Berita Harian: MukaDepan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 04 Oct 2011 07:22 PM PDT KUALA LUMPUR: Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghadiri siri dialog bersama Kementerian Kewangan sebelum ini berharap kerajaan dapat memberi pertimbangan terhadap cadangan dikemukakan mereka pada Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan Jumaat ini. Bagi mereka, cadangan itu perlu diberi pertimbangan sewajarnya bagi memastikan belanjawan berkenaan bersifat seimbang dan mencakupi pelbagai aspek yang menjurus kepada kepentingan dan kebajikan rakyat. Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata antara cadangan yang dibangkitkan ialah projek penambahbaikan pengangkutan awam seluruh negara terutama kawasan luar bandar dan tidak hanya dilaksanakan di Lembah Klang. Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng pula mahu kerajaan meneliti semula skim gaji kakitangan sektor awam, selain menimbang semula pemberian bonus dua bulan gaji dan langkah menyerap pekerja kontrak dalam perkhidmatan awam atau melanjutkan tempoh perkhidmatan kontrak mereka. Katanya, CUEPACS turut mencadangkan kerajaan meluluskan had umur persaraan 60 tahun, meneliti peluang kenaikan pangkat dan gred dengan mengambil kira kelayakan akademik berasaskan prinsip pembelajaran sepanjang hayat dan penetapan gaji minimum. "CUEPACS juga memohon Elaun Sara Hidup (Cola) dipanjangkan kepada semua termasuk kakitangan yang menginap di kuarters dengan nilai seragam RM300 sebulan," katanya. Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan, berkata pihaknya mencadangkan supaya kerajaan menurunkan kadar cukai pendapatan korporat daripada 25 peratus kepada 20 hingga 22 peratus. Beliau berkata, ia adalah kadar lebih kompetitif jika dibandingkan dengan Singapura yang mengenakan cukai 17 peratus. Selain itu, katanya, penurunan cukai pendapatan individu daripada 26 peratus kepada 20 hingga 22 peratus juga perlu diberi pertimbangan sewajarnya selain pemberian insentif menerusi pelepasan cukai berganda kepada majikan yang mengambil pekerja warga emas bagi menggalakkan lebih ramai majikan yang mahu memberi peluang kepada golongan berkenaan. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenfatimah Harap kerajaan bantulah golongan berpendapatan rendah seperti kami yg berkeluarga supaya dapatlah di naikkan sedikit gred gaji supaya sama2 dapat hidup lebih selesa selepas ini.. HASMAH MUHAMAD SETUJU DAN BERTERIMAKASIH KEPADA KEJAJAAN MALAYSIA DIATAS KE PRIHATINAN TRERHADAP RAKYAT anaksabah Harap pihak kerajaan pertimbangkan kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan untuk kumpulan sokongan yg sekarang ni cuma RM180.00 sahaja.Skrng ni,sewa bilik pun dah mencecah RM300 ke atas apatah lagi sebuah rumah. hasry tax naikkan kepada rm3-4k sebulan, selaraskan gaji pekerja swasta bersama gov, loan bank bagi kelonggaran kepada swasta (jgn dok kasi gov jer), socso sepatutnya tak bole kenakan 1% tips (service charge) kepada hotel2 yang bergaji kecik disebabkan alasan socso byk bayar pencen ilat kepada pencarum, rumah susah nak apply sebab gaji yang kecik sedangkan gov senang nak beli...so pikir2kan apa yang PM bole buat kepada pekerja swasta yang merana...... Mohd. Jani bin Kasdi PM KITA ADALAH PEMIMPIN YANG BERFIKIRAN LUAS...SAMA SAMA LAH KITA MEMBERI LALUAN KEPADA YAB. PM UNTUK MEMIKIRKAN APA YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT.... Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana menjaga kebajikan rakyat. Sangat berharap agar pekerja kontrak diserapkan ke jawatan tetap. Amin dinaj Gaji kakitangan awam jarang sekali naik..tapi harga barang dah berkali-kali naik..so kalau gaji k/tgn awam naik dan brg pun naik itu kira adil..patutnya tiap kali brg naik atau myk naik gaji/alaun k/tgn awam kena naik juga shah saya harap kerajaan lebih telus dalam penilaian belanjawan 2012 dan tahun2 seterusnya. kami digolongan bawahan menerima tempias yg amat sedikit dari belanjawan yg diberikan. paling2 dapat dlm bentuk subsidi, tu je. bajet sampai b'bilion tp yg dpt rasa skit sgt smpai xnampak pon perginye ke mana. xnampak pembaharuan yg jelas malah rakyat saban tahun makin parah. masyarakat Malaysia adalah antara yg mengekalkan gaya hidup sederhana dan perkara ni diakui sendiri oleh masyarakat dari luar negara. kerajaan seharusnya memperhalusi setiap belanjawan yg telah diberikan,adakah benar2 berkesan atau hilang macam tu je. dan setiap belanja yg dikeluarkan pasti menuntut pulangan samada dalam bentuk wang mahupun tenaga kerja@ modal insan. skrg dh tiba masa kita trace ke mana duit tu disalurkan. setakat atas kertas tapi perlaksanaan lemah, xguna juga. ayam jantan kepada yg bekerja swasta jgn la nk berharap tinggi2...pekerja gomen naik gaji barang trus naik..yg keje swasta nganga jer la..angguk2 kepala tu bile pm ckp harga brg di m'sia masih murah berbanding dgn negara luar...nk buat loan pun susah..mcm ni ke kerajaan nk tolong org swasta..tapi mintak sektor swasta bekerjasama dgn kerajaan..brp byk pekerja gomen dlm m'sia?..jgn jadi angan2 mat jenin la pekerja swasta..jgn berharap sgt..nanti merana anak sarawak tunggu jak hari jumaat tok. harap2 apa yang diminta ceupacs menjadi kenyataan, tak lah menjadi beban kita yang bergaji sederhana nie... anak sarawak tunggu jak hari jumaat tok...kalau benar seperti yang diminta, bahagianya hidup rakyat rakyat malaysia.... wani Kami setuju dengan cadangan CEUPACS.....xsabor nk tggu perbentangan....AMIN ABU SEMAN-SARAWAK Naik je lah gaji kakitangan awam.apa susah-susah. jangan pikir panjang lagi .kasian kami orang ni.barang banyak dah melambung naik pulak tu. hafiz faiz Bajet 2012 akan terlaksana jika rakyat malaysia bersama2 berdoa untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup...jagan hanya berhajat untuk dapatkan sesuatu, tetapi berdoalah untuk mendapatkan sesuatu...Insya Allah... imahh salam...saya sokong sepenuhnya cadangan CUEPACS memohon Elaun Sara Hidup (Cola) dipanjangkan kepada semua termasuk kakitangan yang menginap di kuarters dengan nilai seragam RM300 sebulan Hairudin Bantulah pihak swasta mcm kami nie...susah betul nak buat loan..asik2 kakitangan kerjaan & badan berkanun jek dlm iklan2 tu..kami juga menyumbang ekonomi negara..barang2 keperluan sume dah naik hege..bantu2lah kami nie...Terima kasih PM... dinain tahun ne je susu tepung untuk baby naik dah 3 kali. saya ada 4 org anak so memang terbeban sangat kerana kerajaan tidak prihatin. Sutina Abas Memohon menghapuskan cukai bonus pekerja:-Pekerja sektor swasta daripada pelbagai bidang & pangkat sehingga pekerja am sentiasa bekerja berhempas pulas, bermandi peluh, bersengkang mata dan tidak penat-penat membuat kepelbagaian inovasi mahupun kaizen bagi merendahkan kos operasi serta meningkatkan produktiviti supaya keuntungan syarikat meningkat naik & seterusnya mendapat imbuhan bonus tahunan.Malangnya duit bonus juga dipotong cukai pendapatan sebaik sahaja slip gaji diterima.Saya merasakan tidak wajar titik peluh dan usaha gigih dimana duit bonus juga dipotong cukai pendapatan sebaik sahaja slip gaji diterima.Memadai semua duit cukai (STD),dimana setiap bulan Kerajaan Malaysia memotong cukai pendapatan penggajian pekerja bagi menampung perbelanjaan kerajaan walaupun duit gaji belum sempat dibau setelah penat bekerja.Justeru, diharap duit bonus tahunan tidak dipotong lagi atau dikembalikan semula duit bonus dalam bentuk-bentuk yang memberi manfaat kepada penduduk Malaysia seperti rebet kos rawatan kesihatan, rebet bil eletrik, rebet pembelian peralatan Internet dan komputer, rebet pembelian barangan teknologi hijau, rebet tol, rebet petrol, rebet cukai jalan, rebet selenggara kenderaan sendiri, rebet barangan dapur, sijil simpanan premium ataupun simpan di tabungan simpanan hari tua.
Insya-Allah kepimpinan Perdana Menteri lebih terserlah ke arah kebajikan kepada pekerja dan penduduk Malaysia jika menghapuskan cukai pengajian pada duit bonus pekerja. Kami pasti sokongan akan lebih kuat kepada kerajaan. Roslan Swak Beri perhatian jaw GPK dg32 yg sambg bljr naik gred ke dg41 yg tiada keistimewaan sdgkn beban kerja berat berbanding guru biasa yg sama gaji. Elaun tggngjwb hnya rm60 sbln, mmg tidak memadai dgn risiko GPK yg menjadi nadi kemajuan sklh rendah. orgbiaasa tunggu jela apa yg depa sumer nak bentang..jgn cakap je..bila tiba msnya..tarak..kosong.. tkt apa yg diharap hanya tinggal impian jer.. maklumlah org2 biasa mcm kami ni siapalah nak pandang, yg kaya semakin kaya..yg miskin semakin terpinggir.. Yangretibase Tak payah minta kenaikan gaji, tak payah minta bonus; TETAPI desaklah kerajaan supaya CUKAI barangan dan perkhidmatan diturunkan sertendah-rendah mungkin, dan harga barangan terutama petrol diturunkan serendah-rendah mungkin. Barulah rakyat boleh hidup dalam keselesaan. yuszman kepada Y.A.B. PM, sebagai kakitangan awam yang setia di belakang kerajaan yang sedia ada tiada yg lebih penting dikalangan kami penjawat awam ialah mahukan kenaikan gaji dan kebajikan kakitangan awam dipertingkatkan.saya yakin dengan adanya insentif ini kakitangan awam akan terus semangat dlm menjayakan KPI DAN nkra jabatan masing2.Sya doakan ada berita baik bagi kami kakitangan awam pada bajet 2012 kali ini. Samsudin Mohamed Alumni Institut Kemahiran Belia Negara Peretak berharap berita baik terhadap lepasan institut ini memandangkan ramai lepasan IKBN ini bekerja dengan pihak swasta tetapi gaji mereka tidak memadai.
fahmi mtuc mohon gaji minimum rm1500 harap di timbang gk ye hehe nor saya sokong 100% semua cadangan di atas..memandangkan kos sara hidup yg tinggi..dgn ank yg dh 3 org.gaji pokok takat rm1000 je..mkn pun cukup2,pampers, susu ank.mane ade duit nak simpan.tipa2 bulan je dah tentu kering.mane nak sekolahkan ank lg???plis fikirkan kepada golongan seperti kami semua.jgn pk kepada yg mmg dh kaya n berpendapatan tinggi..yang bawah2 ni buat keje..:)saya berharap sgt yang kerajaan akan bantu golongan miskin tegar.. AirRy Tunggu je la Jumaat ni, jangan kita semua 'kulum cekelat angin' udah ler!!!! so sui gum saya juga mengharapkan kumpulan guru-guru dg29 dg41 yang diketegorikan sebagai kumpulan guru yang rugi dalam pemberian gaji patut diambil perhatian. kerana kumpulan ini mengalami kerugian bukan saja dalam mendapat gaji yang setimpal malah dikatakan rugi dalam kekananan dalam perkhidmatan kerajaan. sekian. |
KENYATAAN AKHBAR: S.O.X. All-Stars Whiz ‘11 Posted: 04 Oct 2011 07:20 PM PDT MukaDepan S.O.X. ALL-STARS WHIZ '11 KINI MENAWARKAN PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI SPM MELALUI FACEBOOK!Khusus untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini KUALA LUMPUR: S.O.X. All-Stars Whiz '11 kini diperkenalkan bagi membantu pelajar mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui tutorial dan soalan ujian secara eksklusif menerusi laman Facebook S.O.X. bermula hari ini sehingga 15 November 2011. Antara soalan-soalan ujian dan tutorial yang disediakan ialah mata pelajaran Sains, Matematik, Sejarah, Bahasa Inggeris, Kimia dan Fizik."Melalui kerjasama dengan Berita Harian SKOR, S.O.X. All-Stars Whiz '11 merupakan kesinambungan siri S.O.X. All-Stars di bawah tunggak pendidikan di mana fokus tahun ini adalah untuk pelajar berusia 17 tahun yang bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi. "Pada tahun ini, S.O.X. All-Stars Whiz dengan bangganya memperkenalkan konsep pembelajaran baru yang lebih relevan kepada remaja masa kini. "Ia juga sebagai platform pendidikan untuk memudahkan pelajar mengulangkaji matapelajaran, selain daripada memupuk disiplin dan minat melalui medium pembelajaran baru seperti tutorial dan mengambil ujian secara "online". Pelajar yang berjaya mendapat markah tertinggi dan dalam tempoh terpantas dalam ujian bagi setiap mata pelajaran yang diambil berpeluang memenangi telefon bimbit Blackberry Curve 9300 (hadiah utama) manakala pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat akan menerima kad tambah nilai prabayar berjumlah RM50. Untuk pemenang mingguan bagi setiap mata pelajaran, mereka akan mendapat baucar Kentucky Fried Chicken (KFC) bernilai RM20. Penyertaan S.O.X. All-Stars Whiz boleh dilakukan dengan cara berikut:
Berikut ialah tempoh promosi di mana setiap soalan ujian bagi mata pelajaran Sains, Matematik, Sejarah, Bahasa Inggeris, Kimia dan Fizik akan dikemaskini pada setiap hari Rabu di laman Facebook S.O.X.: Tempoh: Minggu 1 (28 September – 4 Oktober) Untuk keterangan lebih lanjut mengenai penyertaan S.O.X. All-Stars Whiz, layari laman web www.facebook.com/soxfb |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |