{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda lepar hilir - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda lepar hilir - Google Blog Search


! BUDAK KAMPUNG ONLINE !: Panglima &#39;Tumbuk&#39; <b>Felda Lepar Hilir</b>

Posted: 27 Feb 2012 07:27 AM PST

Sekog lagi penyokong umno bertindak membabi buta.

Keadilan Daily | Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, jika tidak ada campur tangan penyokong di ceramah di Gambang, Pahang semalam, beliau pasti sudah mendapat mata lebam seperti bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Katanya, serangan terhadapnya oleh lelaki dalam ceramah Pakatan Rakyat di Felda Lepar Hilir I pada malam itu hampir-hampir mengenainya

"Ia hanya beberapa inci (hampir mengenai), kamu pasti tidak mahu ukur, ia sangat tidak menyenangkan," kata Nurul Izzah, dipetik Malaysia Kini.

Menurutnya lagi, penyerang yang memakai baju merah perlahan-lahan memasuki tempat ceramah di sebuah kedai kopi sebelum melancarkan serangan.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah berkata sekiranya tiada penyokong yang menahannya, beliau pasti menerima nasib seperti Anwar yang dipukul menjelang perbicaraan kes liwat pertamanya lebih 10 tahun lalu.

Nurul Izzah mendedahkan, polis tempatan berjaya mengenali identiti penyerang itu sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Bagaimanapun, maklumat lain masih belum diketahui setakat ini.

Nurul Izzah turut menunjukkan kepada pemberita beberapa keping gambar ketika kejadian bagi menyokong dakwaannya.

Dalam perkembangan berkaitan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin didesak memberi penjelasan berhubung provokasi melampau yang dilakukan samseng Umno di Felda Lepar Hilir, Gambang, Kuantan malam semalam.

"Kita minta Khairy beri penjelasan sebab budak-budak ini memang penyokong Umno kerana mereka membawa bendera Umno dan BN.

"Mereka hafal lagu Umno dan menyanyikannya dalam provokasi malam itu," katanya pada sidang media selepas membuat laporan di balai polis Merchant Square, Petaling Jaya hari ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat