Berita Harian: MukaDepan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 16 Oct 2011 03:23 PM PDT MukaDepan PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut perwakilan parti Gerakan menghadiri Persidangan Perwakilan Nasional Ke-40 PGRM di Dewan Wawasan Menara PGRM, Cheras, semalam. KUALA LUMPUR: Bagi mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Barisan Nasional (BN) akan melakukan pelarasan serta penyesuaian terhadap formula pembahagian kerusi dengan mengutamakan pemilihan parti komponen dan calon yang terbaik serta boleh menang. Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan pelarasan serta penyesuaian itu perlu kerana formula sedia ada dilakukan pada 2004 dan terus diterima dalam PRU-12 pada 2008. Perdana Menteri berkata, BN mesti melihat realiti keadaan peringkat akar umbi setempat untuk memastikan sama ada berlaku sebarang perubahan lanskap politik di kawasan berkenaan yang memerlukan pelarasan serta penyesuaian."Kerusi sekarang menjadi asas, kita tidak akan merombak segala-galanya... cuma pelarasan dan penyesuaian di tempat yang difikirkan patut," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional GERAKAN Ke-40 di sini, semalam. Najib berkata, perkara itu sedang dirundingkan dan semua pemimpin parti komponen BN menyatakan mereka bersikap terbuka, sekali gus bersetuju mencari formula terbaik berteraskan prinsip calon boleh menang. Ditanya sama ada semua pemimpin parti komponen BN bersetuju untuk bertolak ansur atas sebarang keputusan pelarasan dan penyesuaian terhadap formula pengagihan kerusi itu kelak, beliau berkata: "Pada semangatnya ya... prinsipnya diterima tetapi sekarang adalah perincian." Ketika menutup Konvensyen BN peringkat Negeri Sembilan di Seremban pula, Perdana Menteri mengingatkan setiap pemimpin dan ahli parti komponen BN supaya mempersiapkan minda untuk menerima konsep calon boleh menang dalam pilihan raya umum akan datang. Katanya, BN tidak khuatir persiapan fizikal dan strategi kerana pengalaman melalui 12 pilihan raya umum lalu mencukupi, tetapi kebimbangan sekarang ialah sama ada setiap peringkat BN bersedia menerima konsep itu. "Ketika ini, semua nampak cantik. Apabila bersidang dalam dewan, semua nampak berkobar-kobar dan memberi sokongan padu, tetapi suasana dalam dewan tidak serupa dengan keadaan di luar dan peringkat akar umbi di peti undi. "Dalam dewan dan depan Perdana Menteri kata sokong. Bagaimanapun, apabila keputusan pemilihan calon dibuat, adakah kita sokong atau tidak," katanya. Najib berkata, pemimpin yang tidak terpilih atau dicalonkan semula tidak seharusnya merajuk, sebaliknya hendaklah terus menyokong calon yang dipilih pucuk pimpinan. Mengenai tindakan pembangkang memutarbelitkan sesuatu isu, Perdana Menteri menegaskan BN tidak boleh lagi menggunakan pendekatan konvensional melawan pembangkang, tetapi perlu mencari metodologi baru dalam persekitaran baru bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenR.Mar kalau dulu, pemimpin bawah selalu kelentong org atas, kononnya mereka ada calon yg boleh. org atas pula semua kata ok dan ok saja kerana nak jaga hati. org atas tak tahu apa sebenarnya yang berlaku di bawah. Akhirnya, menerima nasib yg malang pada PRU12. walaupun skrg strategi baru ingin diperkenalkan, tapi kena berhati-hati juga. Yg boleh menang tidak semstinya menang serta merta. mungkin mereka ada peluang. tapi peluang boleh direbut oleh sesiapa saja. Yg penting strategi. di pihak lawan, ada yg menang masa PRU12 wlupun mereka bukan org ternama. sbg contoh kes video VK Lingam. Hanya dgn video saja, org boleh menang pilihanraya.Jadikannya pengajaran manje shah Pilihlah calon yang terbaik dan pilihan yang tepat.Pastikan BN mendapat kemenangan yang bagus.. Mat Keluat Semua pemimpin komponen BN perlu menerima strategi baru yang diumumkan oleh PM demi kemenangan BN dalam pru13 nanti. BN akan meletakan calon-calon boleh menang saja disetiap kawasan parlimen dan dun.Faktor sokongan akar umbi akan diutamakan terhadap pemilihan calon nanti. Manakala kita harap pemimpin yang tidak terpilih perlu memberi sokongan padu kepada calon BN yang bertanding.Sekiranya semua pemimpin BN memberi sokongan padu tidak mustahil BN akan dapat mengekalkan memerintah dalam pru13. 1malaysia jgn di gadai negara dengan pemberian taraf warganegara kpd pndatang asing yg telah berlaku Ghazalie Pg Hinndi Semoga UMNO/BN terus memimpin negara. Beberapa calon perlu diambil perhatian khususnya di Semporna. Ada yang menang dalam jawatan parti tetapi tidak berfungsi kepada masyarakat. Demikian juga dengan calon yang diketengahkan, walaupun mereka menang pada pilihanraya umum yang lalu namun tidak berfungsi dengan baik terhadap rakyat. Mengikut tinjauan pendapat masyarakat dalam beberapa tahun, calon-calon UMNO yang ada sekarang bakal menerima kekalahan yang teruk kerana rakyat sudah mula beralih untuk memilih calon bukan berdasarkan parti, tetapi melihat kewibawaan calon/individu. Kemungkinan kekalahan ini bukan disebabkan rakyat tidak memilih parti UMNO/BN, tetapi kerana pemilihan calon oleh parti yang gagal menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat. Pembangunan di daerah Semporna pada minda rakyat hanyalah janji kosong oleh pemimpin yang ada sekarang. Pembangunan yang dibawah pun hanya menguntungkan pemimpin dan konco-konconya tetapi rakyat masih juga berada pada tahap sosialnya yang agak lembab perubahannya. Perkara ini harus diambil perhatian oleh parti... adon pastikan calon berjiwa rakyat dan bukannya kepentingan diri. Full content generated by Get Full RSS. |
Jam Makkah 'sentuhan Malaysia' Posted: 16 Oct 2011 03:17 PM PDT MukaDepan MENARA Abraj Al-Bait mercu tanda utama kota Makkah. Gambar kecil, Wan Nazri Wan Aria. Wan Nazri Wan Aria, 31, adalah jurutera syarikat dari Jerman, SL Rasch, yang bertanggungjawab menampilkan reka bentuk dan pembinaan menara jam gergasi itu. Katanya, menara itu memerlukan 'struktur keluli tidak berat' untuk menyokong jam gergasi itu, dan kejituan teknologi Jerman dengan kerjasama tenaga pakar Syarikat Premier Composite Technology dari Dubai, diperlukan untuk menyempurnakan tanggungjawab berkenaan. Uniknya, 14 tenaga pakar Premier Composite Technology itu juga adalah daripada kumpulan anak muda Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk memasang jam gergasi yang memukau perhatian jutaan jemaah dari serata dunia mengerjakan haji dan umrah.Dengan ketinggian 601 meter, ia adalah menara jam tertinggi dan terbesar dunia, mengalahkan struktur menara jam lain yang terkenal di seluruh dunia seperti Menara jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara jam The Big Ben di London, dan Menara jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat. "Ia tiga kali lebih besar daripada Menara Big Ben di London," kata pemuda kelahiran Melaka, yang menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Teknologi Mara pada 2002 sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Stuttgart, Jerman. Nazri bersama beberapa jurutera Premier Composite Technology ditemui kumpulan media Tabung Haji yang menikmati teh tarik di Restoran Felda D'saji di Safwa Tower berhampiran Masjidil Haram di sini. Jam gergasi yang dihias replika bulan sabit itu dikatakan boleh dilihat dari jarak sehingga 17 kilometer pada waktu malam dan 12 kilometer pada waktu siang, manakala cahaya daripada dua juta lampu LED yang menghiasinya berkerlipan setiap kali azan berkumandang pula boleh dilihat dari jarak sehingga 28 kilometer pada waktu malam. Selain itu, 90 juta kaca mozek keemasan digunakan menghiasi keempat-empat permukaan jam berkenaan. Nazri berkata, menara jam yang dilaporkan bernilai RM9 bilion itu dijangka siap sepenuhnya pada Februari depan sebelum diserahkan kepada pemaju dan kontraktornya, Kumpulan Binladin pada Mei, dan beliau bersama kumpulan pakar Premier Composite Technology akan terus berada di Makkah bagi memantau dan menyelia kerja akhir pembinaan menara jam itu. Sementara itu, menceritakan pengalaman kerja di sebuah syarikat Jerman, Nazri berkata, beliau mengambil masa lama sebelum kepakarannya mendapat perhatian, pengiktirafan dan diberi peluang menerajui projek itu. Rakannya, jurutera Premier Composite Technology, Armazizul Arifin pula berkata, bahan komposit adalah satu bidang baru dan tidak banyak syarikat dunia mempunyai kepakaran serta teknologi berkaitan bahan itu. Beliau berkata, bekerja dalam satu kumpulan tenaga pakar dari negara sama menjadi satu kelebihan, dan menurutnya, beliau bersama kumpulannya turut terbabit dalam beberapa projek besar membabitkan pemasangan struktur binaan logam yang kukuh tetapi ringan itu. Beliau bersama kumpulan rakannya juga terbabit dalam pemasangan kubah bergerak di Masjid Al-Nabawi di Madinah dan juga kubah di Masjid Putrajaya. – BERNAMA Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenRafeah Naaman seronoknya pn munira..walaupun aku dah lama tau husband hang engineer jam tuh, tp bila masuk surat khabar, rasa lagi la bangga..congrats wan kerana mengharumkan nama Malaysia... dnotaisho keunggulan kaabah bukan kerana reka bentuknya, jadi kepada saudara Asri, jangan risau kerana tiada mercutanda yang berada di makah yang dapat mengalikhkan tumpuan jemaada dari kaabah, kerana Jam tu gah hanya dimata dan kaabah Gahnya dihati umat islam....
deeja din syabas anak malaysia . terharu baca berita ni. roslan abd rashid lagi rakyat malaysia kebanggaan negara,malaysia dimata dunia.megah dibumi bertuah.
zainee Tahniah dan Syabas! Macam ni baru padan dapat gelaran 'Datuk'. DINskudai Allhamdulilah, tahniah anak malaysia atas kejayaan melakar sejarah pembinaan Menara jam di Makkah, ia akan menjadi panduan bagi jemaah haji yang sesat.
Asri sepatutnya jam tersebut tidak di bina di Makkah kerana orang ramai akan tertumpu ke arah jam tersebut dan bukannya Kaabah. Bila orang ingat Makkah sahaja org ingat jam besar tu.Fikir kan lah sendiri ya tuan puan. pak usu tahniah wan nazri dan the gang. inilah namanya berbakti. bukan sebagaimana segelintir pelajar kita dari luar negara balik ke malaysia memburukkan nama negara. sesungguhnya anak muda seperti wan nazri lah nanti harapan kerajaan sekarang untuk meneruskan kesinambungan kecemerlangan manusia Malaysia berjiwa merdeka. Abang Aji BP Tahniah! Semoga lebih ramai lagi anak Malaysia melakar kejayaan di pentas dunia.Berbangalah jadi Anak Malaysia dan tidak memburukkan Malaysia di negara-negara lain...... MOHD. HATTA BIN HJ. IDRIS Syabas Malaysian! Tapi konsep binaan kenapa maish western not oriental? salmah ahmad tahniah dik, akah suka masa warna jam bertukar dari hijau kepada putih. Kami anak beranak selepas sembahyang subuh akan tunggu time warna jam bertukar. Syabas.
Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |