{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: BeritaUtama

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: BeritaUtama


Nyawa melayang tuntut RM30

Posted: 21 Aug 2012 12:19 PM PDT

KUALA LUMPUR: Cuma RM30. Itulah nilai nyawa seorang tukang rumah apabila mati dibelasah dengan kayu oleh dua lelaki yang dikatakan tidak berpuas hati mangsa menuntut hutang itu.

Mangsa, Mohamad Khairul Anuar Osman, 28, dibelasah kedua-dua suspek di rumah sewanya di Taman Perindustrian Maju Jaya, Puchong Utama, di sini, kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin.

Dia meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 4 pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, ketika mangsa berehat di ruang tamu rumah, dia didatangi suspek, seorang daripadanya rakan sekerjanya berusia 55 tahun dan seorang lagi berusia 53 tahun yang tidak dikenalinya.

"Dua suspek yang bersenjatakan kayu itu terus menyerang dan memukul mangsa menggunakan kayu panjang sebaik menceroboh rumahnya.

"Suspek kemudian melarikan diri bersama senjata digunakan apabila melihat mangsa mengalami kecederaan serius," katanya ketika dihubungi semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 22/08/2012


Kepulangan srikandi

Posted: 21 Aug 2012 12:18 PM PDT

KUCHING: Penerjun negara, Pandelela Rinong Phamg, 19, yang memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik 2012 disambut lebih 1,000 peminatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, di sini, semalam.

Pandelela yang menaiki pesawat Malaysian Airline System (Mas) dari Kuala Lumpur, tiba pada tengah hari dengan ditemani bapanya, Phamg Joheng dan ibunya, Hartini Lamin.


Sambutan hebat itu sebagai tanda menghargai kejayaan yang diraih Pandelela dalam sukan berprestij itu. Meskipun gagal membawa pulang pingat emas pertama negara, Pandelela dijulang sebagai anak pertama Sarawak serta atlet wanita pertama negara yang berjaya memperoleh kejayaan di Sukan Olimpik.

Pandelela kemudian diarak sejauh 20 kilometer menggunakan kenderaan jenis coupe dan diiringi motosikal berkuasa tinggi dari KIA hingga ke Astana Negeri, Petra Jaya bagi menerima Pingat Johan Bintang Kenyalang dari Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.


Apabila ditemui wartawan, Pandelela berkata, selepas lebih setahun tidak pulang ke Kuching, dia gembira kerana kepulangannya kali ini membawa kejayaan dan disambut dengan meriah.


"Saya sangat gembira dan berharap dengan kemenangan yang diraih dalam temasya Sukan Olimpik itu, akan menjadi pencetus semangat untuk melahirkan lebih ramai atlet terjun negara pada masa akan datang," katanya.

Mengenai pelbagai anugerah yang diterimanya, menurut Pandelela, dia belum merancang apa-apa pun setakat ini, namun akan cuba menguruskan semuanya bersama keluarga kelak.


"Saya juga akan menyimpan wang hadiah dan pada masa sama akan membelikan sesuatu yang istimewa buat keluarga dan rakan yang banyak menyokong kerjaya saya hingga mampu meraih pingat gangsa," katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Sosial negeri, Tan Sri William Mawan Ikon berkata, kerajaan negeri akan mewujudkan muzium sukan bagi sumber inspirasi kepada penduduk negeri ini.


Menurut William, semua kejayaan atlet Sarawak akan ditempatkan di muzium itu sebagai pencetus semangat untuk menarik lebih ramai golongan muda terbabit aktif dalam bidang sukan, sekali gus melahirkan lebih ramai atlet berpotensi.

Artikel ini disiarkan pada : 22/08/2012


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat