{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Wajib buat pindaan

Posted: 22 Jun 2012 10:24 AM PDT

MukaDepan

Syor tempoh pilihan raya 5 tahun: Peruntukan Perlembagaan sedia ada tidak sekat mengundi awal atau tamat tempoh mandat

KUALA LUMPUR: Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika pilihan raya umum (PRU) hendak diadakan selepas tempoh mandat pentadbiran kerajaan mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata peruntukan Perlembagaan sedia ada tidak menyekat kerajaan mengadakan pilihan raya sama ada lebih awal atau sehingga tamat tempoh mandat pentadbiran.

Selagi tak ubah peruntukan Perlembagaan, kita tak boleh kata kita perlu buat lebih awal sebagai satu ketetapan atau sampai penghujung lima tahun sebagai satu ketetapan. Maknanya kuasa budi bicara itu dibenarkan Perlembagaan. - Datuk Seri Najib Razak

"Selagi tak ubah peruntukan Perlembagaan, kita tak boleh kata kita perlu buat lebih awal sebagai satu ketetapan atau sampai penghujung lima tahun sebagai satu ketetapan.

"Maknanya kuasa budi bicara itu dibenarkan Perlembagaan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di ibu pejabat UMNO di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Perdana Menteri mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mohamed Nazri Abdul Aziz, kelmarin bahawa ada inisiatif dilakukan supaya PRU hanya boleh diadakan apabila mandat pentadbiran kerajaan selama lima tahun tamat.
Mohamed Nazri berkata, beliau secara peribadi bersetuju supaya ia dipertimbangkan menjadi undang-undang dan bersedia menjadi penggerak kepada inisiatif berkenaan.

Sementara itu, mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, beliau berdosa tidak memberi jaminan pilihan raya bukan pada musim haji, Najib berkata, beliau tidak terikat dengan desakan PAS atau mana-mana pemimpin untuk membuat keputusan berkenaan.

Tambahan pula, katanya, PRU pernah diadakan pada musim haji ketika pentadbiran Allahyarham Tun Hussein Onn (Perdana Menteri ke-tiga) pada 1986.

"Dalam sejarah, kita pernah adakan pilihan raya pada musim haji, saya tahu sebab ada ahli jawatankuasa bahagian saya dicalonkan bertanding, saya tidak dapat menghubunginya sebab beliau berada di Makkah.

"Bila dia balik, dia terima hakikat tidak dapat bertanding sebagai wakil rakyat, jika dia bertanding pasti menang...," katanya.

Mengenai tiga diplomat Singapura yang didakwa menyertai demonstrasi BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur, baru-baru ini, Najib berkata, pihaknya akan menentukan kesahihan laporan berkenaan.

"Itu urusan Menteri Luar tapi yang penting kita nak tentukan kesahihan laporan sama ada mereka hadir sebagai pemerhati atau terbabit dalam demonstrasi. Fakta itu kita akan tentukan," katanya.

Terdahulu mengulas hasil perbincangan mesyuarat, Najib berkata, keahlian UMNO sehingga 19 Jun lalu meningkat kepada 359,151 dan sebanyak 18,028 cawangan sudah mengadakan persidangan manakala 1,863 cawangan masih belum berbuat demikian.

Beliau juga menyatakan Muhyiddin melawat Indonesia pada 2 hingga 4 Julai ini bersama 24 pemimpin tertinggi UMNO bagi membalas kunjungan parti GOLKAR, baru-baru ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Parah kena bom depan rumah

Posted: 22 Jun 2012 10:20 AM PDT

MukaDepan

ANGGOTA polis memeriksa lokasi kejadian di Taman Angsana Sari, Sungai Petani, semalam.

ANGGOTA polis memeriksa lokasi kejadian di Taman Angsana Sari, Sungai Petani, semalam.

SUNGAI PETANI: Seorang wanita dilaporkan kritikal selepas bungkusan dipercayai mengandungi bom meletup jam 8.20 pagi semalam.

Bom dipercayai buatan sendiri itu diletakkan di hadapan banglo mangsa di Taman Angsana Sari, dekat Sungai Petani, di sini.

Selain perutnya terburai, kedua-dua tangan mangsa, Tan Ching Fang, 48, isteri pengusaha kilang mee, juga hancur, manakala cebisan dagingnya pula bertaburan di lokasi kejadian. Anak saudara mangsa berusia 12 tahun yang ketika itu bersamanya turut cedera termasuk kemungkinan mengalami masalah pendengaran akibat letupan kuat itu. Keadaannya dilaporkan stabil.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Ong Aik Chan, ketika ditemui mengesahkan kejadian termasuk keadaan mangsa yang kritikal dan kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa dan anak saudaranya baru pulang dari pasar, sebelum menemui bungkusan kecil di tepi pagar banglo miliknya.
"Ketika mangsa cuba memeriksa bungkusan itu, ia meletup menyebabkan mangsa terpelanting 15 meter.
"Mangsa dikejarkan ke Hospital Metro sebelum dipindahkan ke HSAH. Keadaannya kritikal," katanya.

Aik Chan berkata, punca kejadian masih disiasat dan polis tidak menolak kemungkinan dendam antara suami mangsa dengan pihak lain.

"Menurut suami mangsa, dia ada menerima satu panggilan telefon daripada individu tidak dikenali semalam (kelmarin) yang menyuruhnya keluar melihat sesuatu di luar rumah. Namun, tiada apa-apa ditemui sehinggalah kejadian letupan pagi ini (semalam)," katanya.

Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati kesan letupan menyebabkan cebisan daging mangsa bertaburan. Malah, jari mangsa juga ditemui di dalam pagar rumah jiran kira-kira 20 meter dari tempat letupan.

Seorang saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Ismail berkata, ketika kejadian dia sedang berehat di luar rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan kuat sehingga menggegarkan beberapa rumah jiran.

"Saya terkejut melihat mangsa terbaring dengan perut terburai dan tangannya hancur. Cebisan daging mangsa juga berselerak sebelum beberapa jiran cuba membantu," katanya.


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat