{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: BeritaUtama

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: BeritaUtama


‘Kami sudah tak bahagia’

Posted: 27 Jun 2012 03:58 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Perceraian ini tiada kena mengena dengan orang ketiga," kata bekas jaguh beregu badminton negara, Mohamed Jalani Mohamad Sidek, 49, selepas sah bercerai dengan Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, petang semalam.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Jalani berkata, perceraian itu disifatkannya sebagai keputusan terbaik yang boleh memberi keadilan kepada bekas isterinya itu.

"Saya setuju bercerai dengan Raja Azmi kerana perlu bersikap adil padanya yang cukup tertekan dengan apa yang berlaku selama ini. Kami juga sudah tidak bahagia. Jadi, buat apa kami terus hidup bersama dan inilah takdirnya," katanya ketika ditemui di luar mahkamah.

Menurutnya, pelbagai konflik dan fitnah melanda rumah tangga mereka terutama kebelakangan ini termasuk dia dituduh sebagai suami dayus.


"Begitupun, saya bersyukur Allah menjadikan saya seorang yang penyabar. Bagi saya, pengemudi rumah tangga harus kuat untuk menghadapi segala dugaan yang datang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


15 minit lawan kudrat mak nyah

Posted: 27 Jun 2012 03:58 PM PDT

KOTA KINABALU: Dua anggota polis dan seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) terpaksa berhempas pulas hampir 15 minit sebelum dapat menyaingi kudrat seorang mak nyah yang cuba meloloskan diri, dalam Operasi Bersepadu di Kompleks Asia City, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, pondan terbabit yang berusia 22 tahun bersama seorang rakannya dihampiri dua anggota polis yang ingin menyoal siasatnya ketika menunggu pelanggan di tempat parkir kenderaan berhampiran kawasan itu.

Sebaik dihampiri polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu itu, mak nyah terbabit cuba melarikan diri dan mula bertindak agresif dengan meronta-ronta apabila hendak ditahan.

Biarpun cuba ditenangkan, mak nyah tetap berkeras dan masih cuba melarikan diri sehingga berlaku pergelutan dengan dua anggota polis yang cuba menahannya.


Insiden tarik menarik, pergelutan itu berlarutan hingga ke tengah jalan raya berhampiran Kompleks Asia City.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat