{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Patung Upin & Ipin di KFC

Posted:

Patung Upin & Ipin di KFC

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

SEKUMPULAN kanak-kanak terdiri daripada ahli kelab Chicky gembira ketika bergambar dengan maskot Upin Ipin dan Chicky sewaktu pelancaran permainan model patung Upin & Ipin baru-baru ini.


KFC kini menawarkan sesuatu yang sukar ditolak oleh mana-mana kanak-kanak yang berkunjung ke restoran makanan segera itu bersama ibu bapa mereka. Ini kerana sejak Mei hingga Jun tahun ini, KFC melancarkan Patung Permainan Upin & Ipin Edisi Terhad hasil kerjasama sulung dengan syarikat yang memiliki jenama animasi terkenal, Les' Copaque.

Menggunakan cogan kata Betul-Betul-Betul Best, patung permainan istimewa itu menjadi koleksi yang harus dimiliki oleh semua penggemar animasi Upin & Ipin.

Menurut Timbalan Presiden KFC Division, Alan Au, pengaruh dan populariti Upin & Ipin menyebabkan pihaknya tidak mahu ketinggalan menjalinkan kerjasama dengan mereka.

"Dalam kalangan kanak-kanak, pengaruh animasi Upin & Ipin begitu menonjol. Tambahan pula, KFC sentiasa mencari peluang untuk menghasilkan barangan mainan yang menarik dan hebat bagi memenuhi keperluan semasa," ujar Alan sewaktu pelancaran model patung permainan itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebanyak empat model patung permainan Upin & Ipin ditawarkan secara bergilir-gilir pada setiap minggu. Ia boleh didapati pada harga serendah RM9.70 bagi pelanggan yang bukan ahli Kelab Chicky, manakala RM9.20 untuk ahli dengan setiap pembelian hidangan KFC Upin & Ipin.

Bagaimanapun, dengan sebarang pembelian mana-mana produk ayam, pelanggan juga berpeluang untuk membeli koleksi model patung permainan tersebut pada harga RM5.50 bagi ahli Kelab Chicky dan RM6.50 kepada pelanggan bukan ahli.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Les Copaque, Mohamad Usamah Zaid memberitahu, pihaknya sentiasa mengalu-alukan mana-mana syarikat yang mahu mengadakan kolaborasi dengan mereka menerusi jenama Upin & Ipin.

"Kami berharap kerjasama dengan KFC ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan tidak terhad sepanjang tempoh promosi sahaja," kata Usamah ketika ditemui selepas selesai majlis pelancaran tersebut.

Ditanya tentang isu barang tiruan Upin & Ipin yang banyak berada dalam pasaran, Usamah mengakui masalah itu sukar untuk dibendung kerana berada di luar kawalan mereka.

"Apapun, pihak kami sudah bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam aspek membanteras masalah cetak rompak.

"Malah, kami turut mengambil inisiatif mencipta rekaan Upin & Ipin bersifat eksklusif, di samping menjaga kualiti dalam setiap produk cenderahati yang dihasilkan," jelas Usamah.

Cari penulis blog makanan terbaik

Posted:

Cari penulis blog makanan terbaik

ANTARA blogger pelancongan yang hadir memeriahkan pelancaran pertandingan Selangorlicious! Food Blogging baru-baru ini.


SELANGOR sememangnya terkenal sebagai syurga makanan kerana pelbagai cita rasa sama ada Utara, Selatan, Pantai Timur mahupun cita rasa Barat dan Jepun.

Justeru, laman web Selangorlicious bersama Tourism Selangor menganjurkan Selangorlicious! Food Blogging khas untuk blogger pelancongan.

Pernah diadakan tahun lalu, ia kini memasuki edisi kedua yang bermula 15 Jun lalu hingga 15 Julai depan.

Kempen itu diteruskan ekoran sambutan hangat oleh para blogger Malaysia tahun lalu, malah ia diadakan dengan lebih besar tahun ini.

Pertandingan itu terbuka kepada semua blogger dan bukan blogger apabila mereka perlu menulis mengenai pengalaman menyeronokkan ketika menjamu selera di mana-mana lokasi di negeri Selangor.

Peserta boleh menulis dalam tiga bahasa pilihan iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Penulisan berkenaan perlu diterbitkan dalam blog dan akan diadili berdasarkan kreativiti selain penggunaan bahasa pilihan dengan betul.

Artikel yang dipilih sebagai pemenang bakal menerima pelbagai hadiah menarik, malah hadiah turut diberikan kepada pemenang mingguan.

"Kuasa tarikan makanan tidak dapat dinafikan. Selangor merupakan lokasi di mana makanan-makanan terbaik dalam negara disajikan.

"Justeru, Tourism Selangor berada di trek yang betul dengan memfokuskan kepada makanan," kata Pengurus Acara dan Pemasaran Tourism Selangor, Fazly Razally.

Dalam pada itu, kempen Selangorlicious turut mengadakan Selangorlicious Eatout, apabila para peserta akan dibawa ke daerah-daerah berlainan setiap bulan untuk menikmati pelbagai makanan yang boleh dinikmati di negeri Selangor.

Penerbitan sokongan untuk membantu pelancong juga akan diterbitkan seperti Selangorlicious Good Food Guide dan Ramadan Promotion Guide.

Untuk maklumat lanjut pertandingan Selangorlicious! Food Blogging sila layari laman web selangorlicious.my. - ROSMALINA ABD. KADIR

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat