negara di Eropah yang sudah diisytiharkan muflis kerana ekonominya merudum akibat kegagalan pengurusan.

Di IJOK, Najib dalam ucapannya ketika melakukan tinjauan mesra rakyat di Ladang Tuan Mee pula berkata, BN tidak janji kosong untuk menyedapkan hati rakyat, bahkan tidak akan menipu rakyat.

Ini komitmen kerajaan BN. Rakyat boleh letakkan keyakinan dan kepercayaan kepada BN sebab kita ada wawasan, perancangan dan pengalaman untuk bangunkan negara dan bawa perubahan besar, katanya.

Sementara itu, mengenai kebajikan pekerja di Ladang Tuan Mee pula, Najib berkata, beliau sudah berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur Kepong (KLK) Berhad, Tan Sri Lee Oi Hian, yang bersetuju membiayai pembekalan air bersih dan berkualiti di kawasan itu dengan segera.

Sebelum pembentangan Bajet 2012, beliau memohon semua pemilik estet sama ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau swasta untuk menaikkan gaji pekerja estet, malah sebahagian besar pekerja di Ladang Tuan Mee sudah menerima kenaikan RM200 sebulan, manakala beberapa masalah dikemukakan Penyelaras BN bagi

Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, K Partiban berkaitan perkhidmatan bas, banjir dan lampu jalan akan segera diberi perhatian.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

hariz

budget dapat menguntungkan rakyat & meringankan beban kehidupan di bawah payung kerajaan


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat