{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Archive for Januari 2012

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


EKSKLUSIF: Peralatan stadium RM50j dicuri

Posted: 30 Jan 2012 02:08 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA TERENGGANU: Pelbagai peralatan pendawaian elektrik, sistem elektronik dan kelengkapan lain, termasuk dua set jana kuasa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), di Kompleks Sukan Gong Badak di sini, lesap dipercayai...

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


20,000 dapat rumah

Posted: 28 Jan 2012 02:41 PM PST

MukaDepan

Penyewa DBKL bakal miliki kediaman: Najib

KUALA LUMPUR: Kira-kira 20,000 penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal memiliki rumah yang disewa apabila Skim Pembiayaan Khas Program Penjualan PPR Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) beroperasi mulai 1 Mac.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika berucap pada majlis pelancaran sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012 di Dataran Merdeka, di sini, semalam, mengumumkan skim khas itu bagi mengatasi masalah keluarga berpendapatan rendah dan sederhana mendapatkan pinjaman, sekali gus membantu mereka memiliki rumah.

Katanya, Jemaah Menteri pada 18 Januari lalu bersetuju dengan skim yang dicadangkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu. "Skim ini akan dikendalikan Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan dengan dana pembiayaan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Saya yakin dengan skim ini, penyewa akan lebih mudah membeli dan memiliki rumah serta dapat mengatasi pelbagai kerenah dalam memperoleh pinjaman yang dihadapi selama ini," katanya.

Hadir sama Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Timbalannya, Datuk M Saravanan; dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.

Mengulas pembangunan pada peringkat Kuala Lumpur, Najib berkata, peruntukan bagi pelaksanaan beberapa projek di ibu negara di bawah inisiatif Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur/Klang Valley mencecah RM1.49 bilion, tahun ini.
"Melalui Program Transformasi Ekonomi, kerajaan bertekad merubah wajah Kuala Lumpur dan Lembah Klang sehingga muncul antara 20 bandar raya dunia yang berdaya huni pada 2020 melalui inisiatif Greater Kuala Lumpur/Klang Valley," katanya.

Secara keseluruhan, katanya, Wilayah Persekutuan adalah cerminan wajah masa depan Malaysia, dan ia perlu menjadi contoh terbaik atau `showcase' kepada bentuk perancangan pembangunan yang menyeluruh dan bertanggungjawab, serta pelaksanaan pembangunan dengan amalan terbaik.

"Gejala negatif yang sering dikaitkan dengan proses urbanisasi harus dielakkan. Kreativiti dan inovasi perlu menjadi `hallmark' kepada falsafah pembangunan di wilayah ini. Pembangunan tidak harus sesekali dilihat secara satu dimensi, sebaliknya bersepadu mengambil kira persoalan manusiawi, alam sekitar dan nilai estetika," katanya sambil menyeru pembabitan semua pihak untuk melonjakkan kemajuan serta menjayakan usaha mengukuhkan kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan.

Pada peringkat Wilayah Persekutuan Labuan pula, katanya, kerajaan menetapkan hala tuju pembangunan berasaskan tiga teras utama, iaitu sebagai hab atau pusat perdagangan industri minyak dan gas; pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa; serta destinasi pelancongan tersohor.

Manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya akan terus mengekalkan ciri bandar pintar hijau, terurus serta tersusun dengan sistem perbandaran moden dan efisien, malah beliau bangga kawasan itu bukan saja pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, tetapi juga terkenal di seluruh dunia sebagai destinasi pelancongan.

Sementara itu, Datuk Raja Nong Chik berkata, kebanyakan penyewa rumah DBKL adalah warga tua yang tiada pendapatan tetap dan sesetengahnya sudah disenarai hitam institusi kewangan, menyebabkan tidak layak mendapat pinjaman bank.

"Kementerian dengan bantuan Yayasan Wilayah Persekutuan akan menjadi orang tengah bagi membantu mereka menguruskan pinjaman menerusi skim ini. Pembiayaan akan diberi secara mudah tanpa memerlukan pembayaran pendahuluan, selain kadar faedah

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

lim kim peu

Saya sokong penuh penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) dibenarkan membeli rumah yang mereka sedang sewa dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Semua penyewa adalah miskin kerana tidak mampu menyewa rumah-rumah swasta dan tidak mampu membeli rumah-rumah swasta kerana mahal. Dengan pelaksanaan kerajaan membenarkan semua penyewa rumah PPR / PA dibenarkan membeli rumah-rumah adalah baik dan dialu-alukan kerana semua penyewa boleh memilik rumah murah masing-masing. Impian semua penyewa rumah PPR / PA untuk memiliki rumah masing-masing tercapai dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia pada Hari Wilayah Persekutuan.

mohd sharol nyizam

salam,ini adalah satu usaha yang baik,tahniah kami ucapkan buat pm kita di atas segala usaha yang beliau usahakan.


Full content generated by Get Full RSS.

Anak sangka ibu tidur dalam bilik

Posted: 28 Jan 2012 02:38 PM PST

MukaDepan

ANAK mangsa membaca surah Yasin di lokasi kejadian ibunya, Rosmariah Mohamad (gambar kecil) maut  dipercayai dilanggar kenderaan kira-kira 250 meter dari rumahnya di Jalan Tun Teja, Cheng, Melaka, semalam.

ANAK mangsa membaca surah Yasin di lokasi kejadian ibunya, Rosmariah Mohamad (gambar kecil) maut dipercayai dilanggar kenderaan kira-kira 250 meter dari rumahnya di Jalan Tun Teja, Cheng, Melaka, semalam.

MELAKA TENGAH: Seorang ibu yang keluar berjalan kaki mencari dua anaknya yang belum pulang ke rumah walaupun sudah lewat malam, maut dalam keadaan menyayat hati dipercayai dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Tun Teja, Cheng dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Rosmariah Mohamad, 34, ibu empat anak berusia antara 12 hingga 16 tahun, mati di tempat kejadian selepas kepalanya pecah dan cebisan otak tercampak dalam pagar berhampiran kawasan kejadian.

Difahamkan, mangsa keluar dari rumahnya di Rumah Pangsa Cheng Mutiara selepas bimbang keselamatan dua anaknya, Mohd Shazurin Farhan Samad, 15, dan Mohd Syazrul Fahmi, 12, yang tidak pulang ke rumah sejak keluar bermain futsal di pusat sukan, kira-kira 500 meter dari rumah mereka pada jam 10.30 malam kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah, berkata siasatan unit forensik terhadap kes itu menemui cermin sisi kenderaan yang tercabut dipercayai selepas melanggar mangsa selain beberapa pokok patah berhampiran lokasi.

"Akibat rempuhan, mangsa terpelanting ke pokok dan pagar berhampiran, sebelum terhumban ke dalam longkang.

"Mangsa disahkan mati di tempat kejadian akibat parah di kepala. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian, apabila suami mangsa, Samad Saliman, 37, duduk di sebelah jenazah isterinya, manakala empat anak mereka membaca surah Yassin.
Selain Mohd Shazurin Farhan dan Mohd Syazrul Fahmi, mangsa meninggalkan dua lagi anak, Mohd Isyazwan Firdaus, 16 dan Mohd Nor Syarin, 13.

Samad berkata, dia yang tidur hanya menyedari isterinya tiada di rumah pada kira-kira jam 4 pagi dan keluar mencarinya.

"Saya gagal menemuinya dan pulang semula ke rumah kira-kira jam 5 pagi. Ketika bersiap untuk keluar mencarinya semula pada jam 8 pagi tadi (semalam), saya dimaklumkan jiran ada mayat dalam longkang.

"Saya terus berlari ke tempat kejadian dan sedih sungguh apabila melihat mayat itu adalah isteri saya," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua anaknya yang keluar bermain futsal pulang ke rumah kira-kira jam 1.30 pagi, tidak menyangka Rosmariah keluar mencari mereka dan beranggapan ibu mereka tidur di bilik.

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Isu SBPA: 5 tuntutan CUEPACS

Posted: 27 Jan 2012 11:26 AM PST

GEORGETOWN: Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengemukakan lima perkara utama untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan tumpuan kepada aspek keadilan dan kesaksamaan, terutama bagi penjawat awam gred 54 dan ke bawah.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

amin

baik untuk semua penjawat awam..

omiedanza

sepatutnya penjawat awam patut bersyukur dgn rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan. kami pekerja swasta langsung tiada ditetapkan kenaikan gaji smada 7% sehingga 13%. kenaikan gaji kami bergantung kpd keuntungan syarikat hasil dari usaha gigih kami untuk mendapatkan keuntungan bagi pihak syarikat.Pihak kami juga langsung tidak mempunyai bayaran elaun atau COLA walaupun bekerja setengah mati. Alhamdulillah.

noys

Kita bincang pasal hak..mmg la berpada2..tp klu bkerja baru setahun dah sama gaji dgn 3 tahun..bleh berpada2 ka..dgn klulusan yg sama..klu.kena btg hidung sndiri baru fikir kot.

fazli

patutnya laksanakan dulu kenaikan gaji dalam SSM untuk kali terakhir.

LIPHILUX

Adil tak adil le..tapi kira sendiri la gaji saya.janji kenaikan dari 7% - 13%.skrg cuma dapat RM180 saja.Gaji pokok SSM RM3000.Jadi sepatutnya saya dapat berapa.? budak sekolah rendah pun tau kira.

Julian

Rakyat Malaysia kena banyak2 bersyukur terutama yang berkerja. Fikirkan reziki yang kita dapat, jangan fikirkan apa yang orang lain dapat. Itu rezeki mereka. Lipat gandakan usaha untuk mendapatkan rezeki yang lebih daripadaNya..

amir

to G rifen : skim F mana ada naik 3 tahun? prove to me!

Minta JPA mansuhkan sistem kenaikan gaja tahunan secara kelompok.Kekalkan bulan kenaikan gaji SSM masing2 kerana ada golongan yang rugi jk sistem kelompok ini dilaksanakan.

salwani aziz

pebjadualan semula ke...ade kenaikan gaji ke,,ape ke,,,...harga barang2 tetap baik..org yang mkan gaji ok la,yang xmkn gaji , yang kain pagi makan pagi, kais petang makan petang tu ape citer pulak?...ini lah Malaysiaku...hahha nasib kita la jadi warga Malaysia..

jaco

kadang2 kikta lihat gaji yg tidak sepadan dgn bebanan tugas,golongan kelas sokongan sebenarnya lebih berperanan dlm menjayakan misi jabatan kerajaan.sebagai contoh diklinik-klinik kerajaan umpamanya kdg2 kita lihat pembantu perubatan sahaja yang bertugas.bertugas selepas ofice hour dan pada waktu ofice hour orang yang sama sahaja.sedangkan doktor-doktor telah diberi elaun oncall .persoalannya dimanakah mereka dan adakah golongan begini terus akan dinaikkan gred gaji.fenomena ini banyak lagi berlaku di sektor yang lain dan kami menyokong sepenuhnya tindakan cuepacs

lee yin

Datuk presiden kalau berhujah tu...jgn beremosi sangat....sabar banyak2....

m.nasir

Kami anggqota pdrm yg telah brkhidmat selama 30 tahunpun amat terasa dgn knaikan sbpa ini jika dibndingkan agg yg bru brkhidmat 15thn.tlg bg kyakinan pada kami.

sumardin

kepada G Rifen & para penjawat skim DG (Guru), tolong kaji & tidak sedap lepas ckp..para DG susah nak atur proses kenaikan pangkat antara punca utamanya adalah para DG yg senior2 takmau hijrah & wujudkan kekosongan..mcm mana nak naikkan org kalau yg atas taknak gerak?? rantaian ini berterusan sampaila yg DG yg super2 atas tu..puncanya dari DG sendiri yg nak duduk 1 tempat saja sampai bila2..walhal bukankah HIJRAH itu bnyk hikmah!sedangkan urusan rekod perkhidmatan & pentadbiran..siapa yg control di Jabatan Pelajaran? tolong muhasabah diri dulu, jgn sedap melenting saja k.

takraw

Setuju 1000percent...prmhonan cuepacs....))

selva

dapat masters tapi gaji ijazah sarjana muda tolong fikirkan golongan ini belajar tinggi tau, dapat masters, tapi gaji ijazah juga apa cerita ini

Hj Wan

Pada hakikatnya, semua penjawa Awam bersetuju dengan SBPA sebab ada kenaikan gaji walaupun RM1. Tapi, kenapa masih ada yang tidak berpuashati. Bersyukurlah dengan rezeki yang Allah swt, anugerahkan.

combat

senang cerita naikkan je semua gred rm400. golongan atasan ke atau golongan bawahan naik sama banyak.

mengkarong

saya setuju dengan cadangan cuepecs sbb penjawat gred prof di univ menerima kenaikan 100 peratus sedangkan gred 54 ke bawah ada yang naek 100 ringgit. Gile punye sistem. Yang dah byk duit lagi byk duit. Gap antara miskin dan kaya semakin besar. Ini tanda2 hampir jatuh kerajaan. Good luck.

Mohamad

Gaji Pem. Tadbir / Pem. Penguatkuasa (Gred N17)dah tak jauh beza dengan gaji Pemandu (R3). Mohon semak semula gaji gred N17.

Mohd Salleh

Harap Kaji Kekanan dalam SSM sebelum bertukar kepada SBPA. Pegawai yang dah 10 tahun di dinding gaji matagaji akhir dengan pegawai yang baru setahun di mata gaji akhir akan sama gajinya di SBPA. Langsung tidak menunjukkan kekananan di antara pegawai tersebut. Mungkin dapat diselesaikan dengan cara pegawai yang telah berada 5 tahun ke atas mendapat 3 anjakan gaji sebelum ke SBPA dan gaji maksima 5 tahun ke 3 tahun 2 anjakan gaji sebelum ke SBPA barulah menampakkan kekananan.

Kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus hendaklah dikira dalam SSM kemudian barulah dipindah ke SBPA kerana PM memberi kenaikan gaji sebelum adanya SBPA.

Perdana Putra

As salam. Setuju dengan mohdrusidi. Wajar jika naik gaji mengikut kelulusan terkini. Majriti belajar dengan membuat pinjaman, gaji pula rendah, pasti niat untuk membalas jasa kerajaan dengan menjadi pembayar yang taat akan terbantut. Pandangan demi agama, bangsa dan negara.

buzz

kepada sesiapa yg tidak berpuas hati kepada golongan atasan seperti En rudzi ibrahim, diharapkan dapat memikirkan dgn logik akal kenapa kenaikan adalah tinggi. Kenaikan gaji adalah mengikut kelayakan akademik. Jadi, kalau nak gaji lebih, sambung belajar la sampai peringkat ijazah. Jangan ingat sesuatu yang mudah untuk mendapatkan segulung ijazah. Fikirlah dengan logik akal. Apa yang dibuat oleh kerajaan adalah sesuatu yang adil. Tiada diskriminasi dalam SBPA >.

Suhaimi

Sampai kiamatpun orang takkan puas hati. Berpada-padalah.

sabri bin ismail

Diharapkan JPA buat yang terbaik

MOHD RIZAL BIN AHMAD

As Government Servants We Should Follow What Will Decide.I Hope All Of Us Who Are Government Servants Will Satisfy.

G rifen

Kenapa pegawai kumpulan M dan F boleh naik pangkat dengan mudah iaitu 3 tahun sedangkan kami kaum DG (Guru) lebih dari sepuluh tahun baru boleh naik pangkat. Apa beza pegawai DG, M dan F ni boleh berlakunya double standard ni.

HJ. ZAINAL ABIDIN BIN MONIL

Kami menyokong Presiden Cuepacs kerana skim gaji SPBA tidak langsung mengambil perhatian kepada kekananan dalam perjawatan, disamping itu mereka yang telah lama tersekat dalam gaji maksima apabila SPBA dilaksanakan orang lama yang telah tersekat di gaji maksima selama 10 tahun atau lebih terpaksa berpuas hati dengan orang junior. sekurang-kurangnya pertimbangkanlah dengan pemberian kenaikan satu tangga bagi dua tahun tersekat gaji maksima. Bagi GB sekolah rendah mereka hanya bolah berpuas hati dengan DG 1-2 sedangkan mereka lebih terbeban kerja jika dibandingkan dengan GPK di Sekolah Menengah. Kebanyakan GB di Sekolah Rendah juga mempunyai ijazah Sarjana. Kami bersukur apa yang kami dapat tetapi berilah perhatian kepada kami guru-guru tua yang terus bersaing untuk mencapai kejayaan sekolah dan terus berusaha belajar untuk diberi perhatian yang sewajarnya.

mohdrusidi

naik gaji mengikut kelulusan terkini....

fizi

kena kaji semula dan buat perubhan agr semua merasa kebaikkan skim yg baru.

cedok jo jono

Tuan Presiden Cuepacs tolong Berikan kami Ahli Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat(KEMAS) Jawatan Tetap....Kami Rasa Tersisih Untuk menikmati skim Perjawatan Tetap Dan Rasa Terhina Dengan kakitangan tetap yang menggunakan perjawatan tetap mereka 1 ugutan kepada kakitangan kontrak....selama kami berkhidmat tak mengira masa samada hari sabtu,ahad,siang,malam kita bergerak melakukan program2 kerajaan....Semoga Tuan Pengerusi Dapat mempertimbangkan Permohonan kami kakitangan kontrak...Mudah-Mudahan rezeki kita Di Mudah kan oleh Allah s.w.t...InsyaAllah Amin...Terima Kasih

rudzi ibrahim

apa bezanya tentera dgn penjawat awam?tentera telah melaksanakan gaji baru bermula Jan 2012.ada kepincangan dlm perlaksanaan tersebut.PM dlm bajet 2011 menyatakan..kenaikan gaji terssebut adalah untuk meningkatkan sara hidup bagi yg berpendapatan rendah.gaji golongan bawahan kenaikan hanya tidak seberapa tapi bagi golongan atasan terus tinggi.ibarat yg kaya bertambah kaya dan yg miskin tetap ditahap yg lama.apakah matlamat PM yg dinyatakan dlm bajet akan tercapai.contoh sy sendiri,kenaikan gaji hanya rm115 yg telah berkhhidmat dlm tentera 18tahun.sedangkan org yg berkhidmat tidak sampai 10tahun kenaikan gaji rm190.Cuepacs perlu campur tangan dlm kenaikan gaji anggota tentera.kenaikan gaji dari 1% hingga 15% tidak dilaksanakan dgn betul.


Full content generated by Get Full RSS.

Kerajaan tanggung subsidi gula 54 sen

Posted: 27 Jan 2012 10:58 AM PST

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Kerajaan membuat keputusan untuk menanggung kenaikan harga gula dunia dengan menambah subsidi sebanyak 34 sen lagi menjadi 54 sen tahun ini berbanding 20 sen pada tahun lalu bagi memastikan harga gula di pasaran kekal RM2.30 sekilogram.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata berikutan itu, kerajaan membelanjakan RM567 juta subsidi gula tahun ini, peningkatan lebih RM300 juta berbanding hanya RM262.41 juta tahun lalu.

Katanya, keputusan yang dibuat dua minggu lalu itu disebabkan oleh kenaikan mendadak harga gula dunia dengan negara kini mengimport 99 peratus gula daripada negara seperti Brazil, Thailand dan Australia.

Rasuah bukan saja menjejaskan imej dan integriti negara, malah memberi kesan dari segi ekonomi. Justeru, kerajaan menggalakkan amalan yang bersih dalam perniagaan. - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Rakyat tidak perlu bimbang kerana harga gula kekal. Kerajaan juga sudah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan beban rakyat seperti mewujudkan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

"Jika harga gula naik, ia akan memberi kesan kepada usaha kerajaan kerana tidak mungkin MR1M akan kekal pada harga antara RM2 hingga RM4 dan produk minuman serta makanan KR1M boleh terus dijual pada harga yang rendah," katanya pada sidang media selepas melancarkan Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), di sini semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Mohd Naim Daruwish.

Harga gula mentah dunia kini berada pada paras AS$0.544 (RM1.65) sekilogram, berbanding AS$0.515 (RM1.56) sekilogram Disember tahun lalu.
Ismail berkata, setakat ini hanya gula yang mengalami kenaikan subsidi tetapi menasihatkan rakyat supaya mengamalkan perbelanjaan berhemat.

"Kos sara hidup kini semakin meningkat dan kerajaan cuba membantu mengurangkan bebanan rakyat, tetapi pada masa sama rakyat tidak boleh mengharapkan kerajaan semata-mata untuk melindungi kepentingan mereka," katanya.

Sementara itu, beliau berkata negara menanggung kerugian anggaran RM10 bilion setahun atau satu hingga dua peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) jika amalan rasuah dalam perniagaan masih berleluasa serta mengakibatkan harga produk dan kontrak jauh lebih tinggi daripada sepatutnya.

"Contohnya, pemberian kontrak dilakukan dengan tujuan yang menyalahi undang-undang sehingga ada projek yang terpaksa ditender semula kerana tidak mengikuti prosedur dan spesifikasi sepatutnya. Kerajaan pula terpaksa menanggung kerugian tambahan.

"Rasuah bukan saja menjejaskan imej dan integriti negara, malah memberi kesan dari segi ekonomi. Justeru, kerajaan menggalakkan amalan yang bersih dalam perniagaan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Isu PFN: Noh sangkal pembangkang

Posted: 26 Jan 2012 03:20 PM PST

MukaDepan

  • Menteri tegas projek fidlot tidak gagal
  • NFCorp lepasi sasaran sedia 8,000 lembu pada 2010

  • TANJUNG KARANG: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, semalam menyangkal pelbagai tuduhan yang dilemparkan pembangkang berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (PFN) sambil menegaskan projek ternakan lembu daging itu bukan suatu kegagalan. Beliau berkata, kerajaan juga tidak boleh dipersalahkan jika ada sebarang salah laku berhubung pengurusan dana National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan terserah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat syarikat itu.

    Sebenarnya saya sudah berulang kali menjelaskan perkara ini di Parlimen tetapi pembangkang menjadikannya sebagai gimik politik. - Datuk Seri Noh Omar.


    "Isu ini sebenarnya timbul akibat kelewatan pelaksanaan projek berkenaan berikutan rentetan masalah yang dialami menyebabkan banyak program pembangunan tertangguh, tetapi ia tidak gagal," katanya selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Kampung Belimbing di sini.

    Noh berkata, isu pertama dibangkitkan pembangkang adalah mengapa dana RM250 juta itu diberikan kepada NFCorp sebelum perjanjian dibuat dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 8 Mac 2010.

    "Hakikatnya, ada dua perjanjian antara NFCorp dengan kerajaan. Pertama antara syarikat dengan Kementerian kewangan dan kedua dengan kementerian ini. Perjanjian pertama dimeterai antara NFCorp dengan Kementerian Kewangan pada 6 Disember 2007 berhubung pemberian pinjaman.
    "Perjanjian kedua, antara syarikat dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 8 Mac 2010 berhubung proses pelaksanaan projek," katanya.

    Beliau berkata, isu kedua yang diputarbelitkan pembangkang dengan menuduh kerajaan menyerahkan dana sewenang-wenangnya kepada NFCorp, sedangkan syarikat hanya menerima bayaran berdasarkan kemajuan projek dan cek pembayaran ditandatangani wakil Kementerian Kewangan dan wakil NFCorp.

    "Kementerian Pertanian tidak ada kena mengena dengan akaun syarikat seperti dakwaan pembangkang kerana pada kementerian, bayaran hanya dibuat selepas berpuas hati dengan tahap kemajuan projek.

    "Jadi terserah kepada SPRM untuk siasat akaun NFCorp andai wujud sebarang salah laku syarikat terbabit kerana ia hanya membabitkan mereka," katanya.

    Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata, pada penilaian kementeriannya, NFCorp sudah melepasi sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) mereka kerana menyediakan lebih 8,000 ekor lembu setahun seperti termaktub dalam terma perjanjian.

    "Pada 2010 mereka memiliki 8,016 ekor lembu tetapi hanya sempat menyembelih 5,742 ekor disebabkan ketiadaan pusat penyembelihan. Pusat penyembelihan ini sepatutnya dibina oleh kerajaan tetapi tertangguh berikutan penilaian semula tahap daya saing projek PFN oleh perunding bebas yang dilantik pada 2009," katanya.

    Katanya, banyak faktor menyebabkan projek ini mengalami kelewatan bermula daripada proses membersihkan tanah yang berlarutan sehingga setahun lebih, syarikat utama projek PFN menarik diri dan tidak ramai usahawan tampil untuk menternak lembu di pusat fidlot satelit yang disediakan kerajaan.

    "Berikutan pelbagai masalah ini, projek ini menjadi lewat. Bagi NFCorp mereka sudah pun menunaikan tanggungjawab dan melepasi sasaran malah mengambil inisiatif membina pusat penyembelihan sendiri.

    "Pembangkang turut menjaja gambar pagar roboh, tanaman rumput yang tidak menjadi dan sebagainya sedangkan ia bukan milik NFCorp tetapi kawasan yang pada asalnya milik syarikat utama dari luar negara yang menarik diri sebelum projek bermula," katanya.

    Katanya, sasaran kementerian untuk menyediakan 130 pusat fidlot satelit juga tidak terlaksana apabila hanya 59 yang dapat disiapkan dan daripada jumlah itu 26 saja beroperasi manakala 33 belum ada pengusaha.

    "Projek ini penting untuk masa depan negara bagi menjamin keselamatan makanan untuk rakyat kerana ketika ini, penternak tempatan hanya membekalkan 35 peratus daripada keperluan negara.

    "Sebenarnya saya sudah berulang kali menjelaskan perkara ini di Parlimen tetapi pembangkang menjadikannya sebagai gimik politik. Saya berterima kasih kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang yang tampil membuat kenyataan bahawa projek ini tidak gagal," katanya.

    Full content generated by Get Full RSS.

    Pelajar jual Baucar Buku 1Malaysia boleh dipenjara

    Posted: 26 Jan 2012 11:05 AM PST

    chiko

    walton..Itu peringkat sudah sampi mahkamah dan di adili,bukan pilih kasih.
    bagi sesiapa yang ingin bertanding dalam pilihan raya untuk menjadi ahli adun atau perlimen.ia hendaklah tidak di sabitkan hukuman lebih dari 12 bulan atau denda tidak lebih RM2000.00.

    AwangCullen

    hukuman yg tlampau berat. sya stuju dgn pendpt bhwa baucer tu kan dah jd hak milik sah pelajar..so tpulanglah dr dorg apa nk buat.. hehe. tq ^^

    Halim

    Saudara MED, memang betul kenyataan saudara itu. Tetapi tidak sesuai dengan situasi sebenar. Contohnya, kalau kerajaan berikan subsidi harga barang tertentu kepada rakyat, bolehkah rakyat menjual subsidi tersebut kepada orang lain. Contohnya subsidi petrol, kemudian terpulangla kepada rakyat untuk menjual petrol subsidi kepada warga asing yang harga petrol mereka lebih mahal daripada Malaysia.

    Seharusnya kita menghargai dan menggunakan semua pemberian daripada pihak lain. Politik memang kotor kerana si pengamal politik tersebut yang kotor. Kini ramai pemimpin sedang melakukan dosa besar kerana "Apabila diberikan amanah, dia tidak melaksanakan amanah" Amanah sebagai seorang Islam, bapa, pemimpin masyarakat dsb.

    Pee Ja - anda merupakan mahasiswa bijak kerana dapat menggunakan baucer tersebut untuk memupuk sikap yang sangat dituntut Islam dan demi anak.

    Mahasiswa perlu pandai membuat perancangan. Sekiranya buku rujukan untuk semester ini sudah dibeli, boleh membeli buku rujukan untuk semester hadapan. Tanyalah senior apakah buku rujukan yang sesuai dan boleh digunakan. Hargailah setiap bantuan yang anda terima.

    Bekas Pelajar

    Kerajaan harus bertindak berhati-hati dgn isu ini. Jgn samapai pedang makan tuan.

    makcik

    kene sebat??? denda sudah la.

    beelue

    emmm..syukur jugak dpt baucer ni... tp yg kesalnya... tiada plak kedai buku d tempat kami yg mo terima baucer ni... jd utk menukarkan rm200 kpd buku2 kena la pergi sejauh 7 jam perjalanan...masa bekerja ni mana ada cuti panjang...tempoh sah plak nak luput da...eeeeeee

    Sham

    bersyukur ler dgn pemberian...jgn ler beranggapan ada agenda lain oleh kerajaan...bagi salah tk bagi lg dikutuk...tp bila org lain (pembangkang) bg duit ok jer....duit tk halal pun kata tkpe sb tak tau....yg pelajar ni pulak, dr status pelajar dh pandai salahguna abis belajar tk tau ler....takan ler semester dh mula, buku2 dh beli tkde buku lain lg boleh beli ker....kan bnyk lg bahan2 bacaan yg boleh dibeli utk meningktkan pengetahuan....cetek betul ler pndangan bila org mempertikaikan kenapa bagi sekrg & bukn masa mula2 semester bermula....jdkanlah diri spt org barat yg amat meminati membaca...renungkanlah...

    nur ameliya

    baucer ni mmg sgt membantu bg student mcm sy. tak ramai student yg mmpu bli bku yg kbykan harga hmpir rm100. mmg sgt setuju dgn penguatkuasaan ini. klu tak dibuat nnt makin ramai pelajar yg menyalahgunakan baucer ni. kerajaan bg baucer ni pn utk bantu meningkatkn kualiti pendidikan negara kita. ni klu pelaksanaan ni tak dibuat dgn tegas, sia-sia jer usaha ni, baik tak payah buat.

    Maliq

    Bersyukur la dapat bantuan kerajaan utk beli buku. kpd yg byk complain sbb sem dah lama start so buku dah beli, sila sedar bahawa ada byk Universiti dan Kolej kat Malaysia ni, and masing2 ada jadual masok sem yg tersendiri. So mustahil la kerajaan nak set a date yg sesuai utk semua universiti dan kolej. Dah dapat voucher tu, kalau dah terlambat utk beli buku2 teks or rujukan, beli je laa buku2 lain or alat tulis. Bukannya susah sgt. Sila bersyukur dan hargai dgn apa yg ada and kurangkan complain. Pikir dulu dr setiap angle baru bercakap.

    Gory

    Kelakar pun ada baca. Bila tak dapat, kaw kaw kutuk kerajaan. Bila kerajaan buat usaha menanam sifat membaca, kena jugak kutuk. Memang takat ni je mentaliti orang Malaysia. Wang dan kesalahan kerajaan lebih penting daripada perbaiki dan polish ownself

    AskMe

    wang rakyat jgn di.... bagi yg ada akal xkan berbuat begitu. klau x mahu serah kpd yg susah. Buat kebajikan seperti kerajaan Belajar sampai pandai, bodoh sewaktu belajar.

    AAA

    saya salah seorang pelajar yg mendapat bantuan baucer.... bukan kami x reti bersyukur atas bantuan tersebut... kami bersyukur sgt2... masalah yer baucer tu diberikan pada pertghan sem pastu tempoh sah laku sampai 31 mac... kebykan pelajar sume dh beli buku... kalu tempoh sah baucer sampai tahun depan tau paling lame pon sampai sem depan (dlm bulan jun) boleh gak beli buku tuk sem depan.... lagi satu, walaupon baucer tu bernilai RM200 kalu student tu jual pon paling kurang mereka dpt dlm RM 160(paling byk), kalu mereka nk guna kt bookstore pon barang ape je yg mereka boleh beli sampai RM 200 (alat tulis, kertas

    Rakyat biasa

    Wah!!!! pelajar kita jual baucer buku yg berjumlah RM200 boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat. Manakala bekas menteri mendapatkan dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta penjara setahun sahaja. Bijak... bijak.....

    ramlee P

    Bersyukurlah seadanya. RM 200 banyak tu, saya sudah beli alat2 tulis di kedai popular. Banyak barang boleh beli.

    jee

    patutnya baucar tu boleh tukar kat bank ke jadik duit, boleh la digunakan utk beli keperluan belajar, buku atau tampung belanja di kolej....x payah le strict sgt....bukannya pelajar tu bodoh, lurus bendul....

    ny2012

    Hukuman tak diberitahu lebih awal. Baucar diberi tak kena pada masanya. Baucar diberi mempunyai tarikh luput yang singkat. Baucer lebih menguntungkan penjual buku & alat tulis. KLU KRN BAUCAR NI LAH NAK PENJARAKAN PENUNTUT IPT BAIK TAK PAYAH BAGI DARI AWAL... Cuba selidik dulu pembahagian RM100 dan RM500 kpd murid sekolah dan rakyat berpendapatan rendah baru2 ni, bagaimanakah mereka gunakan duit tu. Betulkah arah mereka gunakan duit tu? Cam mana ni? Hanya kerana pemberian RM200 yg mereka ingat dah jadi hak mereka kerana pemberian ikhlas, tup2 kena penjara hingga 5 thn. Baik tak payah bagi la klu PEMBERIAN TAK IKHLAS. Dah tu nak salahkah penuntut pulak. alahaiii.... Apapun terima kasih lah.. next time, kerajaan kena kaji dulu sblm bertindak..

    jusoh chin

    Eeeh pelik.Kenapa nak penjara? Dah jadi hak pelajar.Ikut suka dialah,nak beli buku ke,nak jual ke.

    karimi

    kepada yang merungut tu sbnarnyer nk duit tunai jer.. senang nk shoping kn.. maklumlah ptptn dh nk abes di blnjekn. so nk 200 tunai lak.. xcukup2 kn.. beristifar lah byk2..

    Ismadi

    Memang patut pelajar yang salahguna wang BBIM dikenakan hukuman kerana mereka kurang berdisiplin dan kurang ajar. duit tu sepatutnya digunakan untuk membeli buku. tak kiralah buku apa. ni pandai-pandai pula nak salahkan orang lain pula. Itu baru masuk Universiti, nanti dah keluar makin menjadi lah tu. Mereka ingat mereka tu pandai sangatlah tu. Mereka ni memang tak berguna untuk negara.

    gurutua

    saya sokong penuh mereka tu ditangkap dan tayangkan muka mereka kat akbar dan tv..nilah muka manusia yang tidak tahu bersyukur dan bertrima kasih.

    en. hormat

    voucher itu sudah jadi milik pelajar. kenapa perlu dipersoal apa yang hendak dilakukan mereka. mereka bukan jual barang-barang terlarang seperti dadah dan CD cetak rompak. voucher ini bukan barang awam tetapi milik pelajar, jadi apa kaitannya dengan akta 403?

    zm

    Baucer tu tak yah jual, boleh beli buku buku ilmiah yang lain, beli novel ke, ke buku keagamaan ke, buku buku ala ala politik ke bagi mereka nak sangat berpolitik, beli apa saja yang student fikir perlu dan terjual di kedai buku, kalau tak mahu sedekah saja pada pelajar miskin dan tidak kemampuan. Jgn cakap student apa ibubapa pun guna duit bantuan anak-anak untuk tujuan lain, bayar astro, bayar bil hp, bayar hutang etc etc...apa pun niat kalau kita terima dgn niat baik maka terjadilah sesuatu yang baik, kalau niat kita tersasar maka yg tak baik itu bakal menjelma.

    naz

    ak tak paham kenape nk jual baucar ni? jgn kita salahkan pengeluaran baucer lewat sbb keputusan ini dikeluarkan semasa bajet 2012 pada oktober lepas, kerjaan ambil keputusn utk utamakan pemberian bantuan rm100 kpd pelajar skolah spjg nov-dis. kemudian kjaan buat keputusan utk pemberian baucer buku rm200 pada disember. dan br1m pada januari. fahamilah betapa bukan mudah hendak menyusun dan melaksanakan pemberian ini secara teratur. hargailah usaha kerajaan. dan kalo student akhir tahun sudah beli buku rujukan, gunakanlah rm200 itu untuk membeli buku2 ilmiah yang lain utk percambahan ilmu. buku ini ibarat teman hidup dan pelita khidupan. jgn pernah menyesal membeli buku tq

    Jamil Bin Jassid

    Berat sangat hukuman yang hendak dikenakan.Hukuman ini juga boleh menghancurkan masa depan pelajar tersebut sedangkan tiada apap-apa peraturan yang diberitahu semasa bantuan diberikan dan saya rasa Datuk Seri PM kita pun tak sampai hati nak tengok Pelajar tersebut dihukum sedemikian rupa.Apa yang boleh saya cadangkan supaya cuma dikenakan hukuman bayaran balik pada kerajaan pada kesalahan yang dilakukan.dan boleh juga dikenakan denda melakukan kerja-kerja kebajikan .itu lebih baik.

    HM

    kalau bagi cash, konfom takkan beli buku punya.. ntah2 abis beli topup jer atau beli benda takde faedah..

    penjara lebih 5 tahun, sebat dan denda?
    dah macam pesalah merogol orang jek hukuman nya..

    ejjat

    korang cubala bersyukur sikit.....kerajaan kita dah bagi 2 kira dah baik laa...mak ayah korang pown belum tentu boleh bagi 200 ratus mcm 2 jer...kenpa bagi sekarang laa..kerajaan bagi jugak,,korang sendiri pikir la nak guna mcm mana..walaupun dah setengah sem korang beli laa buku sem depan...bersyukur sikit jadi rakyat Malaysia

    hormatcikit

    kenapa lah nak kena penjarakan pulak.. kata hadiah kepada pelajar, jadi sukahati dorang la nak jual ke, nak lelong ke.

    Walton

    kalau rakyat biasa buat silap sikit,kena penjara bertahun lama nya,kalau VVIP buat besar kena penjara 2 3 tahun siap boleh jamin dan bebas.. nampak sangat undang2 msia ni berat sebelah dan pilih kasih.

    MED

    Kalo dah diberi, apasal plak masih jadi hak kerajaan. Jadi hak pelajar lah. Terpulang kepada pemiliknya apa dia nak buat dengan baucher tu. Yang penting bantuan telah diberikan. Bagaimana cara untuk memanfaatkannya terpulang kepada individu. Samada dijual ataupun digunakan terus, akhirnya baucher sampai gak kepada tauke2 yang berkepentingan. Bukannya boleh redeem kat spa, genting dan seumpamanya. POLITIK KOTOR.

    apahal lak nk dakwa atas Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang. ..dh tentu bila pelajar terima baucar tu, baucar tu dh jd hak milik pelajar..suka hati le pelajar nk buat apa dgn baucar milik mereka. lain le ada terms n condition printed kat baucar tu...

    Rosdi Abu

    setuju benar..penguatkuasaan ini perlu tegas dan dipanjangkan juga ke atas sesiapa sahaja tak kira ianya ahli politik atau penjawat awam yang menyalahgunakan wang awam dan aset kerajaan sehingga menyebabkan pembaziran dan kerugian kepada negara.

    pee_ja

    sy student part-time pun dpt baucer ni...terima kasih bebyk kepada kerajaan...memandangkan saya tak dpt nak mengunakannya tuk sem akan dtg dgn tempoh masa yg begitu pendek....saya laborkan kepada anak saya yg baru berumur 2tahun..supaya dpt saya tanamkan sifat suka membaca pada diri dia...waktu saya di mph di salah sebuah pusat membeli-belah di ibukota...ramai penuntut yg membeli novel dr buku2 ilmiah utk pengajian masing...

    lalala~

    Sem dah lama start. Majoriti student dah beli buku rujukan. Baucar sah smpi bulan 3 je. Syor tempoh sah laku ditambah sehingga hujung tahun @ boleh ditukar dlm bentuk duit.

    halina

    sepatutnyer hukuman ini diberitahu sblm pemberian baucar. Pelajar ni tak tahu hukuman yg akan dijalaninya seberat ini kerana ada pihak lain yg melakukan kesalahan yg lebih besar tidak dikenakan hukuman yg sebegini.. diharapkan apa yg terjadi membuka mata dan hati kita semua untuk berfikir dan mencegah =)

    yaakop

    Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak sesuai untuk diagihkan pada waktu sekarang sebab majoriti pelajar sudah membeli buku keperluan asas. Baucar BB1M sepatutnya diberikan kepada pelajar pada waktu awal-awal kemasukkan pelajar tersebut. BB1M kemungkinan menjadikan satu agenda politik pihak tertentu kerana melibatkan kes boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.

    kery

    x sedar diri nye bebdk yg komen negatif...sedar sikit..org bg voucher tu untk beli buku bagai..yg nak persoalkan kenapa kene tngkp bagai kenapa??? dah bg pndai plak ckp kepentngn perbdi ar, poltik ar..x phm aku manusia x reti bersyukur...

    yaakop

    Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak sesuai untuk diagihkan pada waktu sekarang sebab majoriti pelajar sudah membeli buku keperluan asas. Baucar BB1M sepatutnya diberikan kepada pelajar pada waktu awal-awal kemasukkan pelajar tersebut. BB1M kemungkinan menjadikan satu agenda politik pihak tertentu kerana melibatkan kes boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.

    Yangretibase

    Kenapa tak bagi RM200 tunai kepada pelajar. Kaedah baucar sebenarnya menguntungkan pihat lain berganda-ganda, atau itukah matlamatnya sehingga nak mengbukum penjara kepada pelajar! Jangan melampaulah pihak yang tamak!!!!

    annacomel

    kepada huzairimatsani..tahukah anda perkataan pilih kasih atau tidak adil? mengapa bantuan kepada ibubapa yang disalah guna tidak dipenjara? kepada remaja hukuman penjara atas kesalahan yang sama? bukankah remaja mengikut perangai ibu bapanya? tentu anda ibu bapa yang patut belajar PAFA semula barulah semaja akan ikut.saya tidak pernah mengatakan palajar itu tidak perlu dihukum cuma meminta hukuman biar adil dan sama rata.jikalau penjarakan mahasiswa itu kerana salah guna bantuan..penjarakan juga sesiapa sahaja menyalahgunakan bantuan kerajaan.termasuk bantuan subsidi seperti baja dan sebagainya. Cakap biar bijak supaya remaja boleh mencontohi..bukan hentam keromo sahaja. balik belajar kat sekolah!!!

    ani

    student sekarang perlu bersyukur kerana dpat bantuan drpd kerajaan lg, sya dlu blaja guna duit sendiri.. belajar2 bersyukur dgn pemberian org.. kalau x nak gunakn utk diri sendiri, gunakan kepada adik2 yg masih skolah..

    ny2012

    Alangkah baiknya jika bantuan RM100 dan RM500 pun diberi dlm bentuk Baucar, maka barulah ia mendedahkan kebenaran apakah yg akan dilakukan oleh penerimanya. Bukan hanya memandang kesalahan pelajar IPT semata-mata. Mungkin mereka ada sebab yang munasabah terpaksa melakukannya. Lagi pun jika pelajar ini dipenjara, ia cuma akan merugikan negara.

    temulat

    Secara logiknya, kenapa kupon ini diberi pada masa skrg? Kenapa tidak diberi pada awal perngajian dulu? Ada kepentingan peribadi ke? Perlu ke tangkap? Mcm student dah akhir tahun,dia nk gunakan buku untuk buat apa? Dari dia buang mcm tu. Baik dia jual. Mcm tu pun nak kena sebat ke?

    huzairimatsani

    kepada annacomel : pernah dengar tak perkataan amanah? kalau ibubapa yg salahguna bantuan takkan anda nak ikut? dah besar panjang, dah bole pikir..dah belajar sampai ke U, kalau benda jahat anda nak ikut better berenti jer la jadi student...anda ingat mane punca bantuan tu? tahu tak hukum ISLAM kalau amanah yang diberi disalahguna? hukum ape? pergi amik subjek PAFA balik!!

    esma

    Bagaimana pula kalau mereka yang dapat baucer berkenaan tapi tidak menggunakannya atau di koyakkan atau dibuang ? Adakah ia merupakan kesalahan jenayah. Emosi kita harus terkawal.........

    timulak71club

    remaja sekarang sudah tidak kenal erti bersyukur kerana tidak memanfaatkan pemberian baucer buku BB1M dengan sebaik mugkin yang diberikan oleh pihak kerajaan,demi memenuhi tuntutan nafsu sendiri ini merupankan satu gejala yang serius.Kerajaan perlulah menekankan masalah ini dari terus berlarutan sehingga ramai pelajar IPT mendapat keuntungan daripada hasil penjualan baucer buku yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada mereka.

    chiko

    dasyatnya hukuman itu,susah juga kan.mesti pelajar itu tidak tahu apa hukuman yang bakal menimpa ia selepas menjual.seelok-eloknya bagi baucar itu dan kemudian terangkan di umum apa yang akan terjadi sekiranya menyalah guna.jadi semua pelajar sudah sedia maklum.

    annacomel

    ini hsnys berksitsn drngsn nilsi murni dsn menunujukkan betapa rendahnya nilai murni yang ada pada remaja kita ketika ini. Hukuman begitu berat tidak patut dikenakan di atas kesalahan ini. banyak kesalahan lain yang lebi berat memerlukan hukuman seperti ini . Banyak juga kesalahan remaja lain yang amat memerlukan perhatian kerajaan. Mengapa ibu bapa yang mendapat bantuan RM100 dan RM500 menyalahgunakan bantuan itu tidak dihukumn demikian rupa?seolah-olah pilih kasih.Atau takut kehilangan sokongan? Paling penting ialah kita telah mengetahui nilai murni remaja telah pudar dan sepatutnya mengambil tindakkan wajar.terima kasih.

    Shukri Sahut

    Alhamdulillah. pemberian baucar ini membantu sebahagian pelajar berpendapatab perkapita rendah dan sederhana membeli bahan rujukan untuk kursus mereka. namun disebabkan beberapa masalah yg berlaku ini mohon kerajaan perlu memberi guideline atau panduan penuh terhadap baucar tersebut dan memastikan ia diberikan tanpa ada sebarang kepentingan terhadap pihak2 tertentu sahaja.

    mira lyea hanania

    bersyukurlah dengan pemberian kerajaan.....bagi saya rm200 x cukup..hihihi.....banyak buku and alat tulis boleh beli

    Full content generated by Get Full RSS.

    Berita Harian: MukaDepan

    Posted by Tanpa Nama

    Berita Harian: MukaDepan


    Tak guna istilah PFN kucar-kacir

    Posted: 25 Jan 2012 11:32 AM PST

    [unable to retrieve full-text content]PUTRAJAYA: Jabatan Audit Negara buat pertama kali semalam, menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah menggunakan perkataan kucar-kacir, 'in a mess' atau penyelewengan dalam keseluruhan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 berhubung projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) di Gemas, Negeri Sembilan.

    Forum seks Kelab Taat Suami kena serbu

    Posted: 25 Jan 2012 11:26 AM PST

    IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), semalam menyerbu sebuah banglo di sini yang dijadikan lokasi forum kempen Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam oleh Kelab Taat Suami (KTS) yang didakwa dianjurkan sempena sambutan Maulidur Rasul.

    Ketika serbuan, kira-kira 50 ahli KTS dan Global Ikhwan Sdn Bhd, iaitu syarikat yang ditubuhkan oleh bekas ahli kumpulan haram al-Arqam, tergamam apabila sepasukan anggota penguatkuasa JAIPk menyerbu mereka.

    Dalam serbuan kira-kira jam 4.15 petang di kawasan perumahan mewah di Persiaran Harimau itu, 10 anggota penguatkuasa JAIPk yang menaiki dua van merampas komputer riba dan poster berkaitan kempen berkenaan serta mengambil keterangan daripada peserta.

    Pengarah JAIPk, Mohd Yusop Husin, ketika dihubungi malam tadi mengesahkan serbuan itu dan pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.

    Namun, serbuan dipercayai ada kaitan dengan kempen yang dikatakan merendahkan kedudukan Nabi Muhammad SAW, selain mengelirukan orang ramai khususnya umat Islam.

    Siasatan juga bagi menentukan kegiatan kumpulan itu ada unsur-unsur Aurad Muhammadiyah kerana keseluruhan ahli KTS dan syarikat terbabit adalah bekas ahli al-Arqam, selain ada gambar besar pengasas kumpulan itu, Ashaari Muhammad yang telah meninggal dunia dalam premis berkenaan.

    Sementara itu, KTS menjemput wartawan untuk menghadiri persidangan media mengenai program yang pada mulanya dijadualkan pada waktu pagi tetapi ditunda waktu petang. Namun, sesi berkenaan bertukar kepada sesi soal jawab bersama Ahli Lembaga Pengarah Global Ikhwan Sdn Bhd, Ahmad Bakhtiar Ahmad dan Hamdan serta empat ahli KTS Perak.
    Ahmad Bakhtiar berkata, kempen itu bermula semalam sempena 1 Rabiulawal dengan acara kemuncaknya ketika sambutan Maulidur Rasul pada 5 Februari yang bertujuan menampilkan Rasulullah sebagai tokoh hebat yang perlu dicontohi dalam semua aspek, termasuk kemampuannya memuaskan hati semua 11 isterinya.

    Beliau berkata, kempen yang bermula serentak di sini, Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu juga mahu menghebahkan bahawa seks dalam Islam lebih hebat daripada seks yang dicanangkan oleh masyarakat Barat dan Yahudi.

    "Seks suci Islam harus dibezakan dengan seks haram yang dipelopori Barat dan Yahudi. Nabi (Muhammad) adalah insan yang sangat takut kepada Tuhan, jadi Allah bagi keistimewaan diberi tenaga manusia yang kuat dalam seks dan memberi layanan terbaik kepada isteri sebagai balasan kuat ibadat kepada Allah," katanya.

    "Jadi, kempen ini sebenarnya untuk menaikkan darjat Nabi sehingga ke taraf `superhero' dan menjadi contoh umat manusia, bukannya untuk merendahkan kedudukan baginda," katanya.

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    hamba Allah

    Kalau xtau apa isi di sebalik 'seks suci Islam',jgn cept buat ulasan sndiri..mmg seks islam dipndg hina org Islam sdiri.tpi seks sumbg,dsb xde pulk pndg mcm ni..xpn,dlm senyp2 smue mnyokong..buktiny,tgkla crite y ditayang dlm tv.filem mlayu pn da mcm barat.xkomen pulk..dunia akhir zaman dah dikuasai Yahudi.selamatknlah kmi sgera..mga dunia nmpak mne y benar,mne y salah!Ya Rsulullah,pasti ad hikmah semue ini..

    JJ

    bagi mereka chance, bagi mereka peluang...bagi mereka chance....

    idrisi

    salam sejahtera,,bg saya x salah mengetengahkan isu ini,,,kerana byk gejala sosial yg berlaku adalah disbbkan seks haram,,,golongan remaja2 kini mereka sudah pandai untuk mencuba2 seks haram aibat tidak ada ilmu tentang hubungan halal dan haram,,,bahkan ibu bapa sendiri pun malu untuk menyebutnya kerana kononnya ilmu seks ini sesuatu yg lucah,,,akibatnya dunia penuh dgn anak haram yg mati disana sini,,,ayuh cuba anda renung2kan...sekian

    airna azzeta bt abdullah

    Sebenarnya umat Islam mesti hebat dan kuat dalam pelbagai segi spriritual,fizikal,kerohanian minda dan kekayaan. Sebab itu rasulullah contoh terbaik sepanjang zaman dan jangan ambik sebahagian saja ketokohan baginda.Perbetulkan dan ikut sunnah yang benar dalam senua segi.

    MERCY

    wonder apa ahli2 KTS ni bincang setiap kali perjumpaan ahli. teknik2 terkini dan saling menunjuk siapa laki yang paling hebat? sengal..

    karmasutra

    wow.. dah mengalahkan karmasutra.. salute.

    filza

    kelab ni semua nak jadikan isteri yang taat dengan suami tak salah ape, kes cerai pon dah semakin berleluasa kat mna jabatan agama yang membantu selain kaunseling

    CARLOS

    gunakanlah AKAL dgn sebaiknya>>otak dan akal fikiran adalah ciptaan Allah utk manusia bfikir dgn sebaiknya...hal2 berkaitan seks ni jgn terlebih fikir dan. ikutlah yg mana digariskan dlm agama>>

    mat scull

    Hampak semua tak faham maksud 'Sek Suci Islam'. Tapi sebaliknya org2 Kristian pulak yg berminat!. Mrk hendak tahu apa disebalik kelebihan Sek Suci V/s Sek Makhruf yg k/o sangka halal tuu. Buktinya?. Org Putih sendiri tercari2 makna sebenar kehidupan seks suci. Akhirnya mrk terjumpa dalam Global Ikhwan!. Bacalah tinjauan mrk dlm http://heliconia.wordpress.com/2012/01/26/gereja-evangelical-juga-mula-memperjuangkan-seks-suci/#more-7709

    Mat Luwi

    Tahniah KTS. Sepatutnya tidak ada masalahnya dengan forum sebegini. Sesuai dengan zaman sekarang suami/isteri yang tidak tahu banyak tentang adab seks dalam Islam.

    nur iman

    lebih baik anjur cara macammana nak didk anak,
    nak tingkatkan ekonomi rumahtangga dan hal-hal lain yang lebih penting....heran betul depa ni tapi benar-benar berlaku...

    azlaidi

    Dunia akhir zaman.muzakarah iman amal.bagaimana seluruh umat dapat taat perintah Allah ikut sunnah Nabi s.a.w.

    mat

    kalu dikatakan manusia ini dah bertamaddun atau berpendidikan tinggi tetapi pemikiran masih lagi orang zaman jahiliah yang tidak tahu menilai sesuatu itu betul atau tidak. Orang kita sekarang ( ISLAM ) dah terlalu uptodate kononnya dan sanggup menimbulkan isu-isu agama sendiri. Orang lain tepuk jangan melihat gelagat kita mempergunakan agama untuk kepentingan segelintir individu. Taubatlah. Mohon diambil tindakan yang tegas oleh jabatan agama.

    Rayyan Al Jibry

    hanya orang y x berilmu & cetek pemikiran yang akan membincangkan perkara ini (dari sudut ini)...

    maya mirra

    Dunia benar2 akhir zaman..dlm byk2 sifat mulia Rasulullah S.A.W, kenapa bab ini yg menjadi fokus utama..semoga umat islam di dunia ini khususnya di Malaysia kembali bertaubat dan beribadat ke jalan Allah..

    skyGun

    beri tindakan yg berat pada kepala die tu.ini ketua kasi buang negara je. memalukan islam.org2 seperti ini sentiasa mencari idea2 bodoh tahap haiwan demi kepentingan sendiri.

    NAR

    Isu seks tidak perlu didiskusi secara awam dan di khalayak ramai.seks hanya antara suami dan isteri,tak perlu kempen serata alam,siap nk ada tokoh bagai..takde akal ke? dh takde keje nk buat ke? bawa2 la bertaubat, skang dh akhir zaman, jangan terpesong akidah..tetapkan iman,kuatkan pendirian,kita org Islam,jangan memalukan Islam

    roslan abd rashid

    Semakin karut depa ni.. Tidakkan lebih drastik harus diambil...

    roslan lan

    macam-macam dalam malaysia ni, belum lg habis satu kes, satu lg dah timbul..hairan-hairan....

    ikmal

    manusia jahil akan membuat penyimpanggan demi untuk kepentingan sendiri dan kumpulan. dah akhir zaman...semoga Allah memelihara manusia yang masih sedar, masih berpegang pada yang benar

    amir

    Ini golongan manusia berjalan mengunakan kepala, kaki ke atas, bahaya dan merosakan kesucian Islam. Mohon kerajaan bertindak segera golongan ini, kalau dibiarkan makin ramai yang terpengaruh ini kumpulan ini.

    kuda kepang

    daripada sibuk2 berforum tentang seks suci Islam, lebih baik bermuzakarah tentang iman dan amal. itu lebih penting lagi.

    Cinta Damai

    banyak lagi kelebihan Rasulullah a.s. yang lain yang boleh kita contohi, mengapa perlu mengambil dari sudut ini? ke mana hilangnya kesopanan dan kesantunan perempuan-perempuan dalam Global Ikhwan ini? adakah mereka terlalu 'gersang' sehingga perlu mencanang seantero Malaysia tentang kehebatan Rasulullah a.s. dalam aspek ini? gunakanlah kewarasan dan kematangan fikiran, jangan menyinggung perasaan umat Islam yang lain yang menyanjung tinggi ketokohan Rasulullah a.s., pihak berkuasa perlu memberi perhatian serius dalam hal ini!

    Full content generated by Get Full RSS.

    Berita Harian: MukaDepan

    Posted by Tanpa Nama

    Berita Harian: MukaDepan


    Lelong baucar buku di internet

    Posted: 23 Jan 2012 09:20 PM PST

    PUTRAJAYA: Jika sebelum ini ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah, kini ada yang menjualnya secara terbuka dengan potongan harga istimewa menerusi internet.

    Berita lanjut dapatkan naskhah Berita Harian hari ini.

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    lusoh

    kan lebih baik jika voucher itu dapat digunakan sampai kemasukan untuk semester depan. Lagipun, boleh dikatakan semua pelajar sudah membeli buku untuk semester ini. Jika voucher itu tidak digunakan bukankah membazir nanti jika voucher itu tidak digunakn langsung...

    Bagi voucher hujung sem, pastu ada tarikh luput pulak. Memang la beli je apa yang boleh dibeli. Sekurang-kurangnya boleh menaikkan tabiat membaca.

    ckg tg krg

    itulah kesannya bila bg bantuan pada golongan yang selalu berkata " org dah bagi, amik lerr...bkn duit dia pn,duit rakyat..."

    Kerajaan dah beri, disalah guna. Itu ler sikap pelajar masakini... Bial tak dapat, sisalahkan kerajaan, bila dah beri dijualnya pulak. Seolah2 tidak hargai pemberian tersebut. Saya cadangkan setiap voucher jika hendak diberi perlu di cetak nama/no kad pengenalan pemilik voucher. Tidak sah jika digunakan oleh orang lain. Jgn kompromi dalam hal ini.

    biasalah itu tabii orang melayu, bila tak bantu salahkan kerajaan, bila nak sedar.........

    anita

    memang benar. boucer diberi pada tarikh yang tidak sesuai. buku semua sudah dibeli. Jadi baik gunakan untuk wang perbelanjaan harian dari membeli novel2 yang tidak berguna. Itulah akibat tidak membuat homework apabila melaksanakan ape2 pemberian kepada rakyat

    Faizal

    Salam. Saya rasa isu voucher ni memang bnyk timbulkn mslh... ada baiknya jika pemberian wang tunai olh Gov untuk kgunaan pengajian dan pembelajaran akademik.xsemestinya nak beli Buku.. cth: Camera,Mp3 REC,Top Up yuran Pengajian. klu nak guna voucher just beli buku pun ada baki kdi BUKU xkan pulang duit betul kan? if ada baki RM20 msti mrk tapau semua!! mgpa sek Rendah Gov bg tunai RM100? knp IPTA/IPTS diberikan voucher? sy rasa ada baiknya klu gov bg Tunai kpd IPTA/IPTS! Golongan ni lbh tahu untuk menggunakan wang tunai xsmstinya kpd KEDAI BUKU. klu nak kata pengaliran wang dlm negara akan terjejas?? klu guna tunai peniaga semua akan dapat rasa pngaliran wang dlm negara kan? bukan setakat KEDAI BUKU.. Soal Lelong BB1M ni sy rasa mrk xslh krn mrk ada hak masing2. kelengkapan buku untuk stdy dah sedia ada mayB nak beli keperluan/ kegunaan lain lg.. xkan nak BG FREE dgn KDI BUKU??? klu korang d bg Pilihan BB1M(Voucher) VS TUnai sy rasa 99% akan Pilih TUNAI. kerana tunai lebih Mudah compare dgn Voucher!!! dgn Tunai pun bukan XBoleh Beli BUKU/keperluan akademik.. jd saya rasa memang wajar dan Xsalah pun..

    myfriend69

    Siasat... blacklist nama dia org.. jgn bagi depa ni kerja di Msia..

    RAFAIE BIN ISMAIL

    Insiden begini berlaku atas banyak sebab.Selain kelemahan diri dan tuntutan keadaan.Sebilangan pelajar berbuat demikian mungkin ada benarnya seperti kata adi fazli.Realitinya setiap benda yg percuma sering tidak berharga di mata misalnya pemberian buku teks percuma mencipta banyak masalah bg sebilangan pelajar untuk menghargainya.

    MOHD SUDI B. MAD SIUL

    ala...memang tidak patut

    edaiz

    1st, saya selaku pembayar cukai yg duit tsebut digunakan oleh budak2 utk baucar tu, sgt marah dgn situasi ini. kerajaan sepatutnya berkolaborasi dgn pihak KPT bg menyelaras tarikh kemasukan dgn pemberian baucar. bagi masalah skg ni, lanjutkan tarikh sah baucar berkenaan agar dapat digunakan untuk kemasukan semester akan datang.pegawai kerajaan janganlah kerja separuh jalan (half cook).kamu tu di bayar gaji utk selaras benda ni, jangan main tangkap muat je

    Fauzi Seman

    Rasanya sesetengah pelajar di IPTA/IPTS lebih memerlukan Voucher Tunai. Setengahnya telahpun membeli buku lebih awal lagi yang boleh digunakan sehingga tamat tempoh pengajian. Dengan Voucher Tunai, mereka boleh membeli buku-buku yang berkaitan. Kalau dah tahu kos mencetaknya terlalu tinggi, sepatutnya kepentingan dan keperluan Voucher Buku berbanding dengan Voucher Tunai perlu difikirkan terlebih dahulu. Jangan sebab PM kata nak bagi habuan pada pelajar, pakai tibai saja tanpa memikirkan 'releven' ke tidak cara pemberian Voucher tersebut. Apabila Voucher tersebut 'digadaikan' oleh pelajar dengar harga yang murah, siapa yang rugi dan siapa pula yang mengutip habuannya. Matlamat pemberian tak akan sampai sepenuhnya.

    annacomel

    Apabila pelajar tidak mementingkan buku...mereka lebih mementing barangan peribadi yang lain,inilah hasilnya..boleh juga kita buat kesimpulan mudah ,pelajar universiti pun tidak boleh menfaatkan bantuan ini apatah lagi bantuan lain seperti rm100 dan rm500 yang diterima oleh bukan pelajar universiti yang dianggap agak cerdik.. harap-harap segelintir sahaja pelajar berfikiran saperti ini.

    adi fazli

    Salam..sy plajar ipts dan tlh mnerima voucher rm200 brkenaan.masalah yg berlaku ialah ramai pelajar telah membeli buku trlbh dahulu dsbbkan pmberian voucher yg tidak kena dgn tarikh kmasukan plajar.

    Jadi, rsanya tidak salah jika pelajar mnjual voucher trsbut dgn harga masing2 sbgai alternatif menggantikan semula wang yg tlh dgunakan utk mmbli bku dan alat tlis pd awal kemasukan semester baru..skadar mmbrikan pndpt

    Full content generated by Get Full RSS.

    Polis naik lori lembu cekup 16 kaki judi

    Posted: 23 Jan 2012 09:06 PM PST

    MukaDepan

    ANGGOTA polis memeriksa  wang tunai yang dirampas di sebuah rumah  di Pekan Nanas, Pontian, awal pagi semalam.

    ANGGOTA polis memeriksa wang tunai yang dirampas di sebuah rumah di Pekan Nanas, Pontian, awal pagi semalam.

    PONTIAN: Polis menggunakan lori lembu bagi mengaburi kaki judi sebelum menahan 16 kaki judi yang sedang leka berjudi 'See Ngo Lak' dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan pusat perjudian, di Lorong A-13, dekat Pekan Nanas, awal pagi semalam.

    Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi itu, kehadiran 10 anggota Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap, Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Johor yang bersembunyi dalam kenderaan tiga tan itu mengejutkan kaki judi hingga ada di antara mereka cuba meloloskan diri.

    Bagaimanapun, tindakan cekap polis yang mengepung kediaman itu terlebih dulu berjaya menahan semua kaki judi, walaupun berlaku sedikit pergelutan dengan anggota polis sebelum mereka merayu dilepaskan kerana bimbang akan dimarahi keluarga jika pecah tembelang. Hasil aduan orang ramai dan maklumat risikan itu, polis merampas RM40,000 wang taruhan, 140 cip pelbagai nilai, tiga biji dadu, satu mangkuk kecil dan kertas putih.

    Pegawai Turus D7 Johor, Deputi Superintendan Mohammad Abd Hamid berkata, polis turut menahan seorang lelaki berusia 50-an dipercayai pemilik rumah terbabit kerana disyaki menjadi penganjur selain menjadikan kediamannya sebagai pusat perjudian haram.
    Katanya, pihaknya turut merampas kerusi dan meja yang kemudian dibawa ke Balai Polis Pekan Nanas untuk dijadikan bahan bukti kes.

    "Kita percaya pusat judi ini baru beroperasi sejak seminggu lalu bagi membolehkan kaki judi mencari duit lebih sempena perayaan Tahun Baru Cina, malah pertaruhannya juga membabitkan jumlah yang besar.
    "Semua kaki judi berusia antara 19 tahun dan 55 tahun dibawa ke Balai Polis Pekan Nanas untuk siasatan lanjut kes berkenaan," katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaan.

    Mohammad berkata, semua kaki judi itu akan direman bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

    Justeru, katanya, pihaknya akan meneruskan operasi seumpama dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan judi haram. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan terbabit diminta menghubungi talian hotline IPPK Johor 07-2212999.

    Full content generated by Get Full RSS.

    Raja Alias

    Segamat

    Kuantan

    G. Musang

    Trolak

    J. Bahru

    Terengganu

    Mempaga

    A. Setar

    Jengka

    Sahabat