felda bukit goh - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda bukit goh - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>felda bukit goh</b> - Google Blog Search Posted: 20 Jun 2011 12:00 AM PDT | Blog Felda: <b>felda bukit goh</b> - Google Blog Search Posted: 20 Jun 2011 12:00 AM PDT | PDO :: Pahang Daily Online: Ceramah Bob Lokman Di <b>Felda Bukit Goh</b> <b>...</b> Posted: 20 Jun 2011 12:08 AM PDT KUANTAN, 21 Jun - Sambutan terhadap ceramah Bob Lokman (foto) di Felda Bukit Goh dekat sini malan tadi agak tidak mengecewakan, biar pun ia diadakan dalam sebuah tanah rancangan Felda yang sudah pastinya menjadi kubu kuat UMNO BN selama ini. Bekas Pengkritik Raja Lawak dan Pengacara Rancangan Teksi Tunai Astro, yang kini telah bersama dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) bercerama bersama pimpinan PAS setempat iaitu Ustaz Suhaimi Md Saad (Naib Ketua PAS Indera Mahkota) dan juga Cikgu Sulaiman Md Derus (Timbalan YDP PAS Kawasan Kuantan) jam 9.00 malam ini. Sebelum itu, penulis lirik lagu "Isabella" nyanyian kumpulan rock Search itu telah rakyat bersama dalam satu majlis ramah mesra dan Hi-Tea bersama rakyat di Warung Pak Abu, Felda Bukit Sagu 2 pada jam 5.00 petang semalam. Beliau kemudian akan menyampaikan tazkirah Maghrib di Masjid Kg.Panching, Jalan Sungai Lembing pada jam 7.30 malam sebelum ke pentas ceramah. Program adalah anjuran PAS Kawasan Paya Besar. Dalam ceramahnya, Bob sekali lagi membongkarkan rahsia kenapa beliau memilih PAS sebagai landasan perjuangannya. "Biar pun saya mendapat berbagai tohmahan dan kritikan yang di facebook saya, namun bagi saya itulah perjuangan. Saya gembira dengan apa yang saya lalui sekarang. Saya tidak pernah kata sertai PAS sebagai landasan untuk ke syurga, itu adalah tuduhan yang dibuat oleh mereka yang kecewa dengan keputusan saya. Mereka tergamak menghina agama dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu. Bagi saya, PAS adalah landasan terbaik untuk saya meneruskan sisa-sisa hidup ini. Antara sebahagian orang ramai yang hadir ke ceramah Bob malam tadi Buku Report Card MB Pahang tulisan Syed Ali turut dipromosi malam tadi Selama bertahun-tahun saya terjebak dengan dunia hiburan yang penuh maksiat dan kini dipenghujung usia tibalah masanya untuk saya kembali ke landasan kebenaran. Selama ini juga memang saya sering bergaul dengan ustaz-ustaz PAS, cuma sekarang saya membawa diri serta keluarga mendaftar sebagai ahli PAS. Saya tidak kecewa dengan hala tuju perjuangan yang saya lakukan ini. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk terus berjuang", kata Bob Lokman. Dalam ceramahnya juga Bob banyak mengajak orang ramai supaya menjadi orang Islam yang lebih bertaqwa seperti yang dituntut oleh agama. Baginya kerajaan yang ada hari ini, banyak merosakkkan minda umat Islam dengan menyajikan berbagai-bagai bentuk hiburan yang melalaikan, hingga generasi muda alpa dengan tanggungjawab mereka terhadap Islam. "Kini saya tidak lagi mendapat tawaran berlakon selepas beralih arah. Maya Karin sudah tidak hubungi saya lagi sekarang", kata Bob secara berseloroh. Sementara itu, sebelum Bob berceramah terlebih dahulu Cikgu Sulaiman Md Derus memulakannya. Beliau banyak mengulas tentang isu penyelewengan dan ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan BN terutamanya di negeri Pahang. Banyak isu yang dibongkarkan untuk menyedarkan rakyat kenapa perlunya mereka membuat perubahan dalam Pilihanraya Umum Ke-13. [Naib Ketua PAS Kawasan Indera Mahkota, Ustaz Suhaimi Md Saad pula lebih banyak membongkarkan isu Lynas kepada orang ramai. Masing-maisng terpegun melihat penerangan berfakta beliau yang turut menggunakan LCD Projector itu. Banyak rahsia tersembunyi yang masih belum terjawab dalam isu Lynas telah didedahkan. Ternyata sambutan program ceramah anjuran PAS Paya Besar malam tadi berjaya mencapai matlamat. Sambutan hangat yang ditunjukkan oleh orang ramai membuktikan bahawa rakyat Pahang ternyata mahukan perubahan. Biarpun lokasi adalah dalam kawasan Felda, namun ternyata para peneroka dan generasi kedua sudah semakin berani untuk menyatakan bantahan sebenarnya. Tahniah dan syabas kepada tuan rumah kerana berani mengadakan program tersebut dirumahnya. Difahamkan, sebelum ini ceramah oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu juga telah diadakan di lokasi yang sama. Perubahan harus dilakukan demi generasi akan datang]. | Blog Felda: <b>felda bukit goh</b> - Google Blog Search Posted: 05 Jun 2006 12:00 AM PDT | Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.<b>felda lepar utara</b> - Google Blog Search Posted: 27 Mar 2011 11:31 PM PDT | <b>felda lepar utara</b> - Google Blog Search Posted: 16 Mar 2011 11:21 PM PDT | <b>felda lepar utara</b> - Google Blog Search Posted: 09 Mar 2011 11:09 PM PST
| <b>felda lepar utara</b> - Google Blog Search Posted: 18 Mar 2011 11:39 PM PDT Assalamu'alaikum dan Salam 1 Malaysia. Sekolah Kebangsaan (LKTP) Lepar Utara Satu telah dibuka pada hari Isnin, 25 Februari 1985 di tanah seluas 8 ekar dan terletak di bawah pengawasan Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan kemudian mulai 1 Januari 2005 dipindahkan pengawasannya kepada Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Sekolah ini mengandungi 2 blok bangunan, 1 kantin, 1 surau dan 22 unit rumah guru. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini tinggal dengan menyewa rumah kakitangan Felda dan Kilang Sawit selain tinggal di rumah guru. Sekolah ini terletak di pedalaman dan di kelilingi oleh Gugusan Felda Lepar Utara 1,2,4 dan Felda Plantation 5, 10, 13 dan 14. Jarak dari sekolah dan PPD Kuantan ialah sejauh 221 km manakala PPD Jerantut ialah 98 km. Sementara itu jarak ke JPN Pahang pula sejauh 227 km yang mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan menaiki kereta melalui Bandar Jengka, Maran dan seterusnya ke Kuantan. Mulai Januari 2006 SK Lepar Utara Satu telah dipindahkan ke Zon Gelanggi di bawah pentadbiran PPD Jerantut. Murid-murid yang belajar di sini terdiri daripada anak-anak peneroka, buruh ladang, kakitangan Felda dan Kilang Sawit Lepar Utara 4, guru-guru dan anggota polis. Pada mulanya sekolah ini menumpang di bangunan Pejabat Felda Lepar Utara 1. Pada masa itu keadaan sekolah adalah dalam serba kekurangan di mana tiada kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan perhubungan yang teruk. Melalui daya usaha penduduk serta guru, mereka telah bergotong-royong membina kerusi dan meja panjang untuk kegunaan murid-murid. Keadaan ini berterusan sehinggalah pada bulan Julai 1985 di mana sekolah telah menerima bekalan perabot daripada JPNP. Bermula dengan 87 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan seramai 7 orang guru termasuk seorang Guru Besar, sekolah telah beroperasi walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Bilangan murid dan kakitangan telah bertambah dari setahun ke setahun hinggalah ke hari ini di mana jumlah murid ialah seramai 752 orang, 45 orang guru termasuk Guru Besar, 2 orang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah, 4 orang Pekerja Rendah Awam dan 2 orang Pengawal Keselamatan. SK. (LKTP) Lepar Utara Satu telah berpindah ke bangunan baru yang ada sekarang pada 5 Oktober 1988. Dengan kemudahan yang bertambah proses pengajaran dan pembelajaran telah dapat dijalankan dengan lebih sempurna begitu juga dengan aktiviti luar bilik darjah. Pada tahun itu juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan. Dengan adanya PIBG kerjasama yang sedia ada telah terjalin dengan lebig erat lagi. Pada 16 Mac 1989 sekolah ini telah dinaikkan gred dari gred C ke gred A. Sesuai dengan kenaikan gred sekolah ini dapat beroperasi dengan lebih baik dan sempurna. Aktiviti ko-kurikulum juga berjalan dengan lancar di mana Sukan Tahunan kali Pertama dapat diadakan pada tahun 1988. Sungguhpun jauh di pedalaman sekolah ini telah berjaya melahirkan atlet yang berwibawa di mana pada tahun 1994 dan 1998 seorang pelajar telah mewakili negeri Pahang dalam sukan olahraga. Pada tahun 1998 seorang lagi pelajar telah mewakili negeri dalam sukan bola sepak. Kemudian pada tahun ini seorang pelajar terpilih mewakili negeri dalam sukan bola tampar perempuan. Dalam bidang akademik pula pencapaian terbaik sekolah dalam UPSR ialah pada tahun 2002 di mana seramai 8 orang pelajar telah mendapat 5A, dan peratus kelulusan tertinggi setakat ini ialah pada tahun 2005 iaitu 56.6%. Adalah diharapkan agar segala pencapaian dari sekolah ini dapat dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa. Pada masa ini sekolah dijalankan dalam 2 sesi iaitu sesi pagi untuk murid-murid tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6 manakala sesi petang pula melibatkan murid-murid tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda bukit goh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |