Berita Harian: MukaDepan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 05 Oct 2011 05:48 PM PDT MukaDepan Semua tahanan Akta Kediaman Terhad dibebas serta-mertaKUALA LUMPUR: Semua 125 tahanan Perintah Kediaman Terhad dibebaskan serta-merta, selaras cadangan pemansuhan Akta Kediaman Terhad 1933 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam, tetapi kerajaan tetap mengambil kira soal keselamatan rakyat dengan memantau pergerakan mereka terbabit. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan pembebasan itu turut membatalkan lebih 200 waran yang belum disampaikan, juga serta-merta. Beliau berkata, undang-undang itu sudah lapuk ditelan zaman dan tidak lagi relevan dengan keadaan semasa berlandaskan dua faktor utama iaitu prinsip demokrasi dan keadilan, serta kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan urbanisasi."Sudah tiba masanya kerajaan akur dengan perubahan landskap sosiopolitik dan sosioekonomi yang menuntut kajian semula undang-undang serta amalan tidak selaras dengan prinsip asas demokrasi dan keadilan. "Asasnya, tindakan terhadap penjenayah perlu diambil mengikut undang-undang sedia ada dengan mematuhi prinsip bahawa sebarang hukuman perlu berdasarkan sabitan mahkamah selepas mengambil kira segala bukti, bersesuaian prinsip universal. "Ia seiring dengan semangat maqasid syariah dan prinsip usul fiqah' bahawa perkara yang yakin itu tidak akan dilindungi yang syak. Di sudut lain, pegangan perundangan common law menyebut 'It is better that ten guilty men go free than one innocent man to be convicted'. "Kerajaan komited terhadap penambahbaikan profesionalisme PDRM dalam usaha memerangi jenayah secara berkesan. Kerajaan juga berpegang kuat bahawa ia dilakukan dalam batas keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan pemeliharaan hak asasi manusia," katanya. Sebelum ini, individu menjalani Perintah Kediaman Terhad diasing dan dipindahkan ke kawasan terpencil, namun ekoran kemajuan prasarana fizikal, sistem pengangkutan serta proses urbanisasi, hampir dua pertiga Malaysia kini menjadi kawasan bandar dengan sebahagian besar pelosok negara sudah boleh dihubungi. Dalam era jalur lebar mudah alih, telefon pintar, emel, skype, faks dan wifi, terbukti pengasingan fizikal tidak lagi berkesan, sebaliknya perhubungan maya menjadi jalan alternatif kepada individu yang disekat berhubung secara fizikal. Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketika bercakap kepada pemberita di Lobi Parlimen berkata, proses pembebasan terbabit akan mengambil kira soal keselamatan rakyat yang mana kerajaan akan sentiasa memantau pergerakan semua tahanan yang dibebaskan kelak. Katanya, tahanan akan dibebaskan selewat-lewatnya esok sejurus perintah arahan diserahkan kepada ketua polis daerah berkenaan. Ketika membentangkan usul Rang Undang-Undang Buang Negeri 1959 (Pemansuhan) 2011 untuk bacaan kali kedua, Perdana Menteri berkata, langkah itu akan memperkemas lagi sistem perundangan negara. Katanya, akta itu sudah tidak relevan, malah tidak pernah diguna pakai sejak 24 tahun lalu selepas digunakan ketika 1960-an dengan terakhir pada 1977, iaitu dalam kes 'Menteri Dalam Negeri lawan Chu Choon Yong and Anor'. "Ada mekanisme perundangan lain yang berupaya menangani perkara dihasratkan untuk dilindungi yang akan dilaksana berlandaskan Perlembagaan Persekutuan, norma pada peringkat antarabangsa serta kepentingan memelihara keamanan dan juga kesejahteraan rakyat dan negara," katanya. Katanya, kes penahanan dan pemulangan warga asing kini dikendalikan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) berikutan peruntukan penahanan dan pemulangan warga asing yang terkandung dalam Akta Buang Negeri 1959 juga ada dalam Akta Imigresen 1959/63. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenraymond at last..good move! mk elok masuk hukuman penjara sepajang hayat..lagi baik..dapati orang yg dibuang daerah terlibat dengan pengedaran dadah susah mengubah diri dan kebanyakan ada atau masih jalan kegiatan dadah. |
Tablet RM111 termurah di dunia Posted: 05 Oct 2011 05:27 PM PDT NEW DELHI: India melancarkan komputer tablet termurah di dunia semalam, berharga AS$35 (RM111) diberi nama Aakash yang bermakna 'langit'. Sebanyak 100,000 unit pertama diberikan percuma kepada pelajar sebelum ia dijual kepada umum dalam tempoh beberapa bulan lagi. Mengambil masa dua tahun untuk dibangunkan, Aakash dipasang di India bagi membantu hasrat kerajaan membangunkan teknologi maklumat dalam pendidikan negara itu. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenhj manaf salam/selamat sejahtera. cuba baca betul-betul..bukannya kerajaan india bagi..tapi company yg buat tablet pc tu yg bagi, selaras dgn aspirasi kerajaan india..bila kamu baca sila fahami content nya, jgn nak menyerang aje..kalau serang tu faktanya betul takpe jugak..main bedal aje.. cactu asik negara orang aje yg buat malaysia bila lagi??????
Joe Jambul Dalam tahun 2008 atau 2009 rasanya MIMOS ada wujudkan tablet PC yang diberi nama 'Makcik PC'. Di manakah ia sekarang? Apakah tidak dikormesilkan? Mohd Abduh Yaacob Bila nak sampai Malaysia... nak borong .. abikhsan Murahnya... sampai Malaysia je harga riban-riban.... Macam gak Apple 4S.. kat US murah je (bila convert dgn duit Malaysia)... sampai Malaysia dua kali ganda.... tax la tu..... torres menarik! bila akan sampai di malaysia? pak usu sesungguhnya orang india di india lebih bertuah berbanding orang melayu di malaysia. kerajaan malaysia wajar menilai pemberian komputer tablet ini dan penjualannya yang amat murah ke pasaran umum itu sebagai satu penterjemahan aspirasi satu malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan. mhr Kalaulah apple & samsung follow hrga mcm tu mmg setiap org ada tablet kt kocek. Lovely Malaysia huuh murahnya, ada tak tablet pc brand Malaysia, semurah ini... MOHD RASLAM BIN MD SAMAN Malaysia pun kena ikut. Hairul Ariffin Tuah Inilah inisiatif kerajaan India yang wajar dicontohi Malaysia dalam membangunkan pendidikan awal rakyatnya keatas ilmu teknologi untuk bersaing dengan masyarakat dunia. macam ni baru la rakyat didahulukan.. hassim.idin@gmail.com Mana Malaysia punya?? Abg Mintak2 la negara kita juga mempunyai tablet semurah itu. kalo harganya sekitar RM111, tak payah nak tunggu kerajaan nak bagi free, umum je harga serendah itu confirm berduyun org pergi beli. Alamatnya, semakin banyaklah rakyat celik IT. Kalo diamati betul2 tablet tu sebijik macam tablet buatan china yang dijual di Malaysia pada harga RM260-450. Jadi, Kita bila lagi? |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |