{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Malaysia atasi Amerika, Britain

Posted: 26 Jun 2012 03:07 PM PDT

MukaDepan

JOHOR BAHRU: Malaysia diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai negara paling selamat dalam kalangan 19 negara berpendapatan sederhana tinggi dan ke-12 paling selamat di dunia mengatasi Amerika Syarikat dan Britain.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi semalam berkata, ia berikutan kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah.

"Global Peace Index pula menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis penutup taklimat isu semasa keselamatan di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha KDN Bahagian Pendaftaran dan Imigresen, Datuk Wan Ali Besar.

Abdul Rahim juga berkata, kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mendapati program kerajaan berjaya mengurangkan kadar ketakutan rakyat terhadap jenayah sebanyak 12 peratus, iaitu daripada 33 peratus pada 2010 kepada 21 peratus tahun lalu.

"Kesannya amat besar kepada negara. Pelaburan langsung asing Malaysia melonjak kepada kedudukan ke-10 tahun lalu berbanding ke-21 pada 2010. "Ini membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap iklim politik, keselamatan serta kestabilan negara," katanya.

Beliau berkata, ia juga memberikan gambaran bahawa perancangan KDN untuk mengurangkan jenayah menampakkan hasil dan akan meneruskan usaha mencari kaedah menurunkan kadar jenayah indeks dan jenayah jalanan. – BERNAMA


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat