{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Hasan Ali digugur

Posted: 13 Jan 2012 02:28 PM PST

MukaDepan

Watikah pembatalan pelantikan akan dihantar pihak istana Selangor

SHAH ALAM: Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dipecat daripada PAS baru-baru ini tetapi enggan melepaskan jawatan EXCO Kerajaan Negeri Selangor secara sukarela, digugurkan daripada jawatan itu oleh Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Watikah memaklumkan pembatalan pelantikan beliau akan dihantar oleh pihak istana kepadanya tidak lama lagi, manakala pelantikan EXCO baru disempurnakan di Istana Bukit Kayangan, di sini pada Rabu depan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkannya semalam, berkata Sultan Selangor turut menurunkan kuasa kepadanya untuk melantik EXCO baru bagi mengisi portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. "Memandangkan Hasan bukan lagi ahli PAS, saya membuat keputusan bahawa Hasan tidak lagi boleh menjadi ahli EXCO dan menasihati Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau," katanya pada sidang media khas di sini.

Ditanya sama ada mempunyai calon pengganti, Abdul Khalid berkata, kerajaan belum memperoleh nama secara rasmi daripada PAS dan satu perjumpaan dengan PAS Pusat akan diadakan dalam tempoh dua hari ini.

Namun, di kalangan pemimpin PAS, termasuk Dewan Pemudanya mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abd Rani Osman yang juga Pesuruhjaya PAS negeri menggantikan Hasan, selaras dengan statusnya pemimpin PAS Selangor. Selain, Dr Rani, ADUN PAS adalah Saari Sungib (Hulu Klang) yang juga Ketua Penerangan PAS Selangor Dr Shafie Abu Bakar (Bangi), Khasim Abdul Aziz (Lembah Jaya) dan Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang).

Mengenai surat peletakan jawatan, Abdul Khalid berkata, Hasan hanya menulis surat permohonan untuk bercuti dan sehingga sekarang belum menerima surat peletakan jawatan.
"Hasan perlu menyerahkan kembali kemudahan yang diterimanya sepanjang berkhidmat sebagai EXCO dan ini prosedur yang perlu diambil kerana beliau tidak lagi layak menerima sebarang keistimewaan," katanya.

Terdahulu, Abdul Khalid tiba di Istana Bukit Kayangan pada jam 10 pagi bagi menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memberi taklimat mengenai pelucutan jawatan Hasan sebagai EXCO dan dilihat meninggalkan istana jam 11.15 pagi.

Ahad lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pemecatan Hasan berikutan tindakannya yang didakwa menyalahi dan merugikan parti berdasarkan kepada Fasal 82(9) perlembagaan parti.

Hasan sebelum ini dianggap sebagai 'ancaman' kepada PAS berikutan kenyataannya secara terbuka mengkritik perjuangan parti itu yang dianggap tersasar daripada landasan perjuangan asal parti, iaitu mendaulatkan Islam.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Mizi Abdul

Bersabar Datuk perjuangan kita untuk Islam bukan sekadar melalui politik shj...tanpa politikpun kita masih berjuang untuk ISLAM..InsyaALLAH

Shaiful

memamng mereka sengaja mmenolak Dr Hasan Ali di sebabkan ketegasan dia menegakkan panji-panji Islam. Ini adalah kezaliman mereka, tidak memberi ruang Dr Hasan Ali membela diri, tidak memeberi peluang untuk membuat rayuan.

Zulhainan Hamzah

Manusia Ooo! Manusia....sudah lupa kah janji-janji kita pada Nya..Kita semua sedang diperhati dan dicatatkan apa yang kita lakukan..kelak nanti akan dibentangkan apa yang kita lakukan bila tiba masanya...kita dengar, tahu, paham, percaya tapi macam tak yakin (beriman). Ingatlah..bermusafir la di bumi dan perhatikan apa yang telah dilakukan Nya terhadap orang-orang yang zalim.

mohd,. nazri

org yg bersuara yg lantang pasti akan di gam org yg yg tak boleh menerima komen.ape pun say sokong tindakan dtk hasan,memperjuang kan hak or islam

mohd hamdan

Datuk Dr. Hassan Ali telah menjalankan tugas beliau dgn baik....JAIS adalah badan yg bertanggungjawab utk menjaga hal ehwal berkaitan agama islam...apa yg telah dilakukan oleh JAIS selama ini harus dipuji bkn dikeji....Saya tertarik dgn komen arahman...beliau hny menimbulkan soal isu gaji....sepatutnya timbulkan apa yg harus dibuat bg meningkatkan syiar islam di negeri selangor, kegiatan memurtadkan org islam dan bagaimana hendak menarik minat anak2 muda sekarang utk berdakwah...bkn gaji saja...

asai

politik politikus..... disebabkan nk jaga perasaan kawan baru... kawan lama dijadikan musuh!

Mustakim

Bila mana parti yang sepatutnya membela Islam telah menolak insan yang benar-benar berjuang untuk Islam akibat bertegas isu arak, murtad dan HIMPUN demi menjaga hati rakan-rakan lain didalam Pakatan.

roslan lan

siapa pun penggantinya, mestilah memperjuang agama islam dgn baik...

Suhaimi

Dtk Hasan harus bersabar dgn ujian ini lg pun tak lama lagi giliran dia org pulak pulak,rakyat Selangor akan buktikan nanti.

Abdul Rahman Misbaha

Dimanakan letaknya keadilan.Sepatutnya Kerajaan Selangor berbincang dahulu dengan Datuk Dr. Hassan barulah ambil tindakkan susulan selepas pertemuan itu.Budi bicara perlu ada.Inikah caranya dan kaedah untuk menawan Putrajaya yang hendak diperjuangankan dalam PRU13 nanti?.

arahman

Eloklah kalau Hasan diganti kerana beliau sudah tidak mewakili parti. Diharap kemelut poltiking dalam parti dan kerajaan Selangor akan selesai. Kepada pengganti beliau fokus kepada tugas dan amanah yang diberi 'kurangkan politiking'. Banyak isu mengenai JAIS yang tertangguh seperi Isu gaji Guru-guru DG29 JAIS yang tidak dapat kenaikan 'Time Base' lebih 5 tertangguh tanpa khabar berita dan banyak lagi isu.


Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat