{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: BeritaUtama

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: BeritaUtama


Seksa saksi samun

Posted: 17 Aug 2012 03:21 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Bagaikan dalam neraka...hampir setiap hari saya ditumbuk, ditampar selain disepak terajang," kata Mohmad, 34, menceritakan pengalaman ngeri dikurung selama 21 hari di sebuah rumah oleh sekumpulan lima penjenayah sejak 'diculik' di hadapan rumahnya di Cheras, di sini, pada 23 Julai lalu.

Menurutnya, lima penjenayah bersenjatakan pisau itu bertindak demikian kerana mahu mendesaknya supaya tidak menghadiri perbicaraan kes samun membabitkan empat lagi rakan mereka yang dijadualkan berlangsung selepas Aidilfitri.

"Jika saya tidak datang (perbicaraan), rakan mereka berpeluang untuk dibebaskan daripada kesalahan jenayah itu," katanya yang juga saksi utama satu kejadian samun yang berlaku awal Januari lalu, ketika ditemui, di sini, semalam.

Mohmad berkata, dia hanya dibebaskan kumpulan penjenayah itu jam 5 petang, 12 Ogos lalu selepas dipaksa menandatangani surat perjanjian yang kononnya dia berhutang dengan kumpulan itu RM15,000 sebelum membuat laporan di Balai Polis Cheras, di sini, kelmarin.


"Dengan surat perjanjian itu, mereka (penjenayah) mengugut untuk membuat laporan polis mendakwa saya tidak membayar hutang berkenaan sekiranya menghadiri perbicaraan," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 18/08/2012


Kasih tak berubah

Posted: 17 Aug 2012 03:20 PM PDT

IPOH: "Walaupun suami cacat dan dipotong kedua-dua belah tangan, saya tetap setia menjaganya sampai mati," luah Haslinda Zahari, 25, sambil menitiskan air mata di sisi suaminya, Riduan Hashim, 31, yang nyaris maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mengait sawit, pada 22 Julai lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa yang bekerja kampung cedera parah melecur dan terbakar seluruh tubuh selepas galah aluminium yang digunakan secara tidak sengaja tersentuh kabel elektrik berhampiran rumahnya di Kampung Kroh, Batang Padang, Tapah.

Kejadian itu menyebabkan mangsa yang terlantar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, terpaksa dipotong kedua-dua tangannya selepas bahagian anggota tubuhnya itu tidak lagi berfungsi akibat kecederaan teruk dialami.

"Hati isteri mana yang tidak sedih melihat suami tiba-tiba menjadi cacat dalam sekelip mata. Keadaan tubuhnya kini cukup memilukan selepas dia terpaksa menjalani lebih 10 pembedahan bagi menyelamatkan nyawanya.


"Tragedi menimpa Riduan tambah sedih pada saat kebanyakan umat Islam bergembira menjalani ibadat puasa, selain akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 18/08/2012


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat