{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Umat Islam wajib undi

Posted: 29 Feb 2012 02:12 PM PST

KUANTAN: Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman, berkata tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum adalah wajib kepada umat Islam dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan.

Beliau berkata mengundi adalah fardu kifayah, tetapi jika ramai tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain.

Pada zaman Rasulullah SAW dulu, ketika Baginda wafat, waktu untuk pengebumian terpaksa ditangguh sebentar sebelum dikebumikan bagi melantik seseorang yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah.

Daripada situ kita dapat melihat betapa penting pelantikan khalifah itu kepada masyarakat untuk melaksanakan agenda seterusnya ke jalan benar, katanya di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, Islam tidak melarang umat mengundi calon bukan Islam jika tidak menimbulkan pelanggaran terhadap ajarannya.

Diharuskan mengundi bukan Islam yang akan membantu pembangunan Islam dan dalam masa sama boleh menjaga umat Islam. Kita sesama Islam hendaklah bertolak ansur dan bersatu serta tak perlu berkeras dengan bukan Islam, katanya.

Mengenai baiah, Abdul Rahman berkata ia pengakuan taat setia dan individu yang mengingkarinya bakal menerima balasan atau musibah.
Pengakuan bai'ah juga tidak boleh dalam bentuk paksaan.

Jika berbentuk paksaan, perjanjian itu terbatal, katanya. BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

nor diana bt ismail

sangat setuju....kita tetap sokong parti politik yg memperjuangkan islam sebenar

al-kelangi

Assalamualaikum, Agama Islam itu adlah mulia dan suci. Dalam kitab2 muktabar hukum itu terbahag 2 fardhu ain dan fardhu kifayah.Hukum fardhu ain itu adalah wajib, mankl fardhu kifayah jika sekumpulan itu telah melakukan mak yang lain terlepas seperti solat jamaah jika satu kampung tidak melakukan maka hukumnya menjadi fardhu ain. Begitu juga solat janazah.Manakala mengundi tidak terdapat di dalam kitab muktabar yang mengatakan ia fardhu ain, juga tidak terdapat di dalam nas al-quran, hadith, qias dan ijmak ulama.Mengundi ini pernah di lakukan oleh nabi Yunus ketika di dalam perahu dan juga Rasulullah juga pernah sebut' seandainya siap yang mengetahui kelebihan solat di saf pertama nescaya mereka akan mengundi(membuat pilihan). Dalam hal seperti di atas atau apa yang di sebutkan oleh mufti bukanlah ia fardhu ain.Jika salah seorang ahli keluarga kita sudah melaksankn tugas tersebut maka ahli yang lain terlepas, itu pun jika hal yang bersangkutan dengan ibadah. Miskipun demikian, mengundi ini bukanlah cara Rasululah kerana Rasulullah kerana Rasululah mengamalkan syura. Oleh yang demikian matlamat itu tidak menghalalkan cara.Hal-hal yang berkaitan dengan urusan dunia, janganlah dihukum dengan sesuka hati 'wahai manusia yang bernama mufti'. Jangan mengunakan jawatan mufti untuk menghukum atau menakut-menakutkan masyarakat. Dalam Rukun Islam dan rukun Iman tidak di sebut menggundi dan bukan rukun atau fardhu yang wajib. Justeru hukum mengundi itu hanyalah harus sahaja dan jangan di tambah-tambah hukum tersebut sehingga menjadi bid'ah.
Wassalam.al-kelangi.

ibrahim.b.ahmad1

pengundi laksanakan baiah dgn mana-mana parti, minta parti tersebut jalankan pemerintahan berdasarkan kpd ajaran ugama islam, jika menang. wallahualam.

Muslim sebenar

Dizaman yang penuh dengan fasya' dan munkar ini Agama pun manusia sanggup gunakan untuk menjadi alat bagi mendapat keuntungan duniawi.. Yang benar-benar memperkasakan Islam dan berusaha menyatupadukan ummah pula dituduh sekular dan kafir.. Semoga Allah memberi petunjuk dan belas kasihannya untuk membuka hati orang Islam seluruh negara untuk bersatu tanpa sebarang alasan.. aminn

Pesanan kepada Mukmin

Harap ulamak Msia lebih peka terhadap isu yang lebih besar dari ini yakni soal Akidah, Akhlak, Iman dan Takwa yang menjadi tanggungjawab setiap mukin kepada Allah SWT. Firman Allah Azzawajalla marhumnya, " Tidak aku jadikan malaikat, jin dan manusia melainkan untuk menjadi hamba dan beribadat kepadaKu". Akhir2 ini kita berdepan dengan pelbagai masalah yang menimpa negara jiran bermula dari Tsunami, Gempa dan dinegara sendiri dengan banjirnya sehingga ada yang terkorban. Bukankah di dalam Kalammullah Allah ada berfirman ,"Tidak aku musnahkan sesuatu kaum itu melainkan mereka melakukan kemungkaran", janganlah kita asyik lalai mengejar dunia sehingga terlupa bahawa ""dunia hanya persinggahan sementara dan akhirat adalah yang kekal"". Saya percaya banyak ulamak Msia terkenal dengan pengetahuan dan ilmunya, jadi bergantinglah tangan menentang apa jua kemungkaran Atas Nama Allah dan janganlah takut untuk melontarkan kebenaran, seandainya ada kegentaran maka itu bukanlah sifat seorang Ulama' (kerana Ulama' dikatakan pewaris Nabi SAW). Bicara pada kebenaran dan hancurkan yang batil.. Di Luh Mahfuz kelak banyak dari manusia yang berilmu dan tekun beribadat sewaktu hidup menyesal dengan sesalan yang amat kerana mereka menjadi bisu pada kebathilan sewaktu mereka diberi amanah menjadi pemimpin dan peneraju. Jangalah kita rugi di akhirat sekali2 kerana kita terlalai di dunia. Rugi di dunia tidak mengapa asal tidak rugi disisi Allah SWT, Rugi di sisi Allah maksudnya tiada bezanya kita dengan org yang Allah lemparkan ke dalam neraka dan azabNya. Wallahu alam...

Apa yang terdapat di Quran itu ialah Kebenaran tentang Agama Allah dan apa yang terdapat di dalam Hadis itu adalah pelengkap dan penerang kebenaran Quran. SAbda Nabi SAW,"Sepeninggalanku maka berpeganglah kamu wahai ummatku kepada dua ; Quran dan Sunnah. Janganlah kamu berpaling dari kedua-duanya".

Menjadi pemimpin dan ulama' adalah mulia di sisi Allah disamping tanggungjawab yang besar maka, ujiannya juga amat dasyat dan balasannya amat menakutkan. Berwaspadalah pada kita selagi mana kita yakin akan datangnya kiamat dan akan datangnya Hari Pembalasan.

-memberi nasihat dan mengajak kebenaran tanggungjawab seorang mukmin.

N Mohamed Yusoff

Banyak Umat Islam tak tau kewajiban mengundi supaya Negara tidak jatoh kepada Peminpin yang tidak bertanggongjawab kerana Bagi orang Islam kini Ibadat cuma.solat,puasa,zakat,haji itu saja dan itulah sering di ajar di mana dan lebih ditekan kepada yg sunat-sunat saja perkara wajib tidak di tekankan begitu juga di media=media masa

Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

Bila cerita pasal undi, baru keluar fatwa. Hukum ALLAH bila nak tegak????

miejigsaw

Tolong la islam pun di politikan. Aku ni kurang juga dari segi agama tapi aku tak stuju dengan pandangan mufti ni. Dari pada korang sibuk cakap ni wajib bagus kamu haramkan merokok jelas sekali merosakkan kesihataan. Saya percaya Islam itu indah . Aku rasala kalau Nabi Muhammad masih hidup di lastik mulut mufti ni sebab cakap macam ni....plz jangan politikkan Islam.

SUMMER KNIGHT

Kalau dah sampai dikategorikan wajib, apale salahnye, pihak berwajib melaksanakan pendaftaran secara automatik, takke lebih menyenangkan rakyat, selaras dengan gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...Dengan erti kata lain, 100% rakyat yang layak mengundi didaftarkan, tak perlu le lagi keluar kenyataan seperti masih ada lagi rakyat yang mengundi belum berdaftar sebagai pengundi, dlm Islam sendiri pun ada kelonggarannya, itu hukum Allah, inikan hukum yang manusia ciptakan sendiri, renung2kan lah...

rosli lee

roslan lan: kt malaysia nie ad ke parti yg ikhlas perjuangkan islam? rasenye parti yg mengaku lebih islamik 2 nmpk makin sekular je..even org nk cegah murtad pown smpai kena pecat dr parti..fikir-fikirknla..

daus

sorry la ustad saya x caya non muslim boleh membela muslim...baik saya sokong islam saja

SUMMER KNIGHT

kalau susah sangat sampai nak dikategorikan wajib, cepat2lah buat pendaftaran secara automatik, takle menyusahkan rakyat, fikir-fikirkan le...tq

roslan lan

Saya tetap mengundi parti politik yg memperjuangkan islam sebenar, bukan islam sekular...fikir2 kan laaa

Hasmadi Hassan b. Ramli

assalamualaikum. mufti pahang mengeluarkan kenyataan boleh mengundi calun bukan Islam dalam pilihan raya. bagaimana pula pandangan mufti negeri lain...

MB Kedah terus tertekan

Posted: 29 Feb 2012 02:08 PM PST

[unable to retrieve full-text content]ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terus menerima tekanan dalaman apabila PAS Kawasan Kuala Kedah mendesak Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Datuk Amiruddin Hamzah yang baru dilantik semula kelmarin supaya melepaskan jawatan EXCO.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat