{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Tingkap Proton dijamin 10 tahun

Posted: 17 Oct 2011 03:21 PM PDT

SUBANG JAYA: Kira-kira 500,000 pemilik kereta Proton dan bakal pembeli keretanasional tidak perlu lagi bimbang mengenai masalah tingkap kuasa kenderaanitu apabila pengeluarnya, Proton HoldingsBhd memperkenalkan 'Jaminan Sepanjang Hayat Tingkap Kuasa' untuk kereta keluarannya.

Skim jaminan sepanjang hayat itu adalah untuk semua model baru Proton yang berdaftar dari 1 September lalu serta model Proton yang masih berada di bawah tempoh jaminan pada tarikh sama.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata jaminan itu tertakluk kepada semua model kereta Proton yang dijual di pasaran domestik, sama ada milik persendirian atau syarikat.

"Jaminan merangkumi empat komponen utama dalam mekanisme tingkap kuasa kenderaan iaitu alat pengawal tingkap, motor tingkap kuasa, suis dan sesalur fungsi," katanya pada sidang media di Pusat Kecemerlangan Proton di sini, semalam.

Skim Jaminan Sepanjang Hayat Tingkap Kuasa Proton itu adalah bagi tempoh 10 tahun dari tarikh kereta didaftarkan atau 250,000 kilometer perjalanan, iaitu tempoh 'hayat maksimum' kenderaan seperti yang digunakan pakai peserta industri automotif global.

Bagi kenderaan yang masih mempunyai tempoh jaminan pengeluar, ia perlu diselenggara secara berkala di Pusat Servis Proton yang sah seperti tertakluk dalam Buku Panduan Servis Proton.
Syed Zainal Abidin berkata, Proton sebenarnya sudah menyelesaikan masalah tingkap kuasa kereta keluarannya yang mana isu berkenaan tidak lagi membelenggu model generasi baru.

"Secara keseluruhan, jumlah kerosakan bagi setiap unit (DPU) kereta Proton juga sudah dikurangkan dengan ketara apabila ia kini berada pada paras 0.26 setakat Ogos lalu, berbanding 8.0 pada tahun kewangan 2007.

"Bagaimanapun, masih sukar untuk meyakinkan masyarakat mengenainya, justeru skim jaminan ini akan melenyapkan terus isu tingkap kuasa daripada terus diperkatakan," katanya.

Syed Zainal Abidin berkata, langkah diambil syarikat itu perlu dilaksanakan segera, walaupun pelbagai usaha dibuat untuk meningkatkan mutu kenderaannya seperti yang dicerminkan dalam model generasi baru Proton, masih ada persepsi negatif mengenai jenamanya sehingga sekarang.

"Memperbetulkan persepsi sedemikian adalah usaha yang mencabar, namun ia adalah satu keperluan. Jaminan seperti ini akan menghapuskan sama sekali stigma berkenaan.

"Mesej kami adalah mudah, jika anda membeli kereta Proton hari ini, tingkap kuasanya akan berfungsi baik dan jika tidak, anda boleh menukarnya secara percuma. Kami komited menjadi lebih baik," katanya.

Dalam perkembangan lain, Syed Zainal Abidin berkata, Proton sedia menawarkan kemudahan penyimpanan di kilangnya di Tanjung Malim kepada mana-mana pengeluar kereta di Thailand, yang kini berdepan banjir besar.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

DEN

tok sa ckp yang sikit2 tgk savy dah le.. dah tau parts dah lama tukar lah pada yang baru sebelum jual. ni baru beli jew dah kene tukar baring kereta padahal keter saya baru 2 thn.. hantar service ingatkan ade waranty kene tanggung sendiri lak.. bukan tak nak saport product tempatan, tapi ni lah akibatnye.

John Lenon

Saya pemilik Pesona yang berumur tak sampai setahun. Tingkap sebelah driver bunyi nak meletop bila dinaikkan. Sedih, nak sokong jenama Malaysia tapi kualiti...

Belia 4B

Bila baca komen2 yg ada dibawah ni,saya jadi takut nak beli kereta Proton..lebih baik beli kereta buatan luar negara yang lebih jauh berkualiti walaupun kosnya mahal dan paling tidak pun kereta keluaran Perodua..hilang terus keyakinan pada kereta buatan Proton..

isha

Murah, mampu milik tapi maintenance tinggi...menyedihkan...

epy

tak usah la pakai tingkap selak jela lg than lame

boby chua

aku punye air wiper kereta persona dah tak boleh keluar...payah sungguh biler cermin depan kotor..bila pergi servis center deme kata nak kena ketuk tangki air wiper tu? baru boleh keluar air...dah macam-macam air sabun aku pakai nak bagi lubang air tak tersumbat dengan karat..tapi tetap air wiper tetap tersumbat gak. MACAM MANA? kereta mak mertua aku dah 30 tahun pun air wiper tak pernah tersumbat>> JAWAB PROTON?&%$@$!%...

Mat JaBon

Proton perlu lebih Inovatif dan Creative. Kena ada pegangan ISO terhap pelanggan dan paling penting.Transform cara kerja untuk jadi lebih baik.Transform Proton...Belilah Barangan Buatan Malaysia....

abd rahman mohd sheh

saya hargai usaha dari pihak proton agar dapat kepercayaan daripada pengguna kesemuanya

dulu pengguna proton

apa nya "best" proton ni, ce citer mai. Banding ngan produa dah lah tak payah banding dgn kreta import dari luar

kipasuadang

Semua org beli kereta proton kerana faktor harga, bukan faktor kualiti. Tetapi adakah kereta proton betul2 murah untuk rakyat malaysia??? Bayangkan kereta yg diimport dikenakan cukai hampir 100%, harganya menjadi RM90K (Contoh; honda city), maka harga sebenarnya tanpa cukai lebih kurang RM50k. Tetapi adakah kereta ini sama kualiti dgn waja dll. Fikir lah pembeli kereta malaysia yg sentiasa tertipu...

saya

keluarga saya memang menggunakan kereta PROTON sahaja kerana kami berbangga untuk memiliki kenderaan yg di buat sendiri oleh rakyat malaysia. engine kereta PROTON di buat sendiri oleh org malaysia di bawah RnD department perusahaan otomobil nasional sdn bhd (PONSB).

ayah bekerja sebagai pengurus besar di sebuah syarikat terkemuka malaysia, tetapi menggunakan PROTON perdana executive kerana berbangga untuk memiliki kereta buatan malaysia. tidak dinafikan masalah yg berlaku seperti masalah tingkap automatik yg kadang2 tidak boleh dinaikkan selepas diturunkan dan beberapa masalah lain tetapi dpt dibaiki dan diselesaikan. tambahan pula maintenance kereta nasional jauh lebih rendah tetapi cara penggunaan yg cermat perlu diamalkan.

keseluruhan ahli keluarga seramai 7 org, 5 org menggunakan kereta PROTON dari PROTON saga FL, persona, savvy, wira dan perdana executive. atas sokongan tidak berbelah bahagi kepada PROTON, kami sekeluarga menerima layanan yg baik dari PROTON.

25 tahun PROTON dalam industri, usia itu masih terlalu muda. PROTON perlu banyak belajar untuk lebih maju dan mengeluarkan products yg berkualiti dan setanding dengan jenama antarabangsa. walaubagaimanapun, PROTON sentiasa berusaha memperbaiki diri dari masa ke semasa. semoga, suatu hari nanti PROTON boleh menjadi antara jenama terkemuka di dunia. ALL THE BEST!

WE ARE PROUD TO HAVE PROTON CARS!

naz

Beli puluh2 ribu..tapi kualiti hampeh. Entahlah produk Malaysia ni.

Saufee

Kita bercakap pasal kos hidup meningkat di Malaysia, basically dua perkara yang banyak mempengaruhi bajet kita, 1) Kereta 2) Rumah.
Kedua2 perbelanjaan ini telah mengambil separuh atau lebih bajet bulanan golongan pertengahan dan rendah di Malaysia, tapi kita masih membeli kereta sederhana (proton dan seumpamanya) ssebanyak RM600-800 sebulan bagi tempoh 9 tahun! dan harga rumah di Malaysia semakin meningkat dari setahun ke setahun! Disebabkan perbelanjaan meningkat, maka penggunaan kad kredit juga meningkat hingga menyebabkan kes muflis golongan muda meningkat! That's my 2 cent.
p/s : baru saje tengok website Toyota Thailand, Vios 1.5J dijual pada harga 500k baht (RM50k), di Malaysia RM70K (extra RM20k)

universal

lebih baik upgrade apa2 yg bkaitan power window tu. kete sy tahun 2005 brand new tp dah 4 kali tukar motor. skrg ni pun dah tersekat2. tunggu mintak ganti la tu. dah la proton ni benggong buat seat adjuster waja jenis yg kna pusing. klo xcdent tak sempat nak adjust seat sandar tu ke belakang. idea yg ntah apa2

tajuddin

saya mampu beli Grandis dan seumpamanya tetapi sy tetap beli PROTON.

waja campro

saya berpendapat lebih 99% customer proton complain dalam BH online.. kepada pihak berwajib mohon dikurangkan cukai import kereta overseas.. berilah kami peluang utk guna kereta toyota dan honda dan lain2 lagi.. dengan cara ini proton perlu bersaing utk dpt tempat dalam negara dan industri automotif negara pasti kompetetif... Quality 1st....

frank morris

kalau saya bergaji besar, adakah saya akan membeli proton? berapa ramai orang bergaji besar membeli kereta proton sebagai kenderaan utama untuk diri-sendiri (bukan utk isteri dll)? kalau kereta import tidak dinaikkan harga, adakah syarikat proton akan berjaya? berapa ramai yang membeli proton atas sebab JENAMA DAN KUALITI, BUKAN KERANA HARGA? saya beli proton kerana itulah kemampuan saya.

taufik

"pemandu teksi memandu ISWARA tidak gunakan tingkap kuasa ketika mengambil tiket tol" KERANA cermin tingkap keretanya di tampal dengan objek penghadang cahaya. kalau turunkan cermin, mestila sangkut.. gambar ini merujuk, kes pemandu ni malas nak bukak cover cermin. kot ye nak bikin gambar ceritera, tunjuk la gambar yg sesuai. juruGambar BH tidak profesional. kpd Proton, im Proud of you. Good Jobs!, better late than never.

faizal

Syabas kepada proton atas usaha terbaru yang diambil untuk meningkatkan keyakinan pengguna dan bakal pengguna. Walaupun terlewat tetapi masih belum terlambat. Bayangkanlah pembeli membayar ansuran bulanan untuk memiliki kereta proton tiba-tiba tak habis bayar lagi dah kena keluar duit lagi untuk bayar kos membaiki peralatan yang tak sepatutnya rosak sebelum sampai masa. Kalau dari 1985 proton terus memperbaiki kualiti dan mutu perkhidmatan selepas jualan rasa-rasanya kereta buatan Republik People of China pun takde la bersepah atas jalan....

wawan

macam dah terlambat untuk pengguna lama..power window mmg masalah..dah tukar baru..masalah suis pulak..air wiper belakang pun problem sejak dr mula beli...repair..lingkup..repair lg lingkup...at last pakai je mana yg ada..memalukan jer..

shah

bukan power window je..pintu pon sme..cpt rosak..

anis

Kereta saya wira thn 2005. Mcm2 masalah juga yg timbul. So tingkap pun dah rosak sblh pemandu. Mcm kami ni kereta lama but masih ada ccm tidak ada bantuan mcm tuh kah? kecewa sgt.....

iswara

Saya dah call 1300880888 , dia ckp utk kereta jenis proton yg baru saja dan yg dlm gerenti. saya pakai model thn 2001 dah rosak power window tak claim sedih syahdu...cakap tak serupa bikin proton, mcmane nak support produk kereta malaysia nie...

khalil

Betul ker nak jadi lebih baik. kawan saya baru jer beli Saga FL, sehari pakai, 3 hari masuk bengkel. minggu lepas masa jumpa dia, lampu malam dah tak nyala...keesokannya dia naik kereta lain sebab saga dia 'mati' terus.. PROTON oh PROTON..

NORDIN BIN MOHAMMAD

saya beli persona pada 17.7.2011. tapi masalahnye pintu belakang sebelah kiri tak boleh nak tutup seperti biasa, tapi saya terpaksa kuatkan sdikit baru boleh tutup rapat. Saya pergi ditempat serbis di jalan pngkala chepa kelantan, jurutekniknye baiki dan alih skru pada pintu, bila tutup ok lah tapi pintu pula macam terkeluar, smpai skrang kereta sye seperti kereta cacat. Bolehkah kalau saya nak tukar getah pintu tu.. mungkin juga kereta rejek, patutnye proton kna priksa dlu sebelum jual. pada pintu ada sticker lulus..

arbain

pengalaman dari adik beradik yg pakai proton...
memang banyak lagi perlu dibuat penilaian..
kalau dulu power window tu memang dah jadi trademark bagi proton, cermin tertanggal, power window jamm, power window bebunyi kuat.. yg terbaru, persona kak ipar, seat belakang berbunyi kat bahagian klip dia..pegi kat pusat servis dia suruh selit kertas je? profesional kah? itu ke tahap kualiti kereta keluaran kita? kalau nak senaraikan masalah kereta nasional ni sebenarnya x cukup page ni huhu...
kita beri komen sebegini, tapi akan ada suara sumbang dari pihak proton sendiri (sesetengahnya) akan berkata, "nak semua bagus beli la kereta import"... ayat macam ni selalu boleh dengar, so macam mana nak maju....

cmacute06

PROTON THE BEST!!!!TERASA SAKITNYA HATI APABILA PROTON DI PERLEKEHKAN.SEMOGA BERJAYA PROTON.

rj azhar

sy ingin tahu dr manakah vendor proton yg brtanggungjawab dalam mmbekalkan power window ni..pnglaman sy memiliki waja tahun 2001,msuk tahun ni dah 5 kali power window yg sy tkar..on top of that,cost utk power window bg model waja ni amat2 lah tnggi..tp skrg da lega ckit sbb power window yg last sy tkar pd 2 tahun lalu so far x de problem..sy prnah trpaksa mmbuka pntu masa bayar tol kt sg besi satu ktika dulu..amat2 mnyakitkan hati n memalukan..harap proton sntiasa dpt upgrade u punya kualiti n warranty..n 4 da suggestion,cuba hasilkan rekaan sndiri,bkn ciplak 90% drpd other company..u punya design sblm ni pon bkn nya teruk sgt,sbg contoh model waja..sy brbangga dgn design waja sbb ianya mengalahkan honda city n tyota vios..same with neo,great design..thats all,skdar mncadang n brkongsi..=)

cym

kami mengharapkan masalah sedemikian tidak lagi di perkatakan.bagaimana pula dengan kereta sebelum tarikh yang di perkatakan.harap ada keistimewaan yang di berikan oleh pihak berkenaan untuk di baikpulihkan,mungkin dari segi kos.saya tetap sokong kereta proton,kerana hanya kereta proton yang mampu di beli oleh golongan yang sederhana seperti saya.PROTON DI HATIKU...

amran

Kenapa kualiti proton kegunaan tempatan selalu bermasalah, sedangkan proton eksport berkualiti tinggi seperti UK dan sebagainya.

waja campro

saya bersetuju dengan "sham" isu ini sebenarnya isu lama cuma proton baru je kuar statement semalam bagaimana dengan model waja..wira..dan proton lain sebelum ini.. adakah dengan cover model lepas 1 september 2011 masalah ini akan selesai?? to be fair model terdahulu pon kene diambil kira.. kalau tidak pengguna di malaysia pasti akan boikot model proton kerana cost down dan value engineering yang dibuat bagi mengurangkan FOB kereta dan meningkatkan untung PROTON lebih memberi beban kepada pengguna.. cuba jadi kita contoh HONDA dan TOYOTA... dia akan tarik semula model lama pernah kuar yang bermasalah siap percuma lagi.. Customer 1ST baru bussiness boleh maju fikirkanlah wahai sahabat di PROTON.. belajar dengan company berpengalaman dr jepun dan korea.. tak guna kita guna facilities di korea untuk rnd model baru tp customer services kita masih tertinggal.

toya

promosi ni hanya sesuai utk sykt kereta berumur 2 tahun. C'mon proton, korg dh lebih 20 thn!! Sepatutnya proton MESTI janjikan lebih dari power window tu..hehe

Suhaimi

Pengalaman saya, power window pada kereta Proton tidak perlu terus dibaiki. Kerana selepas beberapa hari ia akan baik sendiri. Ini pengalaman sebenar saya 2-3 kali.

Mahadi Abu Bakar

Saya dah pakai 4 jenis model kereta proton.. tetapi yang boleh dikatakan memuaskan sikit kualitinya adalah model ISWARA. yang paling teruk WAJA dan BLM.. dah lah kuat telan minyak.Saya sokong pendapat Rizal perlu di nilai semula vendor yang membekalkan kompenen terutamanya tingkap.. kualiti diutamakan baru kesetiaan pengguna meningkat.

Rosli

Saya beli Proton Waja tahun 2005, Power window dah tukar 3 kali, dan sekarang rosak lagi... sekali tukar kat Proton kena RM400, 3 kali dah melayang RM1200. siapa mau jawab?? "sendiri mau ingat la" Rakyat kena ada rasa patriotik suruh pakai jenama produk malaysia tapi syarikat tak perihatin langsung. Cuma bila CEO baru Proton Datuk Seri Syed ada innovatif.

Muhammad Aiman

1- banyak Gen2 di workshop yang mengalami masalah minyak pelincir kering selepas 5-6tahun
2- masalah 'alarm'. Central locking adik saya rosak pada minggu kedua selepas membeli satria neo cps. Central locking rakan saya yang memiliki Gen2 juga mengalami masalah serupa.
3- inspira rakan saya mengalami masalah sistem suspension berbunyi pada hari ke-3 membelinya.
4- emblem saga jiran saya tercabut dalam masa setahun, penutup minyak tidak berfungsi pada tahun kedua, bateri kereta perlu ditukar setiap tahun sehingga baru-baru ini kedai aksesori kereta membuat sedikit modifikasi. Kata kedai tersebut, perkara itu adalah normal untuk saga.

--selepas mendengar cerita-cerita benar ini, saya trauma untuk membeli kereta proton. Dan saya sangat faham kenapa jualan myvi jauh lebih tinggi berbanding persona walaupun harganya hampir sama tetapi enjin dan saiz myvi jauh lebih kecil. Kami sebagai pengguna amat kesal kerana harga kereta proton tidaklah murah tetapi kualitinya sangat memalukan berbanding perodua. Harap proton dapat ambil tindakan segera--

adly

syabas... usaha baik utk mengekalkan mutu perlu jika mahu maju dan terus maju...

hazwan

bukan tingkap sahaja..kalau boleh enjin sekali..sy dulu pakai saga blm.2tahun pakai dah mcm2 problem..IAFM la..break jem la enjin mcm lori la..water pump bocor la..baru 2taun pakai tue..kalau dah 9tahun xtau apa lah..kalau anda kepusat service proton jgn ckp "saya rasa benda nie rosak sbb tue jadi mcm nie"..sbb mekenik proton lagi tauuuuuuuuuuu...skrng pakai perodua tiada lagi masalah

Sofia Safian

Nasib2 pakai kareta Proton dulu kawan pakai
Iswara Kebal JHL 4827 8 kali rosak baru sekarang Proton terfikir nak baiki kesilapan kenapa baru sekarang: HANTAR VENDOR DAN STAF MEKANIK KE KOREAN MACAM KIA WALAUPUN SPARPATE MAHAL PUSAT HATI MEMAKAI JUGA TOYOTA KAWAN DAH PAKAI 5 TAHUN POWER MASIH BAIK MACAM BARU2 BELI DULU TAK ADALAH NAK BUKAT TINGKAP BILA SAMPAI TOL: HARAP PROTON LEBIH BAIK NAK SAMPAI WAWASAN 2020 JGN KERETA MALAYSIA HANYA GAH DIASIA SAHAJA...

Shukri

tolong fikirkan juga masalah power window bagi proton yg lama juga terutama waja.. byk jugA MODALNYA NAK TUKAR YG BARU...tingkap sy sebelah depan dua2 dah rosak.... kut2 kita blh dpn ganti yg baru dr proton juga.. rosaknya bkn sbb kita ttp mungkin motor yg lama tu kurang berkualiti...

misbahuddin kusnin

harga kereta mahal harga minyak apatah lg kalau kualiti bagus mahal mcm mec bmw pun rakyat beli sendiri mau ingat laa

Shukri

tolong fikirkan juga masalah power window bagi proton yg lama juga terutama waja.. byk jugA MODALNYA NAK TUKAR YG BARU...tingkap sy sebelah depan dua2 dah rosak.... kut2 kita blh dpn ganti yg baru dr proton juga.. rosaknya bkn sbb kita ttp mungkin motor yg lama tu kurang berkualiti...

matdie

Memangla free tapi,,Pastikan masa menunggu alat ganti tak terlalu lama,,sampai 6 bulan baru dapat,,

azim

Proton should solve this problem decades ago. They are far behind in term of quality control compared to perodua.

waja campro

last week baru je tukar 1 set motor power window waja campro kene rm231... kt eon services.. lari budget beb... naper motor xtahan lama ye??? vendor problem atau cost down atau value engineering atau monthly maintainance tak betul??? motor boleh jalan tp tersekat sekat... so tingkap boleh buka half je.. dah la masa ujan huhuhu

kamal.alrahman

saya pernah menggunakan saga, wira dan perdana sebelum tahun 2005. Saya tiada pilihan melainkan membeli kereta proton kerana pendapatan saya kecil, walaupun proton banyak masalah. Kesimpulannya, perubahan proton sangat ketara di bawah pimpinan Tuan Syed Zainal. Beliau telah meletakkan dirinya sebagai seorang pengguna proton. Prinsipnya tidaklah sukar sangat, bila ada komplin, bertindak dan perbetulkanlah dengan segera. Syabas Tuan Syed

Ahmad Zahiri A. Kadir

PROTON - Power window
Rosak
Ohhh.....
Tidak......
Oh.....
Noooo....

Sham

bagaimana dengan pengguna kereta Proton yang lama yang perlu menanggung masalah yang telah diakui sendiri oleh Proton. Apakah tindakan Proton kepada kami.. kerana kami terpaksa menanggung kerosakkan kerana ketidakupayaan Proton menyediakan peralatan yang baik..

zmie

Bila membaca berita ini, terasa lucu pun ada.Saya mengalami masalah dengan tingkap proton wira lalu menghantarnya ke pusat service proton Sg Besi.Nak tau apa yang penyelia mereka katakan pada saya? "Kereta Porsche pun macam ni juga".Bagi saya, tak tau samada ianya betul atau tidak kerana saya tidak pernah memandu kenderaan jenama Porsche.Sepatutnya mereka melatih kakitangan mereka (semua peringkat) dengan lebih baik bagaimana cara untuk berhubung dengan orangramai kakitangan mereka membawa imej Proton.

azim

Proton should solve this problem decades ago. They are far behind in term of quality control compared to perodua.

roslan abd rashid

tahniah atas rasa tanggungjawab yang diberikan,proton terbaikkk..

rohana bt. taib.

baguslah kalau pihak proton peka dengan benda begini. nanti pengguna bolih yakin untuk beli kereta malaysia.

putera.salju

baguslah klu sudah ada kesedaran. tentang masalah penguna, kereta saya baru 5th guna sudah ada berbagai masalah, tingkap bonet dan sebagainya.. padahal kalu nk di katakan salah pengunaan mungkin tidak ,sebab pemandu yg paling cermat sayalah orangnya.. proton tolong ambil perhatian dlm hal ini..semoga peroton lebih maju jaya di masa hadapan..tq.

skakoi

PowerWindow Rosak Oh Tidak Oh No - PROTON

Rizal

Sikap Proton sendiri adalah penyebab pengguna hilang keyakinan terhadap Proton. Walaupun model baru tetapi masih banyak lagi masalah selain dari "power window". Contohnya baru2 ini kawan saya yg menggunakan Saga BLM Manual tak sampai setahun menghadapi masalah "batang gear terkulai". Bila dibawa ke pusat servis proton Sg.Nibong P.Pinang, mereka cakap disebabkan oleh spring yg memegang batang gear tersebut perlu ditukar tetapi dia perlu membayar harga spring tersebut dengan alasan "wear and tear". Ini memang tak masuk akal dan tidak bertanggungjawab sedangkan masih dlm warranty dan komponen tersebut berada dibahagian dalam dan tidak terdedah langsung kepada pengguna untuk membuat kerosakan. Kereta kancil saya yg sudah 10 tahun pun tak pernah ada masalah bodoh sebegitu.

Tukar sahaja vendor atau supplier yg gagal supply komponen yg berkualiti. Audit supplier dgn lebih ketat. Jangan bila audit tengok dokumen lebih kurang lepas tu pergi makan besar supplier belanja. Hancur masa depan Proton kalau benda sebegini berterusan.

MOHD ZAIN BIN ASDAIN

Satu usaha yang baik dari proton, Tahniah! Saya memiliki kereta Proton Gen2 keluaran Disember 2006, pernah sekali anak kecil saya mengeluarkan kepala di tingkap sebelah kiri semasa kereta 'parking', tiba-tiba anak saya seorang menekan suis tingkap kuasa untuk menaikkan cermin tersebut, tetapi bila suis ditekan untuk menurunkan cermin tersebut, ia gagal berfungsi dengan baik, nasib baik anak kecil saya tidak mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut, mujurlah selepas beberapa kali cuba menurunkan cermin tersebut, ia berjaya diturunkan.

el hafeez

Kenapa baru sekarang?

norhamidah

bru je repair tingkap kereta kena rm380...abis bajet lari

azim pahang

nampaknya kereta persona sy boleh pergi dgn lebih jauh lgi tanpa masalah..trima kasih proton...terus maju..

Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat