{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Bajet rakyat

Posted: 07 Oct 2011 06:12 PM PDT

Perumahan Rakyat
- Pembiayaan Skim Rumah Pertamaku dinaikkan kepada RM400,000
- 15,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat
- Subsidi RM20,000 bagi 10,000 rumah Program Perumahan Mesra Rakyat

- Bayaran khas RM3,000 kepada bekas anggota, duda dan balu polis khas dan polis tambahan

Sektor Swasta
- Caruman majikan KWSP untuk gaji bulanan di bawah RM5,000 dinaikkan kepada 13 peratus
- Pelepasan cukai sehingga RM3,000 bagi caruman skim persaraan swasta dan anuiti insurans
- Pengecualian cukai ke atas pendapatan dana skim persaraan swasta

Warga Emas - Caj pendaftaran pesakit luar percuma di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia
- Diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel

Tangani Inflasi
- Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000
- Penerusan subsidi bil elektrik RM20
- Penerusan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.3 bilion

Pelajar
- Yuran sekolah percuma
- Bantuan RM100 untuk semua pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5
- Baucar buku RM200 kepada pelajar IPTA dan

Peneroka FELDA
- FELDA Global Ventures Holdings disenaraikan di Bursa Malaysia untuk jadi syarikat konglomerat global
- Peneroka akan dapat durian runtuh

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

band

bajet pada tahun depan memberi impak yang besar kepada rakyat,kerajaan B.N mendengar keluhan dan keperluan rakyat. Terima kasih kepada pemimpin yang perhatin dengan memberi banyak option kepada rakyat untuk meningkatkan pendapat isi Rumah. Terima Kasih Kerajaan B.N.

mail lambong

BN Besttttttttttt !!!!!!!!!!!!!!!!
mcm gini lah rakyat baru sayang:)
tak mcm dulu,nak undi je minyak naik rakyat teros marah,kalau boleh semua brg turun.

raime

terime kasih pd kerajaan barisan nasional.bersyukur dgn ape yg di beri oleh kerajaan.sebagai penjawat awam,ini lah yg ditunggu.harap2 harge brng x naik.sekian terima kasih

daus

Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 - nie untuk semua rakyat malaysia ker orang2 tertentu sahaja yg dapt??

nuribistari

Bajet yang menekankan betapa besarnya keperluan dan kepentingan bermula dari generasi muda hinggalah mereka yang tidak berupaya tanpa mengira ideologi politikus.

Hanita bt.Din

Baget 2012 memberikan imbuhan yang begitu lumayan kepada semua kakitangan kerajaan dan dapat menyuntik semangat dalam menjalankan tugas-tugas yang di pertanggungjawabkan.

mohd katman bin rakimin

baget paling istimewa cantik..........................

Adib Zaqwan

slogan 'Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan' TEPAT....

Sally-podink Loe

Diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel untuk Warga Emas??? Masalahnya kemudahan ini tidak dapat digunakan sepenuhnya untuk oleh warga emas kerana sistem ini hanya terhad di sekitar KL.. dan agak kurang sesuai kerana perlu turun naik anak tangga.. hmm..

shamsudin

Masa laluan pencen. Budak muda, Semuanya ada kah tidak d perlukan. Dulu umur org tua lagi panjang.

Danica Danielle

Dengan lafaz Alhamdulillah, saya sekeluarga amat bersykur kehadrat yang Maha Esa kerana kami tinggil di negara Malaysia yang aman damai sentosa dan dikurnia rezeki yang melimpah ruah. Negara ditadbir oleh pemimpin yang berwibawa dan prihatin terhadap keperluan rakyat. Semua yang diberi oleh Kerajaan adalah untuk rakyat, tidakkah kita sedar kecukupan kita kini lebih daripada cukup, cuma kita sendiri yang lalai dan bongkak dan BODOH menangani isu kecukupan ini. Cukup-cukup la jadi rakyat yang mengharapkan subsidi....

1 m'sia

bajet utk penjawat awam...tahniah...............

do

tepat dengan slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan

Mee Bandung Kuah Kacang

Sokong komen mhr. Janganlah bila kakitangan kerajaan dapat kenaikan gaji, lepas tu harga barang pun naik juga. Takde maknanya kalau mcm tu... org yang kerja sendiri mcm saya nie yg lebih susah.

Yangretibase

Sepatutnya, diperuntukkan sejumlah wang yang besar bagi satu badan yang melaksanakan "AMAR MA'RUF, NAHI MUNGKAR". Malangnya, aspek ini 'diterlepaspandangkan'.

Siti Assiah Nasir

bajet utk rakyat~ kerajaan perlu mendalami lagi masalah yg dialami oleh rakyat terutama pada golongan atau kumpulan kelas bawahan...walaubagaimanapun TAHNIAH!!! terbela juga kehidupan mereka...alhamdulillah...

Selvi Nadarajan

saya seorang ibu tungal.berkerja sebagai kerani biasa di sebuah syarikat swasta gaji saya sebulan sebanyak RM700.00 sebulan kalau dipotong caruman KWSP dan SOCSO bakinya sebanyak RM619.75.Saya ada 2 orang anak seorang 15 Tahun dan seorang 8 tahun.denagn duit sewa rumah sebanyak RM319.00 dan belanja persekolan anak anak,saya memang tak dapat menjalankan keluarga saya dengan keadaan senang,ada masa kami mempunyi masalah kewangaan dan masalah makanan.Saya banyak pernah memohon untuk kerja kerajaan setakat temuduga je.Kenapa mereka tak nak tolong pada saya yang memang harapkan sayang kerja tetap untuk masadepan saya dan anak anak saya.Kenapa ada lagi kaum wanita tak terpandang di malaysia dan tak mendapat pertolongan daripada kerajaan dan melepaskan saya.

aqli

syukran jazilan...terima kasih Allah, terima kasih PM dan semua 1Malaysia.

vicky

Tapi macam mana nak apply - Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 ? Kerajaan mana tahu kami ni miskin...

naim

alhamdulillah...hidup BN....

Hamidah bte Mahmud

Alhamdulillah....budget kali ini lebih berpihak kepada rakyat berpendapatan rendah..tetapi pekejka sektor swasta seperti kami yang tidak mendapat kenaikan gaji seperti kakitangan kerajaan tentulah akan merasa tertekan dengan kenaikkan harga barang.

adnan din

Budget mesra rakyat kenalah kurangkan jurang perbezaan di antara rakyat yang miskin dengan yang kaya, mestilah ada saling bantu membantu di antara satu sama lain, janganlah pula yang kaya dan berkuasa menindas rakyat yang susah dan miskin. Bebanan ke atas rakyat yang berniaga kecil-kecilan haruslah diringankan terutamanya bayaran-bayaran yang dipaksa ke atas mereka oleh pihak kerajaan yang mana sesetengah daripadanya keperluan di pihak kerajaan tapi tak pasal-pasal rakyat kena tanggung kos, kalau 50-50 pun kira o.k lah untuk kesejahteraan bersama.

fazli

TAK nampak kelebihan yang menguntungkan dalam bajet 2012 untuk kami golongan pekerja kilang,ish..!ish..!

mukiyadi abdulhari

bajet yang memenuhi kepentingan rakyat dan menyentuh semua aspek intipati rakyat syabas pm kita terima kasih perdana menteri yang berjiwa raktat
.....

wak

kelebihan hanya pada guru dan polis.

Zan

Kakitangan awam harus tingkatkan produktiviti setimpal dengan kenaikan gaji. Terima kasih kerajaan Barisan Nasional yang memahami rakyat...

HBS

Bersyukur dengan bajet 2012... Tapi bajet ini lebih menguntungkan kepada golongan pegawai atasan bagi berpendapatan rendah hanya tempias saja yg kena.. Maksudnya yang kaya akan bertambah kaya.. Yg berpendapatn rendah masih sama hanya memandang golongan atasan mendapat habuan yg besar.

PEKERJA PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITIT SABAH(PDK) OKU

kenapa pm tak bagi kenaikan gaji dan tetap untuk pekeja oku ya....mohon di sampaikan beri lah sedikit pertimbangan k....

mohd shahrizan

bagus tp tlng la kawal hrga brg tidak ada guna lau gaji naik 100% pun kalau barang naik lbih tinggi...kita gaji besar tp kuasa beli tidak ada..bw 100 5 minit abis sbb brng mahal sgt....tlng lah pantau hrga barang d sabah kos hidup kami d sini jauh lbih mahal dpd d bandar besar....ayam dada sekilo rm10 d mana ada hrga mcm tu d bndar kuala lumpur pun jauh lg murah jd tlng la kmentrian peguna bgerak jgn tgu komplin

khai

bsyukyr....krn budget thn nie lain-lain dr thn lepas.Banyak perubahan yg dilakukan utk kesenangan kita bersama,sama ada utk swsta n kerajaan.keka

PA

budget 2012 mmg mesra rakyat tp lebih kepada penjawat awam. Bagaimana dgn sektor swasta??
Gaji sektor awam naik, makanya harga brg keperluan juga naik. Masalah mgkin timbul untuk pekerja disektor swasta. kuasa beli kurang. kenapa ditingkatkan jurang pendapatan antara penjawat awam dan sektor swasta? Agihkanlah kekayaan sumber negara kita dgn adil dan saksama....

Lanun

Agak mengecewakan apabila isu berkaitan cukai kenderaan tidak disentuh..Ini akan terus menekan rakyat membayar hrga kenderaan yg sgt tggi..Harap kerajaan dpt revise blk isu berkaitan cukaio kenderaan ini...TQ

ovatl lani

budget 2012 rata2x mengambil hati hak rakyat kita org tahu di pelusuk bumi malaysia terutama sarawak rata2x gaji dibawah parak rm3k sedangkan ada yng masih menerima gaji di bawah paras rm15.00 seharai, dini kami tergulung dlm golongan itu kami mengucapkan terima kasih kepada PM malaysia,harap-harap budget yng disalurkan akan sampai kepada kami rakyat yng memerlukan, degan kos sara hidup yang begitu tinggi masa kini,syukur.....

Norzilah Abd Rahman

saya berterima kasih kepada kerajaan di atas belanjawan 2012. Banyak faedah dapat dirasai.
Hanya umur persaraan yg dilanjutkan kurang setuju kerana ianya akan meningkatkan jumlah pengganggur.

bersyukur

syukur alhamdulillah atas nikmat yang diberi . sikit atau banyak kiter redha ..mungkin akan ader yang lebih baik lagi selepas ini ..

Che Seman bin Che Wok

Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dibawah teraju Barisan Nasional

keropoi bagal

Alham dulillah terlaksana juga apa yang dirancang oleh PM kita, 1malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Tapi mohon kepada kementerian dan jabatan2 yang berkaitan tolonglah kawal harga barang2 keperluan.

Liza

Budget mesra rakyat, tapi kenapa kadar cukai pendapatan tak dikurangkan? atau pun pelepasan sara diri sendiri dan anak tak dinaikkan? RM1k seorang anak setahun terlalu rendah jika mengambil kira perbelanjaan zaman sekarang. Tolong ambil perhatian pada kami yg membayar cukai pendapatan.

Hang Tuah

"Bajet Yang Terbaik"

Sampratorn

apapun..komen2 anda, sy bersyukur apa yg diberikan oleh kerajaan kepada sy...amin....hehe

mhr

Budget mesra rakyat..tp apa yg penting brg2 kperluan x naik harga...juga budget belanja bulanan sy x lebih dr bulan sblumnya.

fazza

Alhamdulillah.....semuanya dah selesai....BN meneruskan tradisinya membela rakyat dan sentiasa membuat kebajikan dan bukannya 'sekali sekala membuat kebajikan' atau atas kertas sahaja. Tahniah. Teruskan bekerja untuk meningkatkan produktiviti.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat