{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: BeritaUtama

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: BeritaUtama


‘Jual’ anak untuk rokok

Posted: 31 Aug 2012 12:49 PM PDT

BATU PAHAT: Bagi memastikan bekalan rokoknya sentiasa cukup serta tidak perlu dibeli, seorang bapa menawarkan empat anak perempuannya berusia 17 hingga 25 tahun tidur bersama lelaki hidung belang sebagai tukaran.

Lebih menjijikkan, kegiatan itu dilakukan di rumahnya di sebuah kampung di daerah ini, malah ketika anaknya tidur bersama lelaki, bapa durjana berusia 53 tahun terbabit berada di situ sambil merokok.

Kegiatan itu yang berlarutan sejak dua bulan lalu itu, bagaimanapun hanya membabitkan rakan bapa durjana itu, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada keempat-empat anaknya akur perkara itu atau terpaksa melakukannya.

Bagaimanapun, kegiatan keji itu berakhir malam kelmarin, selepas rumah lelaki terbabit diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Daerah Batu Pahat sempena Ops Ambang Merdeka.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 01/09/2012


Merempat rumah dilelong

Posted: 31 Aug 2012 12:48 PM PDT

SEREMBAN: Sepasang suami isteri di Taman Seri Telawi, Paroi, di sini, buntu menghitung nasib diri apabila terpaksa merempat di tempat cucian kereta kerana rumah mereka dilelong tiga minggu lalu.

Rosmazura Abd Samad, 42, bersama suaminya yang uzur, Dahalan Ahmad, 65, diarah keluar dari rumah mereka selepas tidak mampu membayar ansuran bulanan RM700 kepada bank.


"Memang sudah berbulan-bulan kami tidak mampu membayar sewa menyebabkan bank menghalau kami keluar untuk melelong rumah teres itu.

"Kami diberitahu rumah itu sudah dibeli dan terpaksa mengangkut semua barang serta pakaian ke tempat cuci kereta ini yang sudah dianggap seperti rumah," katanya ditemui di sini, semalam.


Dia yang berkahwin dengan suaminya hampir enam tahun lalu, tidak menyangka nasib mereka sebegitu sehingga terpaksa merempat dan tidur dalam keadaan atap bocor.


"Sudah nasib kami begini. Suami pula disahkan mengidap paru-paru berair awal Ramadan lalu dan tidak mampu bekerja lagi.

"Saya masih kuat untuk bekerja, tetapi mengenangkan suami sakit dan sentiasa memerlukan bantuan, saya terpaksa menjaganya," katanya.


Lebih menyedihkan, dua anak perempuannya bersama suami pertama berusia 14 dan 15 tahun terpaksa ditempatkan di rumah adiknya di kawasan berhampiran berikutan tiada ruang untuk tidur di tempat cucian itu.

"Lagipun tidak elok anak gadis tidur dalam keadaan terbuka begini. Memikirkan nasib mereka saya menangis.


"Hidup kami juga mengharapkan belas ihsan adik untuk makan," katanya. Rosmazura berkata, berikutan 'rumahnya' dalam keadaan terbuka, memberi peluang penyamun mencuri dapur dan tong gas.


"Sudahlah hidup dalam keadaan daif, peralatan dapur seperti kuali, periuk dan tong gas dicuri pencari besi buruk.


"Kami sekeluarga tidak mampu beraya seperti orang lain dan tiada sebarang persiapan dilakukan, berikutan tempat cucian kereta kepunyaan suami tidak mampu lagi diusahakan berikutan tiada elektrik dan air," katanya.


Dia terpaksa menyimpan pakaian dalam kereta dan sehingga hujung bulan ini, mengharapkan belas ihsan tuan rumah yang membeli rumah mereka untuk mendapatkan air dan elektrik.


"Bulan depan mereka sudah berpindah masuk membuatkan kami akan tidur dalam keadaan bergelap tanpa elektrik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 01/09/2012


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat