Felda Bukit Rokan - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
Felda Bukit Rokan - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>Felda Bukit Rokan</b> - Google Blog Search Posted: 16 Jan 2012 08:30 PM PST Apa dah jadi dengan 'insentif' peneroka Felda Bukit Rokan Utara? 17 Jan 2012 - Aduan Rakyat Online Baru-baru ini PM mengumumkan 'insentif' kepada peneroka Felda akan dibayar pada penghujung Disember 2011. Rasionalnya, sudah tentu apabila pengumuman seperti ini dibuat, pihak yang bertanggungjawab telah bersiap sedia dengan pelan tindakan yang bakal diambil. (Felda Bukit Rokan Utara terletak di Felda Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan) Tetapi malangnya ketika saya pulang ke kampung halaman di FELDA BUKIT ROKAN UTARA pada minggu lepas, saya dimaklumkan oleh ayah bahawa beliau masih lagi menunggu pembayaran insentif seperti yang diumumkan. Betapa kecewanya beliau dan beberapa orang penduduk lain kerana merasakan diri mereka dipersendakan. Sebagai anak yang juga generasi kedua di tanah rancangan Felda ini, saya turut merasakan kekecewaan itu. Apalagi ketika pihak atasan Felda sedang ghairah menjanjikan masa depan yang 'indah' untuk peneroka Felda. Menurut beliau, beberapa penduduk yang lain telah beberapa kali cuba menanyakan dengan pihak pengurusan, malangnya alasan yang diberi adalah tidak menasabah. Sukar untuk diterima dalam kemodenan teknologi hari ini, sistem maklumat dan 'documentation' mengalami masalah. Apalagi setelah mendiami tanah rancangan Felda ini lebih 35 tahun. Bagaimanakah pentadbiran dijalankan selama ini? Kemana hilangnya rekod? Jika pun benar sistem bermasalah, apakah tindakan yang diambil selama hampir 2 minggu berlalunya tarikh yang dijanjikan? Persoalan lain yang wujud ialah mengapa tidak ada penerangan yang jelas daripada pihak yang bertanggungjawab? Biarpun hidup jauh di pendalaman, sesungguhnya mereka ini tidak bodoh! Saban hari media arus perdana sering menggambarkan Felda sebagai sebuah konglomerat yang gah dan hebat. Tak kan lah isu sebegini tidak mampu ditangani dalam tempoh yang singkat? Jadi, bagaimana para peneroka ini nak mendapat keyakinan bahawa hak mereka akan terbela jika penyenaraian di bursa saham dilaksanakan? By: Khairul Anuar Latip http://www.aduanrakyat.com.my/apa-dah-jadi-dengan-insentif-peneroka-felda-bukit-rokan-utara Rabu Disember 28, 2011 TANAH MERAH: Peneroka rancangan tanah Felda Gugusan Kemahang Dua, dekat sini menyambut baik langkah kerajaan memberi bonus dan insentif kepada mereka tahun ini. Ketua Peneroka gugusan itu, Mohd Yunus Abdul Manaf berkata seramai 300 peneroka di kawasan tersebut mula menerima insentif antara RM400 hingga RM1,200 seorang berdasarkan tahap jualan hasil mulai hari ini. "Sebagai peneroka kami mengalu-alukan pemberikan bonus atau insentif ini bagi membantu meringankan beban kami terutama ketika menghadapi musim persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi," katanya kepada Bernama, di sini hari ini. Beliau berkata pemberian bonus atau insentif itu adalah sebagai galakan tahunan kepada peneroka dan tidak kena mengena dengan musim pilihan raya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM2.6 juta bagi membayar bonus dan insentif kepada peneroka Felda bagi meringankan beban mereka, terutama menjelang musim persekolahan tidak lama lagi. - BERNAMA |
Blog Felda: <b>Felda Bukit Rokan</b> - Google Blog Search Posted: 28 Mar 2012 01:48 AM PDT Kontraktor yang dilantik Felda gagal menjalankan kerja-kerja dengan baik dan Felda sendiri gagal untuk memantau kerja- kerja kontraktor. TAMPIN: Seramai 200 peneroka dari Felda Bukit Rokan Utara di sini berang dengan sikap pengurusan Felda yang gagal bertanggungjawab dan menguruskan ladang kelapa sawit mereka dengan sempurna. Dalam tinjauan FMT ke Tanah Rancangan Felda tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Felda Bukit Rokan Utara yang mewakili peneroka tersebut, Said Dalil menjelaskan proses tanaman kelapa sawit dimulakan pada tahun 2004 dan selepas lapan tahun, pokok kelapa sawit yang sepatutnya sudah lama mengeluarkan hasil buah kelapa sawit masih tidak berbuat demikian. Sebaliknya saiz pokok amat kecil. "Tempoh matang pokok kelapa sawit mengeluarkan hasil ialah selama tiga tahun. Tetapi walaupun usia tanaman kelapa sawit telah mencecah lapan tahun, tetapi ia tidak mampu mengeluarkan hasil. "Malah saiz pokok kelapa sawit kelihatan seperti baru setahun ditanam. Saya percaya ini semua berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab pengurusan Felda yang tidak menguruskan ladang kelapa sawit ini dengan sempurna. "Mereka melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja menanam, membaja tanaman, 'pruning' dan membersihkan ladang kelapa sawit ini. "Bagaimanapun kontraktor yang dilantik gagal menjalankan kerja-kerja tersebut dengan baik dan Felda sendiri gagal untuk memantau kerja-kerja kontraktor," jelas Said. Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Peneroka Felda Bukit Rokan Utara, Nizam Ahmad pula berkata apa yang membuatkan beliau dan lain-lain peneroka berang ialah mereka dibebankan dengan hutang yang tinggi walaupun ladang kelapa sawit mereka tidak diuruskan dengan baik dan tidak mengeluarkan hasil. "Contohnya dalam penyata pendapatan dan perbelanjaan peneroka dari 2004 hingga 2010 saya dikenakan kos meracun sebanyak RM13,182.32. Sementara itu untuk kos baja pula saya dikenakan sebanyak RM17,918.37. "Dicampurkan dengan bantuan sara hidup sebanyak RM1,400.00 sebulan sepanjang tempoh tersebut dan lain-lain perbelanjaan serta kos, hutang saya dengan Felda adalah sebanyak RM157,932.49 setakat 2010. FMT juga diajak untuk melawat ladang-ladang milik peneroka untuk melihat sendiri keadaan ladang kelapa sawit tersebut. "Anda boleh melihat sendiri bagaimana keadaan ladang kelapa sawit yang sudah menjadi seperti hutan belantara. Ada sebahagian jalan juga dipenuhi dengan semak. "Sepatutnya dalam tempoh tahun ini pokok kelapa sawit ini sudah tinggi dan mengeluarkan hasil tetapi anda boleh melihat bagaimana keadaan pokok yang masih kecil dan tidak subur. "Jika ada pun pokok kelapa sawit yang mengeluarkan hasil, buah kelapa sawit itu tidak dipetik dan dibiarkan busuk," jelas Nizam lagi. Di akhir tinjauan, FMT cuba mendapatkan respon daripada pengurusan Felda Bukit Rokan Utara terutama daripada Pengurus Tanah Rancangan Felda tersebut, tetapi Abdul Jalal Ajad dikatakan sedang menunaikan Umrah di Mekah. FMT juga cuba mendapatkan maklum balas daripada Pegawai Pertanian Felda Wilayah Raja Alias, Mohd Nor Fikri Zulkifli yang baru sampai ke pejabat Felda Bukit Rokan Utara ketika FMT berada di dalam pejabat tersebut. Walaubagaimanapun Mohd Nor Fikri berkata hanya Abdul Jalal sahaja yang boleh memberikan sebarang maklum balas berhubung soalan yang diajukan oleh FMT. Apabila ditanya siapakah yang bertanggungjawab untuk menyelia dan memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor di ladang peneroka, Mohd Nor Fikri berkata itu adalah tugas Pengurus Tanah Rancangan Felda terbabit. Ibu Pejabat Felda Negeri Sembilan terletak di Felda Wilayah Raja Alias yang juga dikenali sebagai Bandar Baru Serting. Sementara itu Timbalan Pengerusi Biro Felda PKR Pusat, T Kumar pula mendedak Felda melupuskan hutang peneroka yang terbabit kerana masalah tidak menguruskan ladang kelapa sawit dengan sempurna adalah disebabkan kecuaian pengurusan Felda sendiri. Turut hadir ialah Yang DiPertua PAS Jempol, Zakaria Khalim; Yang DiPertua PAS Jempol, Abdul Rahman Ramli dan Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh. |
You are subscribed to email updates from Felda Bukit Rokan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |