{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


DIKEHENDAKI

Posted: 03 May 2012 03:23 PM PDT

MukaDepan

Polis cari 49 disyaki terbabit rusuhan BERSIH 3.0

KUALA LUMPUR: Polis menyiarkan gambar 49 individu yang dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam pelbagai kesalahan, termasuk menimbulkan kekacauan sepanjang perhimpunan BERSIH 3.0 di beberapa lokasi sekitar ibu negara pada Sabtu lalu.

Semua individu, termasuk seorang wanita dan mahasiswa itu diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi diambil keterangan dan membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata antara kesalahan termasuk menimbulkan kekacauan dan rusuhan, selain memukul anggota polis. "Jika mereka enggan tampil, polis akan ke rumah mereka untuk merakam keterangan kerana kita mempunyai alamat hampir semua mereka. Orang ramai yang mengenali mereka juga diminta menyalurkan maklumat," katanya.

Mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Azmi Aziz di talian 019-2602344 dan 019-3872344 atau e-mel kepada azmiaziz@rmp.gov.my.

Mohmad berkata, individu yang gambarnya disiarkan itu tidak membabitkan ahli politik dan orang kenamaan selain bukan di kalangan 513 peserta yang ditahan ketika rusuhan.

Mereka boleh disiasat mengikut pelbagai Seksyen Kanun Keseksaan dan bergantung kepada polis menentukannya sebaik mengambil keterangan mereka.
Ditanya sama sama ada polis sudah menahan anggotanya yang didakwa melakukan kekasaran terhadap peserta perhimpunan, Mohmad berkata, setakat ini pihaknya belum membuat tangkapan dan menyifatkan terlalu banyak dakwaan yang ditimbulkan pelbagai pihak.

"Jika ada yang merakam aksi berkenaan, tunjukkan bukti. Bagi mereka yang melihat secara jelas, namun tidak mengenali mereka, boleh buat lakaran wajah dan serah kepada polis," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

KL Tulip Lady

AMBIGA lah punca segala ini....hope beliau bertanggujawab apabila kesemua yg disenaraikan itu ditangkap dan didakwa....hampir kesemua malay islam..oh bangsaku...agamaku....kenapa harus jadi sebegini.....

MajLee Musa

jenis x reti brsyukur...lalang smua !!!

rose

sokong dgn Mahyiddin,harus dikenakan tindakan tegas kpd orang yg tidak bersyukur,hargai dgn ape yg ada.kepada pelajar yg terlibat harus dibuang dan tarik balik pinjaman.jgn disebabkn taksub politik negara MALAYSIA jd huru hara,bahaya orang awam,polis dan wartawan.

Mahyiddin

Wajar dikenakan tindakkan tegas .. Kanun hasutan ..student pula harus digantung pengajian dan tarik pinjaman atau tajaan ..Kami sayang Malaysia ..DAULAT TUANKU

wok hamid

moga mereka ini diberi 'hadiah' yg terbaik sejajar dengan sikap mereka

Asiah Bakar

Tindakan tegas harus dikenakan kepada orang orang yang tidak pernah bersyukur atas nikmat yang Allah bagi....negara yg aman dan dapat merasai hidup dan makan makanan yg sihat...MasyaAllah ...bodoh dan rugi orang yg sebegini

warga desa

Lepas ni tak boleh dah bagi demonstrasi sebab bahayakan anggota polis & wartawan.Ramai ambil kesempatan utk lepas geram.

EVA

KATA SAMSENG SANGAT KALAU BERANI SERAHLAH DIRI. BERANI BUAT BERANI TANGGUNG.

Mawar

PDRM harus bertindak tegas dengan pelampau -pelampau yang melanggar perintah Mahkhamah..... ISA tu baik... mencegahan lebih dari mengubati.

yues

Kenapa tak siasat ketua dan penghasut kepada perhimpunan itu?


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat