Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 28 Jun 2012 04:01 PM PDT PENGKALAN HULU: Proses akad nikah yang mudah dan situasi yang lebih selamat menjadikan pekan Betong, Thailand yang bersempadan dengan daerah ini, kini menjadi lokasi utama untuk pasangan dari Malaysia untuk 'kahwin lari' atau mengamalkan poligami. Keadaan itu secara tidak langsung memberi sumber rezeki baru kepada penduduk daerah ini yang menjadi ejen tidak rasmi serta menyediakan pakej nikah untuk pasangan yang berhasrat bernikah di Betong. Difahamkan, ketika ini terdapat sekurang-kurangnya 10 ejen menyediakan pakej nikah dengan bayaran antara RM1,500 dan RM3,000, sedangkan bayaran kos nikah cuma RM450. Ejen yang hanya mahu dikenali sebagai Sani, 40, berkata, pakej disediakan merangkumi khidmat pengangkutan dari daerah ini ke Betong serta semua urusan akad nikah dengan jurunikah bertauliah di pekan berkenaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 28 Jun 2012 04:01 PM PDT KUALA LUMPUR: "Ketika pemeriksaan kali pertama dibuat di farmasi empat hari lalu, saya seperti tidak percaya selepas diberitahu mengandung enam minggu," kata pelakon, Suhaiza Suhami atau Memey Suhaiza, 24. Dia mengakui kurang percaya dengan pemeriksaan pertama itu dan menjalani ujian kedua di sebuah klinik kelmarin dan memang sah isteri pelakon Norman Hakim itu berbadan dua.
Menurut Memey, selepas tamat penggambaran drama Jerangkap Cinta di ibu kota, Selasa lalu, dia singgah di sebuah farmasi berikutan mahu melakukan pemeriksaan sama ada mengandung atau sebaliknya.
"Hasil daripada pemeriksaan seterusnya mengesahkan saya benar-benar mengandung. Alhamdulillah, saya gembira dengan berita itu dan ia cukup mendebarkan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |