{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: BeritaUtama

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: BeritaUtama


‘Tak tahan lagi’

Posted: 26 Jun 2012 03:43 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Selepas difikirkan masak-masak, hanya perceraian jalan terakhir untuk membersihkan nama suami saya daripada terus dicemuh," kata produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, mengenai perceraiannya dengan suami, Jalani Sidek, 48, yang akan difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, hari ini.

Raja Azmi berkata, perceraiannya dengan bekas pakar beregu badminton negara itu dilakukan secara baik atas persetujuan bersama, malah mereka akan diwakili peguam sama, Roslizam Rahim.

"Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu.

"Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami," katanya ketika ditemui Harian Metro, petang semalam.


Raja Azmi berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia dan Jalani kerap menjadi mangsa fitnah pihak tertentu dan kesannya benar-benar menjejaskan reputasi bukan saja mereka berdua, malah keluarga.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Tangisan dalam but kereta

Posted: 26 Jun 2012 03:43 PM PDT

JOHOR BAHRU: Seorang wanita tidak menyangka suara tangisan anak kecil didengarnya ketika memandu, membawa kepada penemuan seorang bayi lelaki yang diletak dalam but keretanya, dipercayai ketika dia singgah membeli makanan di sebuah restoran.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, kejadian itu berlaku jam 3.55 petang pada 27 Mei lalu ketika wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Zura, 27, memandu seorang diri menuju ke Kangkar Pulai, di sini.

Menurutnya, ketika ditemui bayi yang sihat dan cukup sifat itu dipercayai baru berusia tidak sampai 20 hari dan kini umurnya mencecah dua bulan.

Manayi berkata, dalam laporannya kepada polis, Zura memaklumkan, pada mulanya dia menyangka bunyi tangisan bayi didengarnya datang daripada radio keretanya.


"Zura kemudian menutup radio keretanya, namun bunyi tangisan bayi berkenaan masih kedengaran. Dia kemudian memberhentikan kereta dan membuka but sebelum terkejut mendapati ada bayi lelaki di situ.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat