Berita Harian: MukaDepan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 06 Oct 2011 04:58 PM PDT PERDANA MENTERI yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak memasukkan buku rahsia besar Belanjawan 2012 sambil dibantu Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (dua dari kiri) dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (dua dari kanan) selepas meninjau persiapan terakhir Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan hari ini. PUTRAJAYA: Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini akan menumpukan kepada dasar-dasar baru terutama bagi menangani kos sara hidup rakyat. Najib menggambarkannya sebagai 'belanjawan transformasi bagi semua rakyat Malaysia' yang menekankan kepada pendekatan inklusif tetapi sederhana. "Belanjawan itu akan memberi manfaat kepada segenap lapisan rakyat. Tumpuan yang diberikan termasuk dasar baru untuk menangani kos sara hidup dalam keadaan yang sukar tetapi pada masa sama mengekalkan pendekatan fiskal yang bertanggungjawab dalam pengurusan ekonomi. "Belanjawan ini adalah mengenai kerajaan yang mengotakan semua janji bagi memastikan keadilan sosial dan pada masa sama, mengekalkan hala tuju negara di landasan ekonomi yang berupaya memberikan kemakmuran jangka panjang kepada semua. "Selaras dasar 1Malaysia yang menjadi panduan iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, saya memberi tumpuan penuh kepada kesinambungan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan defisit tetapi tidak akan sekali-kali menjejaskan kebajikan rakyat biasa. "Ini adalah belanjawan transformasi bagi semua rakyat Malaysia yang sebenarnya akan mengukuhkan kedudukan kita dalam hala tuju mencapai status negara maju sepenuhnya dan berpendapatan tinggi," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri di sini semalam. Belanjawan itu dijangka terus bersifat belanjawan pengembangan dengan kerajaan menambah peruntukan perbelanjaan awam serta memperkenalkan beberapa langkah bagi mengurangkan kesan kenaikan harga barangan, meningkatkan taraf hidup rakyat, merangsang pembangunan modal insan dan memperkukuhkan kedudukan negara sebagai destinasi pelaburan. Perdana Menteri juga dijangka mengumumkan langkah dan inisiatif bagi mengukuhkan lagi usaha mencapai sasaran yang digariskan untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. Penganalisis menyifatkan pembentangan belanjawan kali ini paling mencabar sebagai persiapan menghadapi jangkaan satu lagi kelembapan ekonomi ekoran masalah kewangan Eropah, kelembapan ekonomi AS serta pertumbuhan perlahan ekonomi China. Antara langkah belanjawan yang secara umumnya dijangka dibentangkan Najib adalah: Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenMohd. ikbal kita kakitangan ni Yang Menurut Perintah Jer. Kalau ada bonus ke, kenaikan gaji ke alham dulillah... Yang dpt imbuhan tu ialah kontrokter2 kerajaan n kontrektor besar je tu. bandt Diharapkan kerajaan turut memandang rakyat yg bukan sahaja menjawat jawatan kerajaan tetapi juga golongan yang bekerja melalui kontrak seperti tukang sapu,tukang kebun & swaktu dgnnya.terdapat segelintir penender yg mmentingkn dri sndri walhal gaji minimun sdah dtetapkan.dan pekerja xmendpt gnjaran yg stimpal..d harap krjaan turut mmndang serius kebajikan golongan ini..kasihanlah dengan golongan ini bhempas pulas mcari rezeki tp mdpt blasan yg stimpal dgn pkerjaan mreka.. araz Harapan saya pengumuman peraturan berhubung penetapan gaji minimum dapat membantu pekerja swasta meningkatkan keupayaan ekonomi mereka. Dengan gaji pokok bawah RM 400, buat kerja lebih masa ( Over time - OT ) gila-gila pun susah nak dapat gaji bersih RM 1000++ sebulan..itu pun ikut nasib..kalau ada OT adalah duit lebih..kalau tak makan gaji pokok yang sikit tu je la... penan baram azei:di miri sarawak, susah nak dapatkan nasi 1.50 sebungkus. 4.00 sebungkus adalah. roti canai kosong, kalau tak silap harganya 1.50. Yan VTO Salam....Kami dari golongan penjawat awam berGRED paling rendah AMAT berharap bajet 2012 yang akan dibentangkan oleh PM pada petang ini (7 oktober 2011) akan memberi sinar baru dan pengharapan tinggi sekiranya PM mengumumkan perubahan skim tangga gaji/pelarasan gaji/gaji minima untuk semua kakitangan awam dan sektor swasta. Ini kerana realitinya kami pekerja/kakitangan awam dan swasta terlalu perit untuk meneruskan kehidupan harian di zaman kos sara hidup yang terus meningkat sedangkan pendapatan tidak sepadan dengan keperluan ASAS masakini. Kami memohon belas ihsan Perdana Menteri melihat masalah kami ini....terima kasih... apai malouda fuhh... saudara iqbal... mcm pakar ekonomi la... terbaaeekkkk... MAZ Salam..sebagai golongan pendidik,khusus bagi guru Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di seluruh Malaysia berharapan besar supaya KPM menyemak semula skim perkhidmatan guru SBP kerana kami bekerja keras siang & malam untuk kecemerlangan pelajar dan sekolah tetapi skim gaji masih sama dengan Sekolah Harian Biasa.Harap bahagian Bahagian Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kluster Kecemerlangan peka dengan situasi kami. TQ Salampb Salam bahagia semua rakyat Malaysia ( Yang menyokong Pembangkan & Yang Menyokong Kerajaan )....Saya salah sorang kakitangan AWAM berpendapatan rendah mengalu-alukan belanjawan 2012 yang dapat membantu semua golongan rakyat terutamanya yang memang sahih berpendapatan rendah tak kira penjawat AWAM, SWASTA dan rakyat biasa di kampung. Semuga belanjawan kali ini benar-benar menampakkan keperihatinan kerajaan membantu semua rakyat....terima kasih PM....... kuli wuti salam.. saya harap elaun khas diberi kepada semua guru... kalau PR nak bagi 500.. takkan PM tak nak bagi langsung kot.... yuni Pemberian bonus kepada kakitangan awam akan menyebabkan kenaikan harga barang. Ramai lagi pekerja swasta yang berjawatabn biasa yang belum tentu setiap tahun mendapat kenaikan gaji atau pun bonus dari majikan. Harap kerajaan bukan hanya fikir kepada sebelah pihak. semut putih bonus ka naik gaji ka..keja tetap keja..
azei Salam semua.Yang menjadi kerisauan saya dan barangkali sesetengah rakan-rakan kakitangan awam lain adalah pengumumuan bonus/pelarasan gaji bagi kakitangan awam.Ya,sememangnya itulah yang dinantikan oleh kakitangan awam umumnya namun berdasarkan pengalaman,keuntungan sebenar adalah kepada peniaga terutamanya peniaga makanan.Lihatlah contoh kuih-muih kini 50sen sebiji,nasi lemak RM1.50 sebungkus,roti canai RM1 sekeping walhal saiz/kuantiti masih sama.Sedangkan kenaikan kos barang mentah hanya hanya naik sedikit sahaja tetapi sesetengah peniaga mengambil kesempatan pula.Sekiranya kenaikan untuk menampung survival perniagaan tidak mengapa juga,tetapi jika harga dinaikkan untuk menampung kenderaan MPV nya,kemewahan hariannya, ini bermakna rakyat akan tetap tertekan melainkan kerajaan juga mengambil tindakan tegas kepada peniaga-peniaga yang yang mementingkan diri ini. ibtisam Nak naikkan umur persaraan bagi kakitangan swasta dari 55 tahun ke 64 tahun memang tak patut. Di usia sedemikian lah banyak agenda2 dan aktiviti yag boleh dilakukan setelah penat kerja bertahun2 makan gaji. Masa tu juga boleh berehat lebih panjang, menambahkan ilmu2 agama serta melakukan amal jariah dengan lebih seriuos. Melancong bersama keluarga, bersantai bersama anak2 dan cucu2. Dan banyak lagi aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat kepada kita. Sekiranya diusia sedemikian masih bekerja alangkah ruginya. Jangan terlalu mengejar harta dunia kerana ia tidak boleh dibawa mati. Dan kita hidup bukan untuk bekerja sahaja. Mazura setuju dgn dr pro..we'll wait n see... sapa dapt durian runtuh xdpt apa.. dr pro as,salam maaf saya hanya ingin komen berdasarkan pengalaman hidup selama lebih daripada 40 tahun saya hidup didalam negara malaysia dan sudah lebih dari 40 tahun belajawan negara yang dibentangkan di parlimen oleh setiap perdana menteri malaysia yang sedang berkhihmat pada masa itu,semua golongan kerajaan,swasta yang dah kaya mendapat faedah seperti durian runtuh.hanya golongan buruh kasar tetap kais pagi makan pagi kais petang makan petang kalau malam tak dapat kerja tidur tahan lapar.bantuan yang kerajaan cuba berikan sukar untuk sampai kepada golongan seperti kami,kalau saMPAIPUN hanya sekadar sisa-sisa saje. Iqbal Semoga Belanjawan 2011 ini memberi manfaat pada semua dan impak positif terhadap ekonomi negara seterusnya meningkatkan kadar pertumbuhan negara kepada 5 hingga 7 peratus. Abang Aji BP Syukur jika apa yang diminta diluluskan dalam belajawan.Cuma, ingat-ingatlah....jangan dah berangan-angan nak top-up pinjaman yang sedia ada.Nak tak cukup lagi dengan gaji yang diterima....sampai bila pun tak akan cukup.Jadi INGAT lah berbelanjalah ikut kemampuan jangan ikut NAFSU....Sesungguhnya MANUSIA itu tidak pernah cukup dan bersyukur dengan apa yang ada! Hidzamuddine bin Saharin Askum, saya hanya berharap kerajaan lebih prihatin dari segi kos kehidupan yangmana dari masa ke samasa semakin meningkat. Saya amat berharap Belanjawan 2012 dapat memberi kejutan pada rakyat terutamanya dari segi kenaikan gaji kakitangan awam yangmana ia menjadi harapan bagi semua kakitangan awam. AZMI MOHD YUSOF Bajet Rakyat yang akan dibentangkan nanti adalah diharapkan menjadi pemangkin kepada kesejahteraan rakyat khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.Keperihatinan kerajaan ke atas penjawat awam juga amat diharapkan khususnya di dalam semakan gaji. Ini dapat meningkatkan moral dan semangat untuk terus mendokong dan melaksanakan segala dasar kerajaan yang dipilih rakyat (BN). Diharapkan agar kerajaan dapat memberikan sedikit penghargaan kepada pasukan keselamatan yang amat berjasa terutamanya dalam mengekang pengruh komunis di tanahair tercinta ini. Hidup Malaysia !!!, Hidup Gagasan 1 Malaysia !!!! ...... Rakyat Marhain |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |