Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
| Posted: Dari Cameron ke BangsarOleh ALIF ABU BAKAR
AROMA teh masala menerjah deria bau saat melangkah masuk ke dalam sebuah ruang kafe. Paduan rempah, cengkih, kulit kayu manis, susu dan gula menjanjikan rasa yang tinggi nilainya buat penggemar teh terapeutik. Bukan itu sahaja yang ditawarkan kepada pengunjung, malah lebih 40 jenis teh sedia menawan orang ramai yang hadir ke Kafe Cameron Valley di Bangsar, Kuala Lumpur. Dibuka secara rasmi pada bulan Oktober tahun lalu, kafe berkonsep restoran itu menyajikan variasi hidangan Barat, berbeza daripada tiga kafe mereka sebelum ini yang terletak di Cameron Highlands, Pahang. Kafe yang mampu memuatkan kira-kira 50 orang dalam satu-satu masa itu cuba mendidik rakyat Malaysia agar memilih teh sebagai minuman rasmi tatkala menjamu selera. Berbeza dengan kopi, minuman itu lebih sesuai disatukan bersama snek. Namun begitu, kelebihan teh terletak pada kebolehannya bergandingan dengan makanan berat. Menu unik Mereka yang mahukan menu unik digalakkan mencuba nepalese momo's sebagai pembuka selera. Ia merupakan juadah dari Nepal yang kelihatan seperti karipap. Ayam cincang, kobis, bawang dan rempah masala merupakan bahan-bahan dalam makanan tersebut. Jangan hentikan kenikmatan pembuka selera begitu sahaja. Isi perut anda dengan sandwic donat yang hanya terdapat di kafe tersebut. Kepingan ham ayam bersama telur hancur, tomato dan krim keju menjadikan ia sandwic yang wajib dicuba. Tambahan pula, ia menggunakan donat dan bukan roti biasa. Bagi menggandakan rasa dua menu tersebut, pilih teh panas berperisa strawberi, lemon, oren atau anggur. Bagi yang cenderung pada teh asli, tidak salah menukar kebiasaan dengan mencuba teh herba seperti tongkat ali, serai, misai kucing dan halia. Kebiasaan makan tengah hari bersama sepinggan nasi dan lauk-pauk mungkin perlu diubah. Sekali-sekala, apa kata lenyapkan selera Melayu dan memilih juadah Barat. Sandwic daging lembu dengan nama black shadow bakal mengubah cita rasa makanan anda. Ia antara menu tarikan di kafe tersebut. Taruhan makanan utama juga diletakkan pada pelbagai jenis pasta. Buat mereka yang vegetarian, garlic flake seafood salad ialah pilihan tepat. Campuran udang, kupang, ikan dori bersama zukini, lobak merah dan minyak zaitun melengkapi hidangan yang sihat. Keenakan menu itu mampu ditingkatkan dengan minuman teh ais tanpa susu dan teh ais aroma ros. KEBANYAKAN menu Barat yang diubah suai hanya terdapat di kafe ini. Menu minum petang Minum petang di kafe itu juga menjanjikan pengalaman cita rasa yang indah. Bermula dari pukul 3 sehingga 5 petang, pengunjung hanya perlu 'melaburkan' RM8 bagi mendapatkan set minum petang yang lengkap. Pilihan seperti pai ayam cendawan, mufin strawberi atau coklat putih dan strudel epal pasti memenuhi selera tekak anda. Satu teko teh yang mengiringi hidangan itu pula menyempurnakan ambien petang anda. Sambil menghirup teh kegemaran, pengunjung juga berpeluang membeli teh pilihan mereka. Kesemua paket teh keluaran Cameron Valley itu dijual pada harga pasaran yang sama. Pengarah Urusan Cameron Valley, Rahul Agarwal memberitahu, kafe mereka di Bangsar itu bertindak sebagai tulang belakang bagi pelan perkembangan pada masa akan datang. "Sebelum ini, penggemar teh kami perlu datang ke kafe di Cameron Highlands. Dengan pembukaan kafe pertama di Lembah Klang ini, kami berharap dapat membantu meningkatkan pelanggan tetap dan menarik kelompok baharu. "Cameron Valley adalah milik warga tempatan dan kita mahu masyarakat di sini mula menghargai teh asli tanah tinggi Cameron," jelas Rahul. | |
| Riang Karnival Boling Hari Ibu 2012 Posted: Riang Karnival Boling Hari Ibu 2012PARA ibu dihiburkan dengan persembahan peniru lagak Michael Jackson, S. Surendran. PELBAGAI acara dianjurkan untuk meraikan Hari Ibu 2012 pada 13 Mei lalu. Antaranya, Karnival Boling Perpaduan Keluarga. Karnival tersebut menyaksikan 48 famili berentap sambil mengeratkan ikatan kekeluargaan selain mengukuhkan perpaduan di Sunway Megalanes, Sunway Pyramid, Petaling Jaya baru-baru ini. Disertai oleh keluarga pelbagai kaum, karnival anjuran bersama SportsUnite, Maggi dan Sunway Megalanes itu sangat meriah serta mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga ada enam keluarga terpaksa berputih mata tidak dapat bertanding. Begitupun, mereka turut meraikan karnival tersebut. Karnival bermula dengan acara memotong kek oleh para ibu dan penyerahan bunga ros kepada semua ibu yang hadir sebelum kejohanan bermula pukul 8.30 malam. Majlis tersebut gamat seketika apabila hadirin dipertontonkan dengan persembahan peniru lagak Michael Jackson dari Malaysia, S. Surendran yang membuat persembahan percuma sebagai penghargaan kepada semua ibu. Setiap keluarga yang mengambil bahagian perlu mempunyai tiga pemain dan perlu menyenaraikan ibu sebagai salah seorang pemain. Ketika masing-masing sibuk berjuang membuat jatuhan pin buat pasukan masing-masing, mereka dihiburkan dengan lagu-lagu yang ditujukan khas untuk ibu seperti lagi Bonda dendangan M. Nasir dan You Raise Me Up, nyanyian Josh Gorban. Lima pasukan teratas memenangi hadiah wang tunai antara RM300 hingga RM1,000 bersama medal dan hamper Maggi. Aktiviti sebegini mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Pemenang tempat ke-6 hingga ke-10 turut membawa pulang hadiah berupa medal dan hamper Maggi. Hadiah istimewa untuk siri balingan tertinggi turut diberikan kepada lapan kategori iaitu kanak-kanak lelaki dan perempuan bawah 12, bawah 15, bawah 18, ibu dan bapa. Makanan ringan dan makanan popular Mi Maggi dalam mangkuk turut disediakan untuk peserta selepas kejohanan. Pengerusi Kelab Sukan SportsUnite, Datuk Dina Rizal dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada kaum ibu yang banyak berkorban dalam mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran, kasih sayang hingga menjadikan mereka semua berjaya dalam hidup. "Kaum ibu ialah pemenang yang sebenar dan 13 Mei merupakan hari kemuncak untuk menyatakan kasih sayang yang tidak terhingga kepada ibu kita. "Bagi kami, tiada yang menang atau kalah di karnival ini. Semua 48 keluarga yang bertanding menang dari segi mengenang jasa dan kasih sayang dicurahkan ibu kepada keluarga," ujarnya. |
| You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


