{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Felda Global disenarai hari ini

Posted: 27 Jun 2012 03:38 PM PDT

MukaDepan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Prospektus Felda Global Ventures Holdings bersama Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad di Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Foto Chan Wai Yew

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Prospektus Felda Global Ventures Holdings bersama Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad di Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Foto Chan Wai Yew

FGVH lonjak daya saing negara

PETALING JAYA: Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia hari ini adalah kemuncak kepada pembaharuan strategik kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan melonjakkan daya saing global negara.

Justeru, penyenaraian cabang komersial FELDA itu bukan saja peristiwa penting kepada peneroka, malah kepada rakyat Malaysia secara umumnya.

Bagi 112,635 warga peneroka, selain durian runtuh RM15,000 yang diterima menjelang penyenaraian FGVH serta keuntungan modal yang bakal diraih daripada pegangan saham, pelbagai manfaat lain menunggu mereka. Antaranya adalah:
  • Potensi hasil lebih tinggi ladang milik peneroka yang diuruskan secara lebih sistematik oleh FGVH.
  • Bakal menerima dividen tunai setiap tahun daripada dana amanah yang ditubuhkan kerajaan untuk warga peneroka.

Dana amanah itu diberikan 20 peratus pegangan saham dalam FGVH, antara tiga syarikat perladangan sawit senaraian awam terbesar di dunia berdasarkan harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55 sesaham yang bernilai kira-kira RM3.4 bilion.

Semua manfaat ini adalah hasil titik peluh lebih 30 tahun warga peneroka memajukan tanah mereka, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGVH, Datuk Sabri Ahmad dalam taklimat media, di sini semalam.
Bagi rakyat Malaysia umumnya, walaupun tidak semua meraih manfaat langsung, penyenaraian FGVH bakal menyaksikannya memainkan peranan lebih besar kepada pembangunan ekonomi negara menerusi pengembangan aktiviti perniagaannya.

Penyenaraian FGVH bernilai RM9.93 bilion iaitu kedua terbesar di dunia tahun ini selepas Facebook, juga bakal menaikkan profil serta kepelbagaian pasaran modal tempatan, sekali gus meningkatkan daya tarikan Malaysia di kalangan pelabur antarabangsa.

Penyenaraian FGVH mercu tanda bersejarah bagi Kumpulan FELDA dan menandakan permulaan program transformasi yang bakal mencarta hala tuju kami untuk tempoh 50 tahun akan datang.

Ia juga bermakna Kumpulan FELDA sedia memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan negara. Jika dulu kerajaan membantu peneroka FELDA meningkatkan taraf ekonomi, kini giliran FELDA pula menerusi pengembangan perniagaannya, menyumbang kepada negara dan membantu menaikkan taraf hidup rakyat lain termasuk generasi kedua dan ketiga peneroka, katanya.

Sebagai permulaan, FGVH sudah pun merangka satu program yang akan menyediakan bantuan kewangan bagi membaiki rumah penduduk miskin di kawasan pinggir tanah rancangan FELDA.

Kami menyediakan peruntukan kewangan bagi program ini. Ia adalah antara program tanggungjawab sosial FGVH, katanya.

Untuk bergerak ke depan, Sabri berkata, FGVH akan menumpukan kepada perniagaan dalam kegiatan huluan industri sawit yang menyediakan keuntungan lebih tinggi, tetapi pada masa masa terus mengembangkan perniagaan dalam sektor hiliran sebagai penyokong.

Sasaran kami dalam tempoh dua hingga tahun ini adalah menjadi syarikat perladangan terbaik. Kami sudah pun menjadi antara yang terbaik dari segi kadar perahan (OER) minyak sawit serta kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Kini kami sedang berusaha meningkatkan kadar hasil sehektar menerusi penanaman semula menggunakan benih lebih bermutu tinggi, katanya.

Pada suku pertama berakhir 31 Mac 2012, FGVH mencatat keuntungan bersih RM192.16 juta, susut 46 peratus berbanding RM359.05 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

sri siantan

TAHNIAH. Jgn bangga dgn pencapaian masa lalu & hari ni tp apa yg lbh ptg apa akn jd pd masa dpn.


Lagi bayi meninggal tersedak susu

Posted: 27 Jun 2012 03:07 PM PDT

MukaDepan

MOHAMAD RIZAL membawa pulang jenazah anaknya Muhammad Affan Syahin 2 bulan yang meninggal tersedak susu sambil diiringi Azman (kiri) dan Shafariza selepas dibedah siasat di Hospital Sungai Buloh.

MOHAMAD RIZAL membawa pulang jenazah anaknya Muhammad Affan Syahin 2 bulan yang meninggal tersedak susu sambil diiringi Azman (kiri) dan Shafariza selepas dibedah siasat di Hospital Sungai Buloh.

PETALING JAYA: Seorang lagi bayi meninggal dunia akibat tersedak susu. Kali ini seorang bayi lelaki berusia dua bulan di sebuah pusat asuhan, di Flora Damansara, di sini pagi semalam.

Tahun ini saja, tujuh kes kematian akibat tersedak susu dilaporkan di negara ini.

Dalam kejadian semalam, Mohd Affan Syahin Mohd Rizal (gambar), cucu bekas Pengurus Besar BERNAMA, Datuk Seri Azman Ujang yang baru dua minggu dihantar ke pusat asuhan itu, ditemui tidak sedarkan diri oleh pengasuhnya pada jam 11 pagi. Penjaga pusat asuhan kemudian menghantar anak bongsu daripada dua beradik itu ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan, namun doktor mengesahkan dia meninggal dunia empat jam sebelum tiba di hospital.

Azman berkata, menantunya, Shafariza Abdul Rahim, 31, yang baru habis pantang dua minggu lalu, menghantar Mohd Affan ke pusat asuhan berkenaan jam 7 pagi sebelum ke pejabat.

Katanya, kira-kira jam 11 pagi, penjaga pusat itu menghubungi Shafariza memaklumkan anaknya tidak bergerak ketika dikejutkan daripada tidur untuk diberikan susu.

Sementara itu, Shafariza berkata, beliau terkejut sebaik dihubungi penjaga pusat asuhan itu yang memaklumkan bayinya tidak bergerak.
"Saya tanya kepada pengasuh bagaimana anak saya ditidurkan dan mereka kata anak saya tidur meniarap.

Bedah siasat mengesahkan dia meninggal dunia kerana tersedak susu, katanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan menerima laporan dan kes diklasifikasikan mati mengejut, namun siasatan lanjut masih dijalankan. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selasih, Batu Caves malam tadi.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

warong pok kob balok

selepas bayi disusukan hendaklah ditepuk2 belakang badan supaya sendawa... ni kerja manusia pemalas & tidak bertanggungjawab. Mengusahakan taska hanya semata2 keuntungan bukan atas dasar kasih sayang terhadap insan kerdil. Semoga Allah swt memberikan balasan yg setimpal ke atas mereka yg bertnaggungjawab dlm hal ini.


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat