{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Belanjawan utamakan rakyat

Posted: 04 Oct 2011 12:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, Jumaat ini, akan mengimbangi kepentingan negara dan keperluan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Perdana Menteri berkata, strategi itu bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dapat dibantu dan ekonomi negara terus kukuh berikutan kemungkinan berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan kenaikan kos serta harga barangan.

"Kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai aktiviti bagi meringankan beban golongan ini, seperti bantuan kewangan, subsidi, insentif, bantuan latihan, kemahiran, perkhidmatan kesihatan dan perumahan.

"Kerajaan yakin semua inisiatif yang akan diumumkan pada Jumaat ini akan dapat menangani kesulitan golongan pendapatan rendah dalam cabaran persekitaran ekonomi yang sangat hebat," katanya menjawab kebimbangan beberapa Ahli Parlimen mengenai strategi Malaysia menghadapi kemelesetan ekonomi pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Dewan Rakyat yang bermula semalam.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memastikan ekonomi negara terus kukuh dengan melaksanakan langkah mengurangkan beban rakyat dan merancakkan penggunaan domestik.

Terdahulu, Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) meminta kerajaan menyatakan langkah yang diambil bagi memperkukuh Malaysia terhadap kemerosotan ekonomi dunia.
Najib yakin prestasi ekonomi negara akan terus berkembang, walaupun berhadapan ketidaktentuan persekitaran negara luar, termasuk kelembapan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat, krisis hutang kerajaan di Eropah dan inflasi akibat peningkatan harga komoditi.

"Namun kesan ini dijangka memberi impak minimum memandangkan kekuatan daya tahan dan asas ekonomi yang mapan dan perancangan kerajaan dalam memastikan ekonomi kekal kukuh.

"Dalam tempoh separuh pertama 2011, dengan persekitaran yang mencabar, termasuk gangguan bekalan akibat gempa bumi di Jepun, ekonomi negara mencatat pertumbuhan 4.4 peratus dan dijangka lebih baik pada separuh kedua," katanya.

Najib berkata, perbelanjaan penggunaan dijangka mencatat pertumbuhan kukuh berikutan peningkatan pendapatan hasil harga komoditi yang kekal tinggi dan prospek pekerjaan yang stabil.

Katanya, pelaburan swasta juga dijangka terus cergas dirangsang peluang perniagaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP), inisiatif kerajaan menarik pelaburan, liberalisasi ekonomi, penswastaan syarikat milik kerajaan, pengkorporatan MIDA dan penambahbaikan berterusan sistem penyam-paian kerajaan.

"Prestasi ekonomi rantau Asia juga dijangka terus positif dan berkembang pesat seperti China, India dan Indonesia serta mengimbangi kelembapan ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

org bersara

tak payahlah di naikan pencen hg 60 tahun tak larat dah nak bekerja penyakit dah datang rambut dah uban mata dah kebur telinga pun dah kurang dengar berilah peluang2 kepada anak2muda yang baru keluar u nak bekerja jangan ujud banyak penggangguran di kalangan mereka kita yg dah bersara dah cukup dgn bonos pencen gunakan masa yg ada untuk amalan bekalan di akhirat yg selama ini terabai dgn tugas2 janganlah tamak sangat fikirkan diri sendiri nak kerja sampai mati kesihan anak muda yg ramai mengganggur itu .Itulah satu punca penyebab kpd jenayah mencuri dsb kerana mereka tiada duit pohon kerja tak dapat sibuk dgn org tua2 yg tamak nakkerja cari duit lagi...

mama

harap belanjawan 2012 dapt naikkan sikit gaji pt N22 dan ada beza dengan pt22(KUP)

Fatimah

Harap kerajaan membuat pelarasan gaji dan bonus mengikut gred, sepaya belanjawan dapat dijimatkan dan tiada jurang yang terlalu tinggi antara berpendapatan rendah dengan yg berpendapatan tinggi....

antiASTRO

astro tolong turunkan harga.sekian dan terima kasih.

waleno

Kalau terlalu murah hati, ramailah rakyat yang tak mahu belajar jauh-jauh. Tahun 6 atau PMR dah lega. Gaji RM 1000-1500.Kalau diberi gaji minima, yang dah bekerja 1 tahun ke atas harus diberi kenaikan 10-30% sekurang-kurangnya. Yang dah berkhidmat 10 ke atas diberi bonus 1500-2500. Dan kawallah kenaikan harga barang. Ingatkan juga pekerja swasta atau petani.

cola

langkah yg plg bijak adalah menurunkan harga brg supaya rakyat tak terbeban. jgn hanya belanjawan ini nanti memberi keuntungan kepada golongan tertentu tetapi rakyat masih mederita dgn bebanan kenaikan harga barang.harap2 juga ada pengumuman kenaikan gaji untuk kakitangan awam dan GLC.

NORDIN BIN VARSEH ISMAIL

Saya melahirkan tanda penghargaan kepada kerajaan kerana telah menjaga kebajikan rakyat dengan baik selama ini. saya juga bersyukur dengan gaji yang diterima selama ini. Soal tidak cukup tidak timbul kerana pada pendapat saya kebanyakan masyarakat terlalu taksub kepada keinginan dan bukannya kepada keperluan. Terima Kasih Kerajaan

junyn79

cuba lah gaji yang dinaikkan utk org yng berpendapatan rendah dan sederhana saja... Yg tinggi tu...tak payah lah kan..nanti gaji makin tinggi pulak....

nuzilah

mohon pm umumkan kenaikan gaji yang berpatutan.orang seperti kami bukan bergaji tinggi,adahalanya ada yang sampai berhutang kerana desakan hidup...mohon pm kenaikan gaji dapat dilaksanakan (cth gred 1 hingga 40 kenaikan 40%,gred 41 ke atas 30% )kerana tiada bezanya sekiranya kenaikan itu sama,yang makin kaya,kaya la dan kami yang kicil ini seakan tertindas.

KAPCAI

Seperkara lagi. kami yang pakai motosikal sekarang ni dibebani insuran yang melambung...dulu RM34.00 sekarang RM200.00..kerajaan potong roadtax dia orang naik insuran pula.. Harap DSN pandang berat perkara ini. tk

d0d0l

naikkan cukai rokok, arak & judi. tapi lebih afdal jika tutup terus kilang rokok, kilang arak & pusat2 judi seperti di kasino genting highland tu!

zila

harga barang,harga hartanah perlu dikawal oleh kerajaan supaya tidak membebankan rakyat.kenaikan gaji kesannya sama sja apabila harga barang tidak dikawal. Sumber dan hasil dalam negara perlu ditingkatkan dapat menimbangi perbelanjaan rakyat

christiviana raimon

saya berharap PM dapat mengumumkan tidak akan ada kenaikan harga di pasaran semasa kenaikan gaji pekerja. contohnya elaun jahitan kaki tangan kesihatan dinaikkan dari rm300 kepada rm690. Sebelum ni kami dapat menyediakan 3 atau 4 pasang uniform sahaja. jadi selepas kenaikan kami berharap agar dapat menyediakan 5 atau 8 pasang uniform. tetapi jika tukang jahit naikkan harga jahitan lebih dari harga kenaikan minyak.apalah guna kerajaan naikkan elaun. bayangkan harga minyak cuma naik 20 sen, 30 sen tetapi kedai jahit pakaian naikkan harga jahitan sampai berpuluh-puluh ringgit. harap PM dapat umumkan tidak akan ada kenaikkan harga jahitan yang terlampau.

anak kedah

kepada kerajaan naikkanlah gaji semua kakitangan ini kerana kos sara hidup sekarang semakin meningkat belum lagi belanjawan 2012 debentangkan kos rumah dah naik 20% ni.selain itu jugak selaraskan skim elaun cola menjadi samarata tidak mengira tempat ini kerana kos sara hidup sekarang adakah naik mengikut negeri ke luar bandar ke?saya raya tidak kerana harga barang naik semua sekali lebih tepat sekali "satu malaysia " semua naik.harap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan semula skim gaji dan elaun cola dan semoga dimurahkan rezeki.....

mac

diharapkan apa yang di maksudkan oleh PM benar2 akan memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah,apa2 apa pun kenaikan gaji dan pemberian bonus adalah amat2 di alu-alukan oleh golongan ini,justeru dgn itu juga harga rumah kos rendah juga perlu di ambil perhatian....ini untuk menjamin kepada kehidupan yang selesa....

amron

gaji naik pun tak memberi impak sebab harga barang sudah pasti akan naik. Belum naik gaji,harga barang pun sudah naik

herol

sokong "rakyat sederhana".. golongan sederhana mmg golongan yang diabaikan..semua usaha sendiri dan tiada bantuan.yang berpendapatan rendah dapat rumah bantuan.. yang sederhana kene membelinya dengan harga tinggi.. jika terlalu byk bantuan,bekerja(byr hutang pnjaman) = x bekerja(bantuan kerajaan)

isha

harap pihak kerajaan dapat mengawal kenaikan harga barang sebaiknya...

herol

BAGUS JUGA KERAJAAN MEMBANTU GOLONGAN YANG BERPENDAPATAN RENDAH TETAPI ADA SESETENGAH GOLONGAN YANG BERPENDAPATAN RENDAH INI TIDAK MAHU MAJUKAN DIRI@BEKERJA KERANA BANTUAN DARI KERAJAAN TERLALU BANYAK,YANG MAMPU BEKERJA UNTUK SARA ANAK BINI PUN HANYA RELA DUDUK RUMAH GOYANG KAKI KERANA MENGHARAPKAN BANTUAN,TERMASUK MENDAPAT RUMAH FREE,BANTUAN ANAK SEKOLAH,BANTUAN BULANAN,DUIT RAYA DLL.. YANG AKAN MERASAINYA IALAH GOLONGAN BERPENDAPATAN SEDERHANA RENDAH DAN TIDAK MENDAPAT BANTUAAN APA2.. KENA BEKERJA DAN TERUS BEKERJA UNTUK MENYARA KELUARGA.NEGARA TIDAK AKAN MAJU DENGAN RAMAI MASYARAKAT YANG MALAS DAN HANYA DIMANJAKAN DENGAN BANTUAN..BAGI YANG BENAR2 TIDAK MAMPU SEPERTI IBU TUNGGAL,OKU,WARGA EMAS MMG PATUT DIBERI BANTUAN...

Abdul Raja Hj.masaala

diucapkan terima kasih kerana mempunyai pm yang memahami masalah rakyat, semoga langkah yang dilaksanakan oleh pm mengurangkan permasalahan rakyat berjalan dengan baik

razak kojek

naik gaji mana sekali pun klau pengurusan kewangan tak betul dlm diri seseorang, mmanglah tak cukup

razak kojek

dalam keadaan spt ini,biarkan saja pm umumkan belanjawan dahulu,YAB Dato lebih arif dalam mengatasi masalah rakyat,sape2 pun nak buat tuntutan gaji.....bukan kita sorang aje yg keje dgn kerajaan...

arep

langkah yg bijak dimana mengutamakn rakyat dari segi kenaikan gaji@pendapatan..tapi biarlah seiring dengan keseimbangan harga barang..ini kerana kitaran ekonomi secara asas, pendapatan naik menyumbang kearah kenaikan pendapatan kerajaan melalui perbelajaan..:)

hang menanti

diharapkan pm umumkan kenaikan gj n mengawal kenaikan harga barang..agar barang tidak di naikan kerana kalau gaji naik barang naik sama saja mcm gj tak naik...

kutokata

Belum bentang belanjawan kos harga rumah dah nak naik 20% , apa tahlagi barang lain , sampai tua dudok rumah kerajaan kerana kos harga nak beli rumah yang tak munasabah.barang-barang lain gerenti naik punya , kira-kira balik belanja bulanan silap-silap lagi teruk sebelum naik gaji.

Helen Upak

harap agar gaji kakitangan dapat diselaraskan bagi gerd gaji di bawah rm1000, akan dinaikkan kepada 30% dan dapat di berikkan bonus pada bulan December 2011 utk belanja persekolahan.

Rakyat Sederhana

patutnya kerajaan fikirkan juga golongan berpendapatan sederhana.. jangan hanya memikirkan golongan berpendapatan rendah.. orang berpendapatan rendah banyak dapat bantuan.. yang pendapatan sederhana ni nak beli rumah pun tak mampu sebab gaji lebih sikit daripada skala pendapatan rendah.. kalau difikirkan, kami yang berpendapatan sederhana ni lagi terhimpit sebab syarat-syarat bantuan dan kewangan lebih kepada yang berpendapatan rendah dan tinggi sahaja.. fikir-fikirkanlah..

ahlam maw taw

terima kasih kerajaan.... walaubagaimanapun, harap Skim pencen sampi 60 tahun itu hanya opsyen pilihan dan bukan opsyen wajib pencen. kalau la dikekalkan penjawat awam wajib pencen pada usia 56 tahun, dan sesiapa yg masih mampu berkhidmat boleh memilih pencen pd usia 60 tahun, ini adalah kerana, bukan semua manusia ini yang sihat tubuh badan & akal fikiran sepanjang masa... papepun, All da best!

anak seni kampung

semoga belanjawan yg akan dibentangkan jumaat ini memeberi nafas lega khususnya kami k/awam. kos sara hidup yg makin meningkat tidak selaras dengan pendapatan yg diterima. tambahan kepada keluarga yg besar semuanya memerlukan sumber yg besar. kadangkala terpaksa mencari duit tepi untuk menampung keperluan ....

ahlam maw taw

terima kasih kerajaan.... walaubaigaimanapun, harap Skim pencen sampi 60 tahun itu hanya opsyen pilihan dan bukan opsyen wajib pencen. kalau la dikekalkan penjawat awam wajib pencen pada usia 56 tahun, dan sesiapa yg masih mampu berkhidmat boleh memilih pencen pd usia 60 tahun, ini adalah kerana, bukan semua manusia ini yang sihat tubuh badan & akal fikiran sepanjang masa... papepun, All da best!

Penoreh getah

harap-harap kerajaan perihatin dengan bidan-bidan atau jururawat mesyarakat diluar-luar bandar diberi perhatian dengan pemberian kenaikan gaji dan pangkat sebab mereka juga memberi peranan pembangunan negara.Rakyat sehat negara sehat.

orangkecil

Tahniah PM! Semestinya rakyat perlu diutamakan. Harapan, belanjawan yg akan dibentangkan akan memberikan impak positif kpd semua lapisan rakyat M'sia.

khairulhadi ab aziz

tahniah , atas prancangan yang baik pm untuk masa depan negara malaysia. Tapi adalah lebih jika ada peruntukan elaun bagi golongan isteri yang tidak bekerja kerana terpaksa berkorban menjaga anak dan keluarga.

MasturJaafar

Harap PM dapat memberi keutamaan sekaligus mencari penyelesaian kepada isu-isu berikut:peluang pekerjaan khususnya lepasan universiti, harga rumah terutama d Lembah Kelang yg melambung tinggi,harga barang keperluan yg sentiasa naik dan pembiayaan kesihatan bagi wargaemas. Sekira isu-isu ini dpt dibendung, saya yakin rakyat akan sentiasa berada di belakang pimpinan kerajaan yg memerintah.

M Ridzman

Harap utamakan rakyat dan berharap banyak lagi cukai2 akan dimansuhkan. Gaji pon kene diselaraskan semula seiring dgn keadaan ekonomi semasa negara.

mohd fauzi ismail

saya sbg penjawat awam amat setuju apa yang akan dilakukan oleh kerajaan dlm menangani masalah ini khususnya kakitangan berpendapatan rendah. Saya berharap bagi skim pinjaman perumahan dpt dikurangkan dari 4% kepada 1% atau 2%

apai malouda

harap gaji kakitangan kerajaan dinaikan setaraf ngan kos sara hidup... dan juga kakitangan kerajaan dapat bonus.. sbb da berapa tahun bonus x merasa...

Yangretibase

Tahniah PM Najib kerana membentangkan belanjawan rakyat. Dan tolong jangan sekali-kali dipedulikan sangat yang sorang tu!

Mohd Nasir Muhamad

Saya memang tidak setuju dengan cadangan CUEPAC untuk meningkatkan umur bersara kepada 60 tahun. Walaubagaimanapun, jika ia berjaya, saya berpendapat supaya pekerja yang ingin menyambung kerja sehingga 60 tahun perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dihospital kerajaan. Sekiranya seseorang pekerja mengalami sakit kronik seperti buah pinggang, adalah tidak wajar beliau dilanjutkan sehingga 60 tahun. Ini kerana semasa beliau menjalani hemodialisis, tempat beliau akan diganti oleh orang lain. Dipihak kerajaan pula kerugian atas gaji yang dibayar penuh sedangkan pekerja tersebut tidak produktif. Terima kasih

Roti Planta

Umumkan dulu baru rakyat boleh membuat pertimbangan samada kerajaan ini benar-benar prihatin dengan keperitan rakyat bawahan. Tindakan media membuat propaganda awal boleh membawa padah kepada kerajaan sekarang sekiranya belanjawan yang diumumkan nanti hanya indah khabar dari rupa. Pasti rakyat akan kecewa setelah diberi harapan yang tinggi.

ibrahimzeman

Berpendapatan sederhana or tinggi....adalah perkara yang sukar ,sebab setiapkali gaji pekerja naik,cepat lagi harga barangan naik.Macamana hendak berbelanja dengan situasi yg sedemikian.Gaji naik RM50/- harga barang naik seluruhan dinaikkan..baik gaji xpayah naik tp harga barangan diturunkan.sama-sama tunggu kenaikkan barangan selepas bajet jumaat nanti..

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat