{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Universiti naungan Raja-Raja

Posted: 02 Mar 2012 01:45 PM PST

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Universiti Islam Malaysia (UIM), sebuah universiti penyelidikan berteraskan Islam akan ditubuhkan di bawah naungan Majlis Raja-Raja, di Cyberjaya, khusus bagi pelajar pasca siswazah yang terbuka kepada pelajar dalam dan luar negara.

Penubuhan UIM yang diputuskan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-222 pada 2010 adalah kesinambungan Kolej Islam Malaya (KIM) yang ditubuhkan pada 1955, namun ditangguhkan pada 1970 kerana keperluan mendesak waktu itu untuk menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mengangkat martabat Bahasa Melayu ke peringkat universiti.

Pengerusi Majlis UIM, Tan Sri Dr Yusof Noor, berkata universiti berkenaan akan dibangunkan di atas tanah seluas 27 hektar dengan struktur seni bina Islam dan istana Melayu termasuk pembinaan sebuah masjid serta menara jam sebagai lambang diraja. Beliau berkata, UIM bukan duplikasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kerana ia adalah pusat penyelidikan khusus bagi pengajian Sarjana dan PhD serta sebagai penyambungan semula KIM yang ditubuhkan sebelum ini atas persetujuan Raja-Raja Melayu.

Beliau berkata, sesi pengambilan pertama pelajar diadakan Jun ini dan mereka yang terpilih akan mengikuti pengajian di kampus sementara di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Katanya, Majlis Universiti itu yang dilantik dan mendapat perkenan Raja-Raja Melayu sudah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk tujuan itu.

Katanya, pengumuman rasmi penubuhan universiti berkenaan akan dibuat kerajaan dalam masa terdekat dan Majlis UIM juga menyerahkan kepada kerajaan untuk memutuskan sama ada universiti itu berstatus institusi pengajian tinggi awam atau swasta.
"Universiti ini mengutamakan mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing untuk menjalankan penyelidikan dalam pelbagai disiplin termasuk sains, kejuruteraan dan sains sosial, berteraskan Islam.

"Uniknya, jumlah pelajar dihadkan kepada 1,000 orang dan mereka boleh memilih bahasa antarabangsa yang ingin digunakan dalam penulisan tesis untuk memudahkan perkongsian dokumen antara negara, namun sinopsis tesis mesti dalam Bahasa Melayu sebagai menghormati bahasa kebangsaan," katanya di sini, semalam.

Yusof berkata, UIM juga menyediakan kursus pendek seperti dilaksanakan di Universiti Harvard, Cambridge, Oxford dan Al-Azhar berikutan permintaan kursus berkenaan dari dalam dan luar negara.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mej werar suleiman bin haji ali

tertarik dengan kursus pendek yang memungkinkan mereka yang sedang bekerja untuk mengisi peluang mengikutinya tahniah UIM

razali din

Tahniah, suatu usaha yang tepat pada masanya. Umat Islam dan juga bukan Islam memerlukan analisis secara saitifik dalam menyelesaikan masalah atau isu semasa. Justru penyelidikan berasakan Al.Quran dan Hadith adalah yang terbaik dalam menangani masalah umat sekarang. Saya mencadangkan 'case study' juga perlu dijalankan bagi mencari alternatif terbaik menangani isu-isu sosial setempat masyarakat Islam di Malaysia atau luar Malaysia.
Tahniah, dan juga harapan saya Universiti ini adalah platform memartabatkan Institusi Beraja di Malaysia ke mata dunia. Terima kasih


Sisa Lynas dipindah lokasi jauh, selamat

Posted: 02 Mar 2012 01:41 PM PST

MukaDepan

KOTA BHARU: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan, sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas Corporation Ltd di Gebeng, Pahang, akan dipindahkan ke lokasi lain yang selamat dan jauh dari penempatan manusia.

Perdana Menteri berkata, kerajaan membuat keputusan itu bagi mengelakkan kebimbangan masyarakat yang mempengaruhi emosi dan psikologi walaupun pakar agensi pemantauan nuklear mengesahkan kilang itu selamat.

"Walaupun saintis sudah mengeluarkan bukti termasuk akuan badan antarabangsa bahawa sisa buangan itu selamat tetapi masih ada orang tidak puas hati membabitkan soal emosi dan psikologi, jadi kita putuskan pindahkan sisa buangan itu ke tempat lebih jauh," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Ramah Mesra bersama Profesional Kelantan di sini, semalam. Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin serta Ketua UMNO bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Najib berkata, kerajaan masih menimbang lokasi bagi sisa buangan akan dipindahkan itu dan akan mengumumkannya kelak.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) merumuskan kilang nadir bumi Lynas Corporation selamat dan hanya perlu melakukan penambahbaikan terhadap beberapa aspek teknikal sebelum meneruskan operasi ke peringkat seterusnya.

Laporan hasil kajian pakar agensi pemantauan nuklear itu menyatakan tidak menemui sebarang 'ketidakpatuhan piawaian keselamatan radiasi antarabangsa' dalam projek itu.
Bagaimanapun, isu Lynas dimanipulasi pembangkang dengan mengajak rakyat berdemonstrasi Ahad lalu.

Sementara itu, berhubung kedudukan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri, yang didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kelmarin dan dikenakan penjara enam tahun dan denda RM400,000, Najib berkata, Abdul Rahman masih Ahli Parlimen kerana kesnya dalam proses rayuan di mahkamah.

Berhubung calon Menteri Besar Kelantan, Najib yang juga Presiden UMNO, berkata, UMNO sudah mempunyai calon berwibawa untuk diketengahkan bagi menentang PAS terutama Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada pilihan raya umum akan datang.

"Bila sampai masanya, kita akan bariskan kepemimpinan parti yang pada pendapat kita begitu berwibawa untuk diketengahkan sebagai pemimpin di negeri ini," katanya.

Ditanya sama ada Mustapa sebagai calon terbaik, Najib berkata, sekarang ia masih terbuka.

"Kita tengok dulu pendapat semua pihak dan kalau Tok Pa sanggup, 'no problem'. Bagaimanapun, kita akan umumkan apabila tiba masanya," katanya.

Ditanya mengenai Hamas menolak kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Najib berkata, ia menunjukkan Anwar memberi keutamaan kepada Israel, bukannya perjuangan rakyat Palestin.

"Malaysia sentiasa memberi keutamaan kepada perjuangan dan kepentingan Palestin seperti diperjuangkan dengan surat ditulis Tun Dr Mahathir Mohamad; Tun Abdullah Badawi dan saya. Dasar negara konsisten, kita tidak berubah dasar terhadap Palestin," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

jantan

jauh kat mana tu, masih adakah tempat di malaysia ni yang tidak di huni manusia.

nak jauh mana tu?? kalau tak bahaya kenapa mau jauh buang... tempat yg jauh pn manusia ada juga


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat