Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 18 Aug 2012 10:08 AM PDT SUNGAI BULOH: "Siapa tak teringin nak tinggal dan beraya dengan anak? Biarpun keadaan mak cik macam ini, hati mak cik masih kuat nak balik ke kampung," rintih bekas pesakit kusta, Halus Samad, 72, yang ditempatkan di Kompleks Kediaman Dormitori, Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), di sini. Tahun ini, sudah 54 tahun warga emas itu tidak beraya di kampung halamannya di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Halus menjadi penghuni Pusat Kawalan Kusta, Pulau Jerejak, Pulau Pinang ketika berusia 11 tahun pada 1958 sebelum dipindahkan ke PKKN ketika umurnya 18 tahun.
"Mak cik dan suami terus tinggal di sini hinggalah dia meninggal dunia, beberapa tahun lalu. Sejak itu, mak cik keseorangan tanpa tempat bergantung," katanya ketika ditemui Metro Ahad.
"Anak tak sanggup jaga mak cik, sebab itu mak cik duduk sini. Mereka tidak mampu, biarlah mak cik di sini. Sekurang-kurangnya, ramai boleh jaga makan pakai mak cik.
Artikel ini disiarkan pada : 19/08/2012 |
Posted: 18 Aug 2012 10:08 AM PDT GUA MUSANG: "Kami tidak ingat perkara lain kecuali mati selepas terpelanting beberapa kali dalam gerabak yang terbalik," kata Nor Hazliza Mohd Noor, 22, seorang daripada hampir 100 penumpang yang terperangkap dalam dua gerabak kereta api Ekspres Wau yang terbalik, awal pagi semalam. Kejadian jam 6.45 pagi itu berlaku di Kampung Sungai Yu antara Stesen Kuala Lipis dengan Gua Musang ketika Ekspres Wau dari Kuala Lumpur ke Tumpat dalam perjalanan membawa hampir 1,000 penumpang menaiki 14 gerabak untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung. Dipercayai dua gerabak penumpang kelas satu dan gerabak tempat tidur yang dinaiki hampir 100 penumpang terletak di bahagian belakang terputus dari sambungan gerabak depan, menyebabkannya tergelincir sebelum terbalik di tepi bukit. Seramai 11 penumpang cedera, lapan lagi parah, termasuk seorang luka di muka manakala dua lagi patah tangan dan patah pinggang, dan dikejarkan ke Pusat Kesihatan Merapoh untuk rawatan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 19/08/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |