Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 10 Aug 2012 01:11 PM PDT KUALA LUMPUR: Berang kuih rempeyek yang baru dibuat untuk hidangan Aidilfitri dirosakkan, seorang ibu membelasah anak sulungnya berusia enam tahun hingga lebam di badan serta berdarah hidung dan mulut. Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, mangsa bersama adik perempuannya berusia empat tahun berada di rumah bersama ibu mereka manakala bapa mereka keluar bekerja sebagai pemandu bas. Sumber polis berkata, sejurus pulang ke rumah bapa mangsa mendukung anak lelakinya itu sebelum terkejut apabila mendapati kanak-kanak itu menangis kesakitan. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/11 |
Posted: 10 Aug 2012 01:10 PM PDT KETIKA kebanyakan rakyat Malaysia masih enak dibuai mimpi pada jam 3 pagi semalam, Pandelela Rinong yang beraksi di Pusat Akuatik, menghadiahkan pingat gangsa untuk negara menerusi acara terjun 3m platform. Lebih manis, dia turut mencipta sejarah sebagai atlet pertama menghadiahkan pingat selain daripada badminton. Malah, dia juga menjadi atlet wanita pertama negara menang pingat di Olimpik sejak Melborne 1956. Ikuti luahan perasaannya selepas detik gemilangnya itu. "SAYA bangun pagi ini dalam keadaan sakit-sakit badan. Tapi, lebih baik daripada semalam apabila saya bangun dalam keadaan tertekan memikirkan soal separuh akhir dan final.
Saya juga berasa lega kerana dapat membantu Malaysia menang pingat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Saya tahu semua orang mengharapkan saya menang selepas beberapa rakan atlet saya gagal. Justeru, saya harap kejayaan saya ini akan membuka mata lebih ramai atlet, terutama wanita yang mereka sebenarnya berupaya melakukannya. Saya hanya pembuka jalan. Mungkin akan ada yang boleh melakukan lebih baik daripada saya.
Duit ganjaran? Saya belum fikirkan lagi mengenainya. Belum pun dapat lagi…(Pandelela akan menerima ganjaran kerajaan bernilai RM100,000 kerana memenangi gangsa selain pencen RM2,000 seumur hidup, bermula bulan depan). Sekarang saya hanya mahu bercuti dan mungkin membeli belah sedikit sebelum pulang ke tanah air pada 14 Ogos ini." Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/11 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |