Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Posted: 15 tahun San Francisco CoffeeOleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
MENGHIDANGKAN kopi premium segar buatan tangan yang dipanggang, San Francisco Coffee ternyata berjaya menambat hati rakyat Malaysia dengan rasa kopi yang unik. Menariknya kini, syarikat yang dimiliki oleh San Francisco Coffee Company (SFCC) itu, tidak hanya memberi penekanan untuk menghasilkan rasa kopi yang hebat semata-mata. Hal ini kerana, sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab korporat sosial (CSR) , syarikat tersebut turut prihatin dalam pembangunan industri seni tempatan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Sempena sambutan ulang tahun ke-15 di Malaysia, San Francisco Coffee menjalinkan kolaborasi dengan 15 buah kumpulan muzik bebas (indie) dan 15 jurugambar bebas untuk mempromosikan golongn seni itu dengan acara kemuncaknya di White Box, Map, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur Julai lalu. Pengerusi SFCC, Datuk Rahim Zin memberitahu, kolaborasi tersebut merupakan salah satu langkah syarikatnya untuk mempromosikan kumpulan muzik indie dan karya-karya jurugambar bebas yang sinonim dengan golongan belia remaja. "Penglibatan mereka bermula pada bulan Jun lalu, apabila kumpulan muzik ini mengadakan persembahan di beberapa rangkaian San Francisco Coffee sekitar Lembah Klang yang turut dimeriahkan dengan pameran hasil karya jurugambar bebas. "Ini juga merupakan salah satu cara pihak kami menyatakan penghargaan kepada pelanggan setia yang menyokong rangkaian kami sejak 15 tahun lalu," katanya. Malam kemuncak acara sambutan ulang tahun itu dihadiri oleh 300 tetamu jemputan dengan diserikan persembahan dua orang penyanyi tempatan iaitu Atilia dan Reza Salleh. "Ini merupakan batu loncatan kepada perkembangan muzik tanah air dan juga satu landasan kepada kami selaku pejuang muzik indie untuk meluaskan pengaruh muzik kami," kata Syarul Reza Abd. Aziz, 33, selaku vokalis kumpulan muzik aliran pop alternatif, Lab The Rat. Menurut Reza, kumpulannya mempunyai pertambahan peminat di laman sosial, Facebook selepas pihak SFCC mengundang Lab The Rat untuk mengadakan persembahan di salah satu rangkaian San Francisco Coffee, Ampang pada bulan lalu. Seorang jurugambar bebas, Suchen SK pula berbangga apabila hasil karyanya dipilih oleh pihak SFCC untuk dipamerkan sempena acara kemuncak sambutan ulang tahun ke-15 San Francisco Coffee. "Tema yang ditonjolkan ialah perubahan dan pembangunan Malaysia dalam jangka masa 15 tahun lalu. Saya tidak menyangka karya fotografi saya dengan menggunakan tokoh pemimpin negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai subjek utama, menepati tema yang ditetapkan. Ini merupakan satu penghargaan kepada saya," katanya. Menerusi acara tersebut, pihak SFCC juga telah mengumumkan Jousia Siani, 40, sebagai pemenang peraduan menulis slogan, 'When I Was 15 ... 'yang telah dijalankan sepanjang bulan Jun lalu. Pemenang menerusi acara tersebut menerima hadiah utama berupa tiket penerbangan seramai dua orang ke San Francisco, Amerika Syarikat (AS) dan mendapat bekalan kopi percuma selama setahun. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |