{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Perak timbang turut haramkan jual, hisap shisha

Posted: 29 Jun 2013 02:14 AM PDT

PARIT 29 Jun - Kerajaan Perak menimbang kemungkinan untuk

mengikuti jejak Perlis dan Melaka mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, selain mendapatkan maklumat daripada Jabatan Kesihatan, pihaknya akan meminta pandangan Jawatankuasa Fatwa negeri yang dipengerusikan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

"Keputusan mengharamkan aktiviti menghisap dan menjual shisha akan diteliti terlebih dahulu dengan mengambil kira pendirian kita mengikut dua aspek iaitu agama dan kesihatan.

"Selain mendapatkan maklumat daripada Jabatan Kesihatan, saya juga akan minta mufti (Harussani) mengeluarkan pandangan," katanya yang turut memegang portfolio hal ehwal agama Islam negeri.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit yang disempurnakan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Jonker Walk: Tindakan undang-undang langkah terakhir

Posted: 29 Jun 2013 02:10 AM PDT

JASIN 29 Jun - Kerajaan negeri akan mengenakan tindakan undang-undang sebagai langkah akhir kepada peniaga atau mana-mana pihak yang masih berdegil untuk memberi ruang bagi membolehkan jalan di sekitar Jonker Walk dibuka untuk laluan kenderaan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Pembangunan Pantai dan Pulau-pulau negeri, Datuk Ghazale Mohamad berkata, kerajaan negeri mengalami kesukaran untuk membuat kajian tersebut disebabkan kedegilan peniaga dan campur tangan sesetengah pihak.

Menurutnya, kajian yang dilakukan bagi tempoh empat minggu itu adalah untuk memastikan sama ada laluan-laluan yang ditutup benar-benar menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di sekitar Jonker walk atau tidak.

"Sekali lagi saya tegaskan kepada peniaga bahawa aktiviti perniagaan di jalan-jalan sekitar masih boleh dilakukan di kaki-kaki lima cuma jalan-jalan di sekitarnya perlu diberi ruang untuk membolehkan kenderaan melaluinya dan kajian dapat dilakukan.

"Kita menghadapi kesulitan sejak semalam, mereka langsung tidak memberi ruang, jadi macammana kerajaan negeri nak buat kajian, apabila keputusan kajian diperolehi kelak dan didapati jalan-jalan berkenaan tidak menyebabkan kesesakan maka, kita akan benarkan ia ditutup seperti biasa.

"Kerajaan negeri mengharapkan kerjasama daripada peniaga, jangan sampai kita gunakan undang-undang kerana biarlah tindakan undang-undang menjadi jalan terakhir diambil jika mereka masih berdegil, janganlah lakukan buat sesuatu yang menyalahi undang-undang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir pada majlis perasmian pejabat baharu Pusat Zakat Melaka cawangan Merlimau di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Bapa jadi pendorong kecemerlangan Amira Nabila

Posted: 29 Jun 2013 01:12 AM PDT

MPELAJARr Cemerlang Politeknik Merliamu, Amira Nabila Raduwan menunjukkan trofi dan sijil yang diterimanya selepas menerima Anugerah Pengarah pada Konvokesyen Politeknik Merlimau Ke-12, di Jasin, Melaka hari ini. - UTUSAN

JASIN 29 Jun - Anak seorang pensyarah, Amira Nabila Raduwan, 22, dinobat sebagai penerima Anugerah Pengarah Politeknik atas kecemerlangannya dalam akademik dan ko-kurikulum pada Majlis Konvokesyen ke-12 Politeknik Merlimau di sini hari ini.

Graduan Diploma Senibina yang berasal dari Klang, Selangor itu memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.68 dan berjaya memperoleh Anugerah Ketua Jabatan pada setiap semester sepanjang pengajiannya di politeknik itu.

Menurutnya, sikap sukakan cabaran serta tidak kenal erti putus asa dengan menjadikan ayahnya, Pensyarah Universiti Kuala Lumpur, Dr. Raduwan Idar, 56, sebagai pendorong untuknya menempa kejayaan.

"Syukur dengan anugerah yang diterima, dalam ramai-ramai pelajar, tak sangka saya yang terpilih, memang tak dapat diungkap perasaan yang saya rasakan ketika ini.

"Memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas, duduk dibahagian depan ketika belajar selain niat belajar kerana Allah adalah petua kejayaan yang boleh saya kongsikan.

"Kejayaan ini juga saya hadiahkan kepada ibu, Norhazian Yusof, 56, yang menyambut hari lahir semalam dan juga ayah saya yang turut meraikan hari lahirnya pada 22 Jun lalu," katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen itu.

Pada majlis konvokesyen yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob itu, seramai 1,054 graduan menerima diploma masing-masing menjadikan angka keseluruhan graduan yang dilahirkan oleh politeknik itu sejak 11 tahun lalu seramai 13,232 orang.

Turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat