{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


100,000 amah diperlukan

Posted: 03 Jun 2012 12:46 PM PDT

MukaDepan

80,000 majikan mohon dapat pembantu rumah warga Indonesia

SEGAMAT: Malaysia memerlukan kira-kira 100,000 pembantu rumah dari Indonesia bagi menampung keperluan dan permintaan dalam negara.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S Subramaniam (gambar kecil), berkata ketika ini pihaknya menerima kira-kira 80,000 permohonan daripada majikan untuk mendapatkan pembantu rumah warga Indonesia dan jumlah itu terus meningkat.

Indonesia kini sedang melatih pembantu rumah mereka, bagaimanapun ramai memilih untuk ke Korea, Hong Kong, Taiwan dan Singapura kerana gajinya lebih tinggi. - Datuk Seri S Subramaniam, Menteri Sumber Manusia

Katanya, ketika ini ada lebih 200,000 pembantu rumah dari luar negara berkhidmat di negara ini dan daripada jumlah itu, kira-kira 150,000 adalah warga Indonesia, manakala 30,000 dari Kemboja dan selebihnya dari negara lain.

Beliau yakin keperluan itu dapat diisi berikutan pembekuan penghantaran pembantu rumah republik itu ditarik balik republik berkenaan, baru-baru ini.

"Indonesia kini sedang melatih pembantu rumah mereka, bagaimanapun ramai memilih untuk ke Korea, Hong Kong, Taiwan dan Singapura kerana gajinya lebih tinggi," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Segamat di sini, semalam.

Selepas pembekuan itu ditarik balik 1 Disember tahun lalu, kumpulan pertama seramai 29 pembantu rumah warga Indonesia tiba di negara ini, Rabu lalu dan diserahkan kepada majikan masing-masing, semalam.
Subramaniam berkata, Malaysia menunggu penghantaran kumpulan kedua pembantu rumah Indonesia dalam masa terdekat, tetapi bilangannya belum dapat dipastikan kerana pihak di republik itu masih belum membuat keputusan.

Dalam pada itu, beliau meminta majikan mematuhi semua syarat dalam perjanjian baru yang dipersetujui kedua-dua negara bagi mengelakkan masalah yang boleh menjejaskan hubungan dengan Indonesia.

Sementara itu, Subramaniam berkata, kementeriannya dan pihak berkuasa Indonesia sedang memantau sebahagian warga negara berkenaan yang menyalahgunakan visa mereka untuk bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan di Kuala Lumpur, Subramaniam berkata agensi pekerjaan Malaysia perlu mengganti pembantu rumah Indonesia dalam tempoh dua minggu jika pembantu didapati tidak sesuai dalam tempoh tiga bulan pertama khidmatnya.

Katanya, agensi pekerjaan juga perlu menggantikan pembantu rumah dalam tempoh dua minggu, sekiranya pembantu rumah Indonesia melarikan diri atau tidak berkhidmat dengan baik dalam tempoh enam bulan pertama.

Jika tiada penggantian dibuat, agensi pekerjaan itu perlu membayar balik kos pengambilan pembantu rumah terbabit dalam tempoh empat minggu.

Ia adalah antara klausa yang termeterai dalam protokol pindaan terhadap MoU mengenai pengambilan dan penempatan pembantu rumah Indonesia 2006 yang ditandatangani Malaysia di Bandung, Indonesia pada 30 Mei 2011.

Majikan juga perlu melaporkan pengambilan dan penamatan pembantu rumah, termasuk yang melarikan diri kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dalam tempoh 30 hari dari tarikh pengambilan atau penamatan itu.

Kewajipan melaporkan kemasukan dan penamatan pembantu rumah adalah pindaan baru kepada Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa 1 April 2012.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

tah ape ape

tak ptut amik org2 asing ni keje sini..serius ly..

annacomel

menunjukkan betapa lemahnya keluarga di malaysia sehingga terpaksa mengupah orang lain menguruskan hal rumah sendiri...

nyan

lepas ni kita buat Perhimpunan rakyat asing di M'sia

D9

sy x setuju bawa iebih ramai warga asing dalam malaysia ......?????

roslan lan

ryn...aku sokong 100%
asing di bumi sendiri..

wanjeff

Mengapa Indonesia..??? mengapa tidak negara lain..??? Pelbagai kerenah d timbulkan oleh negara tersebut tpi kita masih juga mharapkan diaorang. Selama ini sikap diaorang tidak pernah mhargai sumbangan kita dlm mbantu kesusahan dan kepayahan yg mereka hadapi...sebaliknya mereka melaungkan slogan Ganyang Malaysia.

pok long

100k lg?bai negara kita sdah ada pembanjiran hampir 2 juta warga asing yg di laporkan...xckup ke dgn yg ada sekarang?apakah kerajaan sudah tiada altenatif lain selain mengimport warga luar?

ryn

saya rase penambahan warga asing adalah tidak perlu dilakukan lagi. kerana di malaysia skg pun da dibanjiri warga asing. tolong tangani kebanjiran ini dahulu baru la sibuk nak bawa masuk lagi. bawa masuk pandai tp yg da bawa masuk tp x terurus ni x nak selesaikan. di melaka saja beberapa tempat seperti Melaka Central, Ocean dan sbgainya kami dah x tahu ini tempat org malaysia atau indonesia. di Ayer Keroh dan Bukit beruang pula terlalu ramai warga nigeria. Family sy juga ada di antaranya memiliki amah. tahu x kebanyakan dari mereka datang meminta kerja dan mereka tiada permit atau telah tamat tempoh! apa kata amik inisiatif tangani kebanjiran melampau ni! sy x setuju bawa lebih ramai warga asing dalam malaysia. jangan asyik fikirkan untung je.. sekian!


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat