{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Berniaga sambil melabur

Posted:

Berniaga sambil melabur

Oleh NURUL IZZA ROSLY

LATIF (kiri) dan Hanizah menunjukkan produk kraf serta aksesori emas sadur yang boleh dijual oleh rakan niaga yang berdaftar dengan mereka.


TIDAK dinafikan bahawa melibatkan diri dalam perniagaan menjanjikan pulangan yang berganda berbanding bekerja makan gaji.

Sungguhpun begitu, tidak ramai yang mampu menyediakan modal bagi memulakan sesuatu perniagaan selain pada masa yang sama tidak berani menanggung risiko kerana khuatir berdepan dengan kegagalan.

Hakikatnya modal dan ilmu perniagaan perlu ada bagi menjamin kelestarian sesuatu perniagaan. Namun bagi yang berminat berniaga, tetapi tidak mempunyai modal, kini penyelesaian terbentang di depan mata.

Koperasi Jaringan Usahawan Selangor Berhad (Kojaring) dengan kerjasama syarikat pengeluar produk kraf logam bumiputera D'or Rue Sdn. Bhd. merupakan syarikat pertama yang menyediakan modal niaga bagi perniagaan berkonsepkan kraf serta emas yang disalurkan oleh Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

"Kita tidak akan berikan modal berupa wang tunai, tetapi dalam bentuk barangan.

"Contohnya, dalam pembiayaan pinjaman RM30,000, pihak kami akan memberikan produk dalam bentuk emas tulen 999 seberat 70 gram dan produk-produk kraf emas sadur yang bernilai RM17,600 untuk diniagakan selain simpanan tunai RM7,500," kata Pengerusi Kojaring, Latif Kachong.

Latihan perniagaan

D'OR RUE mengeluarkan pelbagai produk hiasan termasuklah aksesori fesyen, cenderamata korporat dan perhiasan berkonsep tradisional serta kontemporari.


Ujarnya, modal berupa jongkong emas tulen itu digunakan bagi tujuan cagaran kepada pinjaman dan akan disimpan oleh koperasi sebelum dipulangkan kepada usahawan selepas selesai pembayaran pinjaman.

Dalam hal ini, usahawan bukan sahaja berniaga, tetapi turut membuat pelaburan dengan emas yang nilainya semakin meningkat saban tahun.

Menurut Latif, pihaknya menawarkan dua jenis rakan niaga iaitu Rakan Niaga Perunding Emas (akan memperoleh pembiayaan modal niaga RM5,000) dan Rakan Niaga Pengurus Emas (akan memperoleh pembiayaan modal niaga RM30,000).

"Selain daripada itu, terdapat 16 kelebihan sebagai rakan niaga antaranya khidmat tebus gadai, insentif memperkenalkan rakan usahawan baharu, dividen tahunan, diskaun pembelian kepada usahawan dan khairat kematian.

"Kita mencari 50 rakan niaga dan sesiapa yang mendaftar awal serta lulus permohonan pembiayaan akan mendapat hadiah menarik.

"Ia berupa percutian lima hari empat malan ke Bali atau Phuket dan tiga hari dua malam sama ada ke Langkawi, Port Dickson atau Kuantan," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan D'or Rue, Hanizah Zainudin memberitahu, usahawan akan mendapat 50 peratus diskaun belian produk kraf.

"Latihan perniagaan turut diberikan kepada mereka selain menyediakan khidmat selepas jualan.

"Sebagai contoh, kita ajar usahawan bagaimana cara untuk mencuci emas. Mereka hanya membeli cecair pencuci emas dalam botol kecil yang berharga RM15 dan percaya atau tidak, mereka mampu mendapat untung antara RM600 hingga RM1,000," jelasnya.

Katanya lagi, jika mereka tidak boleh menjual emas, mereka boleh menjual aksesori fesyen untuk mereka jana pendapatan.

Pek menu sejuk beku Sri Kulai

Posted:

Pek menu sejuk beku Sri Kulai

NASI lemak antara pek sedia makan yang ditawarkan Sri Kulai.


MESKIPUN Syawal bakal menjelma dalam beberapa hari lagi, jenama perintis makanan sejuk beku yang halal, Sri Kulai masih memanjangkan tempoh promosi menu edisi khas Ramadan sehingga bulan September 2012.

Kepada mereka yang mungkin merancang untuk menunaikan puasa enam pada bulan Syawal, menu ayam gulai lemak tradisional dan ayam kurma tradisional sesuai disajikan untuk bersahur atau berbuka puasa.

Kedua-dua menu tersebut yang mendapat permintaan tinggi daripada pengguna sudah tiga kali diperkenalkan di pasaran. Dijual sejak awal Ramadan lalu, produk tersebut boleh didapati di stesen-stesen (RTE) Ready To Eat Sri Kulai.

Setiap pek lauk seberat 360 gram hingga 400 gram boleh dikongsikan bersama tiga orang dan boleh dimakan selepas dipanaskan selama enam minit dalam ketuhar. Enak dimakan bersama nasi atau roti, kedua-dua menu tersebut dijual pada harga RM7.90 setiap pek sepanjang promosi hingga September ini.

PRODUK Sri Kulai boleh didapati di pusat beli-belah dan pasar raya besar terpilih.


Sebagai bonus, Sri Kulai turut memperkenalkan kad kesetiaan ideal buat mereka yang ingin mendapatkan produk tersebut tanpa memeningkan kepala. Kepada pemegang kad, anda berpeluang mendapat dua pek menu percuma bagi setiap pembelian enam pek produk Sri Kulai atau empat menu percuma yang lengkap untuk setiap pembelian 10 pek produk Sri Kulai.

Sebagai memberi pilihan kepada pelanggan, anda boleh terus ke stesen Sri Kulai yang menawarkan 30 pilihan menu yang sedia dimakan. Produk Sri Kulai bebas pengawet, monosodium glutamnate (MSG) dibungkus menggunakan bahan yang mesra alam dan disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ia boleh didapati di pusat beli-belah Aeon Jusco, pasar raya besar Tesco, Giant, Village Grocer dan Cold Storage pada harga runcit bermula dari RM5.90.

Kisah lengkap fadilat Ramadan

Posted:

Kisah lengkap fadilat Ramadan

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

BUKU I Love Ramadan telah diulang cetak sebanyak tiga kali sejak tahun 2008 lantaran mendapat sambutan hangat pada bulan Ramadan.


MENGKLASIFIKASIKAN genre hasil nukilan beliau sebagai buku motivasi agama yang santai, buku I Love Ramadan karangan Sahrulazmi Sidek, 36, membawa pembaca untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai fadilat atau kelebihan bulan Ramadan.

Tidak terlalu serius dalam penulisannya, Sahrulazmi menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas untuk bacaan umum dan sesuai untuk bahan bacaan seisi keluarga.

Antara 66 topik yang dibincangkan di dalam buku tersebut ialah kelebihan bulan Ramadan, etika-etika ketika berpuasa, kategori puasa dan juga malam yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam iaitu Lailatulqadar.

Penggunaan terma-terma yang sinonim dengan bulan Ramadan yang diselitkan dengan unsur-unsur humor seperti puasa atau puas-puas, bazar atau bazir dan tadarus atau tidur terus sedikit sebanyak menggambarkan realiti yang berlaku ketika pada bulan Ramadan.

Terdapat juga salah satu bab yang kedengaran agak lucu iaitu bab Jangan Korek Hidung. Ia disertai dengan huraian terperinci kenapa umat Islam tidak dibenarkan berbuat demikian ketika menjalani ibadah puasa.

Sahrulazmi memberitahu, I Love Ramadan turut menerangkan kehebatan bulan Ramadan beserta bukti-bukti yang kukuh berpandukan al-Quran dan hadis.

Petunjuk umat Islam

"Bulan Ramadan merupakan salah satu bulan yang tertulis dalam al-Quran. Ini menunjukkan bulan Ramadan itu merupakan antara bulan yang terpilih dan sebagai petunjuk kepada umat Islam mengenai kemuliaan bulan tersebut di sisi Allah SWT.

"Menerusi buku ini juga, saya mahu mengajak umat Islam untuk membentuk satu fenomena bahawa bulan Ramadan itu sebagai bulan pesta ibadat seperti yang disambut di Mesir, Jordan dan negara-negara Islam yang lain," ujarnya yang aktif sebagai penceramah bebas di sekitar masjid-masjid di Lembah Klang.

Telah diulang cetak sebanyak tiga kali sejak tahun 2008, I Love Ramadan juga menyampaikan maklumat baharu daripada ulamak. Sebagai contoh teknik pengiraan untuk menentukan Lailatulqadar.

Dalam buku I Love Ramadan, Sahrulazmi mengambil pendapat seorang ulamak tersohor dari Jordan, Syeikh Solah al-Khalidi yang menyebut dalam kitabnya bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam 27 Ramadan dan ada cara kiraan untuk membuktikan fakta tersebut.

"Ejaan Lailatulqadar dalam al-Quran mempunyai sembilan huruf dan malam yang mulia itu disebut sebanyak tiga kali dalam al-Quran. Secara teorinya, sembilan darab tiga bersamaan dengan 27.

"Kiraan tersebut hanya sebagai panduan untuk kita lebih menumpukan amalan ibadat pada malam 27 Ramadan. Sebaliknya, umat Islam harus berpegang kepada hadis Rasulullah S.A.W iaitu mencari Lailatulqadar sepanjang 10 malam terakhir Ramadan," jelasnya yang kini dalam perancangan untuk menyambung Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Bahasa Arab di Universiti Putra Malaysia (UPM) tahun ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat