{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


SPRM diiktiraf badan dunia

Posted: 25 Jun 2012 03:26 PM PDT

MukaDepan

badan dunia Transparency International puji pendekatan
kerajaan laksana pembaharuan perangi rasuah

KUALA LUMPUR: Mekanisme pencegahan rasuah menerusi Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) yang dilaksanakan kerajaan mendapat pengiktirafan dan pujian pengasas bersama Transparency International (TI), Michael J Hershman.

Hershman berkata, sistem Malaysia memerangi rasuah adalah pendekatan menyeluruh yang menjadi komponen utama reformasi kerajaan menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Hershman berkata, dengan menggunakan struktur agensi anti rasuah Hong Kong sebagai asas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya berfungsi sebagai badan bebas membanteras rasuah di Malaysia.
Beliau berkata demikian dalam artikel bertajuk 'Program Pencegahan Rasuah di Malaysia - Satu Pendekatan Menyeluruh' yang disiarkan oleh akhbar internet Huffington Post berpangkalan di Amerika Syarikat pada 22 Jun lalu.

Berikutan itu, Hershman mencadangkan supaya negara Arab yang bergelut dengan krisis kebangkitan rakyat, menjadikan Malaysia sebagai panduan dan model membanteras rasuah.

Katanya, walaupun negara Arab mahukan perubahan segera bagi menghentikan sistem dan budaya yang berkait rapat dengan rasuah, matlamat itu dilihat masih jauh dari jangkauan kerana usaha pencegahan tidak lengkap termasuk meluluskan undang-undang tanpa mekanisme penguatkuasaan yang mencukupi.
"Negara berisiko tinggi menimbulkan persekitaran paling mencabar untuk pembaharuan secara menyeluruh. Apabila masalah rasuah muncul di negara Arab semakin teruk, ia memerlukan satu tindakan, termasuk meneliti model di Malaysia," katanya.

Beliau juga berkata, sejak penubuhan pada 2008, SPRM mencapai kemajuan cemerlang dengan memberi tumpuan kepada tiga pendekatan iaitu pembaharuan dalam kerajaan, masyarakat awam dan perniagaan.

"Semua pihak mengakui kekuasaan wang mendorong kepada rasuah sama ada demi kepentingan korporat mendapatkan apa yang dihajati atau budaya kerajaan membenarkan ahli politik memperkayakan diri dengan menyalahgunakan kepercayaan awam.

"Kerajaan Malaysia berusaha keras memastikan pembabitan komuniti perniagaan dan masyarakat awam dalam usaha membanteras rasuah. Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta digalakkan bersama-sama menandatangani Ikrar Integriti," katanya.

Hershman berkata, berbeza dengan ikrar kosong yang diguna pakai negara lain, Ikrar Integriti yang dilaksanakan Malaysia memberikan implikasi sebenar bagi negara ini dan syarikat.

"Sebagai balasan atas kerjasama itu, syarikat terbabit mendapat kelebihan kompetitif, termasuk disenarai pendek dalam proses bidaan projek kerajaan. Pakatan integriti lebih ketat itu diguna pakai oleh kerajaan Malaysia tahun lalu ketika proses bidaan projek Transit Aliran Massa," katanya.

Beliau berkata, satu lagi komponen utama strategi pencegahan rasuah di Malaysia adalah pembaharuan dan ketelusan sistem kehakiman.

Katanya, jika sebelum ini kes rasuah di Malaysia mengambil masa untuk dibicarakan, penubuhan Mahkamah Anti Rasuah memberi jaminan kes diselesaikan dalam tempoh 12 bulan.

"Satu lagi kejayaan ialah meningkatkan proses perolehan elektronik berasaskan data, memudahkan ketelusan, akauntabiliti dan keupayaan pengauditan. Apabila kerajaan memansuhkan banyak perkara dalam proses perolehan selain lebih telus, ia berupaya mengurangkan peluang berlaku aktiviti rasuah," katanya.

Hershman juga berkata, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia bukan saja memberi tumpuan kepada penguatkuasaan dan pematuhan sama ada secara sukarela atau sebaliknya, malah fokus pendidikan pencegahan dalam perkhidmatan awam, lawatan ke sekolah dan latihan pencegahan rasuah di kalangan pegawai penguat kuasa di negara ini dan serantau.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat