{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda tenggaroh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda tenggaroh - Google Blog Search


Foto Pra-Perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim | 101 <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2011 05:57 PM PDT

Anda mungkin ingin membaca:

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang saat bahagia pasangan pelakon Memey Suhaiza dan aktor Norman Hakim diijab kabulkan.

Gambar Pra-Perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim

Sama seperti pasangan bakal raja sehari yang lain, Memey Suhaiza mengakui berdebar menantikan detik bersejarah itu.

Malah kata Memey Suhaiza, tidur malamnya turut terganggu serta tidak lena kerana memikirkan hari bersejarahnya yang akan berlangsung pada Sabtu ini di kampung halamannya Felda Tenggaroh, Kota Tinggi, Johor.

Gambar Pra-Perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim

"Memang berdebar mengenangkan majlis yang akan berlangsung pada Sabtu ini. Setiap malam saya tak boleh tidur kerana risaukan majlis tersebut hinggakan dalam tidurpun boleh termimpi-mimpi perkara itu.

"Bukannya apa persiapan semua telah dilakukan tapi kita tak tahu apa yang akan berlaku pada hari tersebut," katanya ketika dihubungi portal murai.com.my, bercerita mengenai persiapan pernikahannya yang akan diadakan pada Sabtu ini di kediamaan keluarganya di Felda Tenggaroh, Kota Tinggi, Johor.

Gambar Pra-Perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim

Menyambung perbualannya, jelas gadis berusia 23 tahun itu, dia sendiri seakan tidak percaya bakal mengakhiri zaman bujangnya tidak lama. Namun segala debaran dan kerisauannya hilang apabila bakal suaminya banyak membantu menenangkan dirinya.

"Memang berdebar sangat sekarang ini. Nasib baik ada abang Norman yang banyak menenangkan saya kerana dia sudah ada pengalaman berkahwin sebelum ini. Kadang kala saya rasa macam tak percaya akan berkahwin. Pernah beberapa kali saya cakap pada abang Norman yang saya masih lagi tak percaya akan berkahwin tak lama lagi," katanya lagi.

Bakal mengayakan busana rekaan Ezuwan Ismail pada majlis pernikahannya kelak, kata Memey, segala persiapan telah pun siap sepenuhnya. Tuturnya lagi, segala persiapan di kampung diuruskan 100 peratus oleh ibunya Nor Lela Abd. Rahman.

Gambar Pra-Perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim

Malah kini, kata Memey, persiapan dari segi makanan telah pun giat dijalankan oleh ibu dan orang kampungnya secara rewang (memasak beramai-ramai).

Gambar Pra-Perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim

"Majlis memasak secara rewang sudah dibuat bermula hari ini. Mak dan orang kampung dah mula buat kek, kuih dan sebagainya. Saya nak berterima kasih kepada mereka semua kerana sudi turun padang dan membantu saya dan keluarga," katanya yang akan pulang ke kampung hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai majlis pernikahannya Sabtu ini, jelas Memey, ia akan bermula selepas solat Asar sehingga ke lewat malam.

Gambar Pra-Perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim

"Sabtu ini saya akan bernikah selepas Asar. Kemudian malamnya akan ada majlis berinai, potong kek, joget lambak, bunga api dan macam-macam lagi. InsyaAllah doakan semuanya berjalan lancar ya," ucapnya mengakhiri perbualan.

Dalam pada itu, majlis resepsi pasangan tersebut yang menerima tajaan sebanyak 12 juta akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, pada 28 September depan yang hanya bakal dihadiri oleh teman-teman industri seni dan media.

Ditemui dari hasil carian:
  • perkahwinan memey dan norman
  • REWANG MEMEY
  • persiapan mimy dan norman felda tenggaroh
  • mula rewang memey
  • Memey Suhaiza tidur
  • majlis perkahwinan norman hakim dan mimey suhaiza
  • MAJLIS BERINAI MEMEY SUHAIZA
  • gambar perkahwinan norman dan memey di felda tenggaroh
  • gambar perkahwinan memey dan norman hakim
  • busana memey suhaiza

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat