{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Feminin

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Feminin


Batik motif Sarawak

Posted: 10 Sep 2013 10:26 PM PDT

Dres labuh motif Orang Iban yang telah dikomersialkan sesuai untuk ke majlis.

TELAH 10 tahun beroperasi, koleksi yang terdapat di Pua Indah berkonsepkan motif Sarawak seperti pua. Begitupun, terdapat juga permintaan terhadap motif-motif lain flora dan fauna, abstrak atau moden.

Menurut Jaludin, rekaan Pua Indah cenderung kepada penggunaan teknik batik blok dan canting yang banyak digunakan oleh pereka-pereka batik sejak dahulu lagi.

Beliau lebih gemar menggunakan rona-rona lembut dan pastel untuk rekaannya yang bukan sahaja mendapat tempat di hati penggemar batik tempatan malah pelancong luar negara yang inginkan hasil tempatan yang unik dan indah.

Pun demikian kata Jaludin, beliau sentiasa mengikut kehendak pelanggan.

"Jika mereka mahukan rona yang lebih terang dan garang saya ikutkan sahaja, kerana sebagai seorang pereka saya harus mampu memenuhi kehendak setiap pelanggan," katanya.

Bagi mempromosikan rekaan beliau supaya lebih dikenali, Jaludin kerap mengambil bahagian dalam pameran dan jualan yang diadakan di Kompleks Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay.

Beliau menggunakan dua jenis fabrik, iaitu kain kapas dan sutera bagi memenuhi permintaan semua golongan daripada yang berpendapatan sederhana hingga tinggi.

Jaludin meletakkan harga koleksi pakaiannya daripada RM80 hingga RM500.

Selain membeli pakaian yang sudah siap, pelanggan juga boleh menempah mengikut fesyen digemari dan keselesaan mereka.

Hasil rekaan batik bercorak pua dan motif Sarawak Jaludin turut terpilih ke Paris, Perancis pada Julai lalu untuk peragaan fesyen Whose Next Paris 2013. - MERAN ABU BAKAR

Sederhana lebih cantik

Posted: 10 Sep 2013 10:26 PM PDT

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

BERSOLEK bukan sahaja untuk menyempurnakan wajah tatkala menghadiri apa jua majlis tidak kira rasmi ataupun tidak tetapi solekan juga mampu menjadikan anda kelihatan cantik dan menarik.

Bukan hanya pakaian, kasut, beg tangan dan aksesori kena sesuai dengan majlis yang dihadiri, wajah juga perlu diberi perhatian kerana ia merupakan bahagian yang menjadi tumpuan paling utama.

Untuk itu, solekan dan dandanan yang betul serta sesuai dengan majlis dan tempat amat mustahak supaya anda tidak nampak kekurangan atau terlalu berlebihan.

Wajah harus nampak segar dan cara solekannya juga berbeza daripada solekan anda pada siang hari.

Solekan malam juga harus dilebihkan sedikit daripada solekan siang.

Jika solekan pada siang hari nipis dan sederhana, solekan malam pula perlu lebih menyerlahkan kejelitaan anda terutama sekali pada bahagian mata dan juga bibir.

Sebagai panduan, mungkin anda boleh mengikuti langkah-langkah solekan berikut ketika menyiapkan diri sebelum menghadiri majlis malam.

1Bersihkan muka terlebih dahulu daripada sebarang kotoran.

2Sapukan bedak asas pada seluruh wajah yang sudah dibersihkan. Ratakan menggunakan span. Kemudian sapukan pula bedak asas jenis cecair sebelum diratakan pula bedak padat di atasnya.

3Gunakan pensel mata atau berus kening dan bentukkan kening mengikut kesesuaian bentuk wajah.

4Sapukan pembayang mata pada bahagian kelopak mengikut tema warna. Lazimnya untuk makan malam warna pilihan adalah warna-warna terang atau gelap untuk kelihatan lebih menawan

5Kemaskan bahagian bulu mata menggunakan maskara. Gunakan juga pada bahagian bulu mata halus di bawah mata.

6Gunakan warna lembut untuk pemerah pipi bagi seimbangkan dengan warna mata. Sapukan gincu mengikut bentuk bibir menggunakan warna bersesuaian dan sesuai sekiranya memilih warna-warna lembut.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat