{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: BeritaUtama

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: BeritaUtama


Lagi teruk jika sedar

Posted: 20 Aug 2012 12:09 PM PDT

KUALA LUMPUR: Bagi pasangan suami isteri, Mat Zaki Hussin, 45, dan Norliyati Hamid, 41, sambutan Aidilfitri tahun ini semakin pilu kerana anak mereka Nurul Firzanah, 16, yang dibakar teman lelaki pada 13 Ogos lalu bukan saja masih koma, malah doktor memaklumkan dia akan kekal begitu sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan akan datang.

"Kata doktor, Nurul hanya akan terjaga daripada koma dalam tempoh tiga hingga enam bulan daripada sekarang. Nurul akan bertambah teruk dan sakit jika dia sedar daripada koma dalam masa terdekat ini.

"Disebabkan itu, doktor terpaksa memberinya ubat pelali supaya tidak berasa sakit," kata Mat Zaki yang ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari raya pertama, kelmarin.

Nurul Firzanah mengalami kesan melecur lebih 25 peratus di seluruh tubuh terutama di bahagian muka akibat disimbah petrol sebelum dibakar teman lelakinya selepas mereka bertengkar dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 21/08/2012


Dugaan Aidilfitri

Posted: 20 Aug 2012 12:06 PM PDT

SIBU: Kegembiraan menyambut Syawal kepada 90 penghuni sembilan rumah di Kampung Nangka, di sini, berakhir dengan kesedihan apabila rumah mereka terbakar awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, lima rumah penduduk terbabit musnah manakala empat lagi terbakar sebahagian dan kejadian dipercayai berpunca daripada pelita minyak tanah yang diletakkan di keliling rumah.


Difahamkan, kebanyakan mangsa nyenyak tidur ketika kejadian dan tidak menyedari api menyambar rumah mereka, menyebabkan ramai hanya sempat menyelamatkan diri manakala barangan lain musnah.

Seorang penduduk, Ashgar Jahan, 50, berkata, dia menyedari kejadian itu apabila mendengar suara riuh rendah jiran menjerit agar penduduk menyelamatkan diri.


Menurutnya, dia terkejut apabila melihat api menjulang tinggi dan sudah memusnahkan dua rumah.


"Saya mengejutkan ahli keluarga yang tidur supaya keluar menyelamatkan diri dengan membawa dokumen penting," katanya.

Menurutnya, kebanyakan mangsa panik dan mereka hanya sempat menyelamatkan diri manakala banyak barangan rumah dan segala kelengkapan menyambut Aidilfitri musnah.


"Api mungkin berpunca daripada pelita minyak tanah yang dipasang di sekeliling rumah atau litar pintas, kami tidak mendengar sebarang letupan, sebaliknya hanya melihat api merebak cepat.

"Kami bersyukur tindakan pantas berjaya menyelamatkan nyawa penduduk walaupun Aidilfitri tahun ini berakhir dengan tragedi," katanya ketika ditemui.


Menurut Ashgar, mangsa kebakaran kini menumpang di rumah saudara-mara sementara menunggu bantuan.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Mutalif Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.52 pagi sebelum jentera pertama tiba di lokasi kejadian.


Katanya, api marak dengan cepat berikutan cuaca kering dan struktur rumah dibina daripada kayu selain jarak antara rumah yang terlalu rapat.


"Satu jentera sokongan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah dan tujuh anggota turut dikejarkan ke lokasi dengan api dapat dikawal daripada merebak pada jam 5.22 pagi.


"Kita terpaksa mengepam air dari Sungai Rajang sebelum api dapat dipadam sepenuhnya pada jam 6.45 pagi dan tiada kecederaan dilaporkan," katanya katanya ketika ditemui .


Punca kejadian serta nilai kerugian masih dalam siasatan bomba.

Artikel ini disiarkan pada : 21/08/2012


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat