Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
‘Semut mercun’ dedah rahsia Posted: 13 Aug 2012 01:07 PM PDT BETONG (Thailand): Sepeket mercun yang dibeli pada harga RM4 boleh dijual RM10 dan berbekalkan modal kira-kira RM1,000, keuntungan yang diperoleh boleh mencecah RM10,000. Pulangan lumayan itulah yang mendorong ramai rakyat Malaysia nekad melanggar peraturan dengan membeli mercun di sini, sebelum diseludup untuk dijual di kawasan masing-masing, termasuk di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Seorang penyeludup dan penjual mercun yang hanya mahu dikenali sebagai Hairi, 30, memberitahu biarpun keuntungan diperoleh berlipat ganda, penjual mercun kecil-kecilan sepertinya perlu mengawal diri dan tidak boleh tamak jika tidak mahu tertangkap. "Apa yang penting ialah jangan tamak. Ini kerana kami kebiasaannya hanya menyeludup mercun dalam kuantiti kecil dengan menyembunyikannya di beberapa ruang dalam kereta seperti di bahagian enjin, bawah tempat duduk atau kotak pembesar suara.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 14/08/2012 |
Posted: 13 Aug 2012 01:07 PM PDT JERANTUT: Harga ikan patin muncung Sungai Pahang mendominasi senarai harga ikan air tawar di negeri ini apabila mencecah RM280 hingga RM300 sekilogram, sekali gus mengatasi harga jelawat yang dijual pada kadar RM220 hingga RM250 sekilogram. Bagaimanapun, harga yang tinggi bagi mendapatkan ikan yang boleh dianggap sebagai identiti negeri itu bukanlah penghalang sebaliknya orang ramai tetap mahukan ikan berkenaan seraya membuatkan permintaan terhadap patin muncung meningkat dua kali ganda berbanding biasa.
Di Jerantut, lokasi paling panas mendapatkan ikan air tawar segar ialah di Pekan Sehari Jerantut, Pasar Tani dan Pasar Besar Jerantut yang mula dikerumuni orang ramai sejak awal pagi.
"Saya mendapat bekalan ikan dari nelayan sungai di Kampung Pulau Mangsuk, Lada, Batu Embun, Jerantut Feri dan Kuala Teh. Biasanya ikan sungai yang dijual akan habis dalam masa sejam saja kerana pembelinya tetap ada walaupun harga ikan sungai asli cukup mahal.
"Harga patin muncung memang mahal sekarang terutama bagi yang mempunyai berat sekitar satu hingga tiga kilogram. Bagi yang bersaiz lebih besar, harganya murah sedikit tetapi masih melebihi RM200 setiap kilogram," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 14/08/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |