Berita Harian: MukaDepan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 21 Jun 2012 04:14 PM PDT MukaDepan Nazri sedia jadi penggerak inisiatif pastikan PRU diadakan genap 5 tahunKUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata ada inisiatif supaya pilihan raya umum (PRU) hanya boleh diadakan apabila mandat pentadbiran kerajaan selama lima tahun tamat. Beliau yang secara peribadi bersetuju supaya ia dipertimbangkan menjadi undang-undang juga bersedia menjadi penggerak kepada inisiatif itu. Menurutnya, sekarang ada gerakan kecil-kecilan untuk mempertimbangkan kalau boleh pilihan raya umum hanya diadakan apabila pentadbiran kerajaan mencukupi tempoh mandat lima tahun dan bukan lebih awal daripada itu.Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 Peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri, di Dewan Rakyat semalam. Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran inisiatif itu tetapi menjelaskan ia boleh dibincang untuk dilaksanakan pada masa depan kerana tidak sempat diperkenalkan sebelum PRU-13. "Hari ini sistem kita adalah mengikut Westminster. Saya difahamkan Westminster baru-baru ini pun bersetuju untuk memastikan 'lima tahun bermaksud lima tahun' (tempoh pentadbiran yang mesti dipenuhi oleh kerajaan sedia ada sebelum PRU diadakan). "Saya secara peribadi berasakan bahawa 'lima tahun bermaksud lima tahun' sebab apabila pilihan raya, rakyat memahami bahawa mereka mengundi wakil rakyat mereka untuk selama lima tahun," katanya. Sistem Westminster adalah sistem parlimen kerajaan demokratik model Kerajaan British, iaitu Parlimen United Kingdom. Istilah itu berasal dari Istana Westminster, iaitu Parlimen United Kingdom. Mohamed Nazri juga berkata, pelaksanaan sistem 'lima tahun bermaksud lima tahun' itu membolehkan Ahli Parlimen berkhidmat lebih lama, terutama bagi yang baru menjadi wakil rakyat, berbanding jika PRU diadakan lebih awal daripada tempoh penuh mandat pentadbiran. "Bukan senang dapat menjadi Ahli Parlimen. Ada setengah orang tiga empat kali bertanding, baru dapat jadi. Ada sesetengah, umur sudah lanjut baru bertanding tapi menang," katanya. Mengenai isu supaya tarikh pembubaran Parlimen ditentukan lebih awal yang dibangkitkan oleh Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Mohamed Nazri berkata, ia adalah persoalan dasar yang perlu dikaji, terutama dari aspek perundangan, manakala tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menentukan tarikh PRU apabila Parlimen dibubarkan. Menjawab celahan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pula, beliau berkata, sebarang tarikh pembubaran Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) terpulang kepada pucuk kepemimpinan kerajaan terbabit, iaitu pembubaran Parlimen menjadi hak Perdana Menteri, manakala DUN hak Menteri Besar atau Ketua Menteri. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenAJMSTI Lambat lagi la pilihan raya 13. |
Mangsa runtuhan pentas ingat mati Posted: 21 Jun 2012 03:58 PM PDT MukaDepan JERTIH: Warga Bangladesh yang menjadi mangsa runtuhan pentas dalam pembinaan di Padang Astaka di sini semalam, hanya mampu memikirkan kematiannya ketika dihempap runtuhan binaan itu."Saya ingat mati bila batu jatuh. Saya tak sangka masih hidup bila dapat diselamatkan. Saya mengajak dua lagi rakan yang sama-sama terperangkap mengucap kalimah Syahadah. "Saya sangkakan kami akan mati, tetapi bersyukur apabila kami diselamatkan walaupun separuh tubuh dilitupi simen yang tumpah," katanya ketika ditemui di Wad Kecemasan Hospital Besut, semalam.Untuk lebih gambar sila layari BH Digital di http://subscription.nstp.com.my/ Zilo yang sudah lima tahun bekerja kontrak di negara ini, berkata ketika kejadian jam 1 tengah hari itu, dia sedang menyapu simen pada bahagian tangga pentas, apabila tibatiba struktur konkrit pentas itu runtuh menimpanya.Akibat runtuhan itu, Zilo dan seorang rakannya, Rajo, 42, cedera parah pada pinggang, kaki dan cedera pada mata kerana dimasuki simen serta pasir. Seorang lagi pekerja yang hanya dikenali sebagai Munawir, 20, warga Indonesia cedera pada pinggang. Tiga lagi mangsa dikenali sebagai Ari Ramlan, 31, dan Fendi, 20, dari Surabaya, Indonesia serta Suksan Ali, 25, dari Bangladesh, cedera ringan. Munawir yang turut terperangkap kira-kira dua jam di bawah runtuhan bersama Rajo dan Zilo, berkata dia sukar bernafas sebaik dihempap dan badannya diliputi simen serta pasir. Munawir berkata, sebelum kejadian, dia dan rakan sudah terasa ada sesuatu tidak kena dengan struktur binaan apabila sebatang konkrit beralih kedudukan. "Kami sedang meratakan simen pada tangga apabila dihempap sekeping konkrit dan simen yang masih basah," katanya yang tidak dapat menggerakkan pinggangnya kerana sakit. Ketiga-tiga mangsa diselamatkan sepasukan 25 anggota Bomba dan Penyelamat Jertih dan Kampung Raja. Pasukan penyelamat menyembur air tekanan tinggi untuk memecahkan simen yang mulai keras daripada mencederakan tubuh mangsa. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |