Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 22 Aug 2012 11:31 AM PDT KAMUNTING: Keluarga arwah Nur Afifah Mohd Zuhari, 16, yang dilarikan lelaki warga Indonesia ke Lombok sebelum meninggal dunia pada 6 Mei lalu mendakwa diganggu penculik anaknya itu dengan menghantar pelbagai ugutan menerusi panggilan telefon dan SMS. Ibu Allahyarham Nur Afifah, Hasliza Ismail, 45, mendakwa lelaki itu yang dikenali sebagai Mohamad Yani, 30-an, kerap menghantar SMS dan menelefonnya sejak sebulan lalu dengan menggugut untuk menculik seorang lagi anak perempuannya, Nur Amalina, 18. "Dia mengugut saya dengan memberitahu, mahu menghantar empat rakannya bagi melarikan Nur Amalina ke Lombok untuk menggantikan arwah Nur Afifah. Saya tidak pasti apa motif mereka berbuat demikian. "Mungkin mereka tidak puas hati kerana hajat mereka untuk memperdagangkan Nur Afifah dalam sindiket pelacuran tidak tercapai apabila anak saya itu meninggal dunia," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Panglima, di sini, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 23/08/2012 |
Posted: 22 Aug 2012 11:30 AM PDT KLANG: Gara-gara memakai kanta lekap berwarna jenis murah dan tidak berkualiti, seorang gadis berusia 18 tahun dari Kapar, di sini, kini berdepan masalah penglihatan sehari selepas memakainya. Nabila Rosli yang membeli kanta lekap itu dengan RM25 sepasang di Seremban, Khamis lalu, berkata sejurus bangun daripada tidur esoknya, dia tidak boleh melihat apabila kedua-dua mata sakit dan membengkak teruk. Kejadian itu turut menyebabkan penglihatan mata pelajar kolej di Seremban itu menjadi kabur selama dua hari. Malah, sambutan Aidilfitri yang sepatutnya ceria bertukar muram berikutan dia tidak boleh berjalan jauh disebabkan mata bengkak dan penglihatan kabur.
Artikel ini disiarkan pada : 23/08/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |