{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Azizan diboikot

Posted: 25 Feb 2012 01:26 PM PST

MukaDepan

AZIZAN meninggalkan Ibu
Pejabat PAS Kedah di Kota Sarang
Semut selepas mesyuarat khas
parti, semalam.

AZIZAN meninggalkan Ibu Pejabat PAS Kedah di Kota Sarang Semut selepas mesyuarat khas parti, semalam.

5 EXCO PAS Kedah pulau mesyuarat khas bersama MB

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terus menerima tekanan apabila lima ahli EXCO PAS Kedah memboikot mesyuarat khas tertutup parti itu yang dipengerusikannya, kira-kira jam 4 petang semalam, di Ibu Pejabat PAS Kedah, di Kota Sarang Semut, di sini.

Mereka yang tidak hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Phahrolrazi Zawawi; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Badan Bukan Kerajaan, Datuk Dr Ismail Salleh; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Industri, Datuk Amirruddin Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Abdul Ghani Ahmad.

Saya masih Menteri Besar dan saya akan bekerja seperti biasa. Macam-macam cerita keluar sejak dari hari pertama saya menjadi Menteri Besar sampai la (sekarang). Selepas empat tahun, saya masih bertahan. - Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah.

Dua EXCO yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Datuk Siti Aishah Ghazali dan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Rasul. Kedah mempunyai 10 EXCO dengan tujuh PAS dan tiga Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Turut hadir pada mesyuarat itu termasuk, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail; Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohamad Sanusi Md Nor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Datuk Yahya Abdullah.

Bagaimanapun kehadiran Mohamed Taulan ke mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam itu, menimbulkan tanda tanya berikutan namanya antara yang disebut bersekongkol dengan tiga EXCO Kedah untuk menjatuhkan Azizan.

Azizan yang meninggalkan dewan jam 6.30 petang enggan menemui pemberita.
Akhbar semalam melaporkan cubaan menyingkirkan Azizan dikatakan didalangi kumpulan Erdogan dalam parti itu yang berusaha menyekat pengaruh golongan ulama.

Sebelum itu, Menteri Besar yang ditanya mengenai konspirasi untuk menjatuhkannya, berkata rancangan itu tidak akan menjejaskan kredibiliti dan kedudukan beliau sebagai pemimpin nombor satu negeri ini.

"Saya masih Menteri Besar dan saya akan bekerja seperti biasa. Macam-macam cerita keluar sejak dari hari pertama saya menjadi Menteri Besar sampai la (sekarang).

"Selepas empat tahun, saya masih bertahan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Persatuan Alumni Maktab Mahmud Kedah Kali Ke-2 di sini, semalam.

Mengulas tindakan Phahrolrazi yang didakwa mengosongkan pejabatnya sejak beberapa hari lalu, Azizan berkata: "Saya tidak pernah turun pejabat depa (EXCO).

Phahrolrazi pula berkata, dia bercuti sehingga 1 Mac ini dan belum menerima jemputan majlis pelantikan semula jemaah EXCO Selasa ini.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, desakan pihak tertentu agar Azizan berundur, satu lagi bukti kepemimpinan pembangkang berdepan masalah.

"Kita akan melihat perkara ini dari jauh, namun ia jelas menunjukkan PAS dalam masalah," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

julinamanja

minta selesai mengikut cara islam sesuai dengan parti islam

mazelanshamuddin

Pas dlm delima.Semasa Anuar keluar dari Umno;dia komen Umno cukup-cukup .Bila Hasan Ali keluar Pas dan buat komen,dia orang tak boleh terima.Apa masaah dalaman mereka akan diletakan kepada Umno.Kau tak percaya tunggulah nanti masaalah MB Kedah ni.Umnolah yang akan jadi tomahan parti tersebut.

kaw-law

Dulu kata orang sekarang sama saja, kesihan Islam jadi jajaan.

jebon

Setuju2 pada RAHSIA. mmg dah semakin ramai ahli PAS yg kurang bijak

cinta

inilah masalah besar terhadap pimpinan parti PAS,mengunakan nama islam utk rakyat sokong pas,kalau nama umno bukan islam disbbkan umno takde nama islam,ini masalah besar,PAS tidak akan perintah negara malaysia,jika allah tak izinkan.jgn ekstrim terhadap agama demi kehancuran rakyat malaysia,hanya allah yang maha mengetahui atas perbuatan kita semua.SOKONG ISLAM tetapi bukan sokong parti yang menggunakan nama islam atas menarik golongan tertentu smpai menghancurkan umat.

mohamadbakhari

Salam. inilah khadar n kadhaq tuhan. kadang2 kita terlepas pandang segala dosa kita pada tuhan dan kesalahan kita pada orang ramai. mereka memberi kepercayaan pada kita tapi kita mengabaikan nya.kita berjanji pada mereka tapi kita tak menepatinya. kita bersumpah untuk menolong mereka tapi kita tidak melakukan nya dan macam2 janji yg kita taburkan tapi kita tak melunaskan nya. jadi mungkin ini musibah dan peringatan dari tuhan agar kita bermuhasabah diri.insallah.

ibrahim bin ahmad

sabarlah je ye! kerana mulai Okt 2011 sehingga march 2013 akan diadakan pilihanraya PRU 13. boleh jadi MB jika ada rakayat kedah sokong!!! kerana manusia sentiasa berubah dari bayi sehingga ke peringkat umur tua?

tarmizi

Buat yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Untuk kesejahteraan rakyat Kedah. Rujuk Al-Quran dan Sunnah Nabi sebagai Panduan. jangan buat keputusan sendiri. Jangan menuding kepada siapa². Mana² manusia pun ada masalah. ini sebagai amaran dari Allah untuk manusia berfikir dan bertindak.

Rahsia

PAS semakin teruk dari UMNO. Adakah ini akibat PAS sering permainkan ajaran Islam demi politik? PAS parti paling tak cerdik di Malaysia. Masuk PAS ibarat menjadi orang tak cerdik. Sebab itu pengikut PAS mudah diperalatkan & disuruh buat apa saja.

annacomel

pakatan yang tak bermuafakat..

atikah

Pas sekarang dengan PKR dan DAP lebih kurang sama...perosak bangsa dan ugama


Kena bunuh di rumah sendiri

Posted: 25 Feb 2012 11:56 AM PST

MukaDepan

NONRI menceritakan kejadian yang menimpa anaknya kepada media,   semalam.

NONRI menceritakan kejadian yang menimpa anaknya kepada media, semalam.

TAIPING: Seorang ibu tunggal tidak menyangka anak perempuannya berusia 16 tahun yang ditinggalkan berseorangan dibunuh kejam suspek yang dipercayai cuba merogol dan mencabulnya di rumah mereka di Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering, di sini, kira-kira 4.30 petang kelmarin.

Nonri Musa, 40, yang ketika kejadian menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Wan Ahmad Rasdi, hampir pengsan melihat mayat anak ketiganya, Nurul Aien Mohd Saimon, 16, yang separuh badan termasuk kepala terendam dalam kolah yang dipenuhi air, manakala kakinya terjuntai keluar.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Nurul Aien yang juga pelajar SMK Datuk Wan Ahmad Rasdi itu turut cedera di kepala akibat hentakan objek keras.

Beliau berkata, beberapa hari sebelum kejadian, dia ada melihat kelibat dua lelaki di belakang rumahnya dan apabila cuba disapa, mereka melarikan diri.

"Ketika bermesyuarat, saya dihubungi ahli keluarga memaklumkan anak saya mati dipercayai dibunuh.

"Saya bergegas pulang ke rumah dan melihat keadaan anak yang sudah kaku. Saya tidak menyangka ada insan tidak berperikemanusiaan sanggup berbuat demikian," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Beliau berkata, beberapa hari sebelum kejadian, dia ada melihat kelibat dua lelaki di belakang rumahnya dan apabila cuba disapa, mereka melarikan diri.

"Saya tidak mengesyaki apa-apa perkara buruk dan tidak melaporkannya kepada polis sehinggalah semalam (kelmarin) anak saya ditemui mati," katanya.
Jiran mangsa, Abd Halim Abd Majid, 45, yang tinggal kira-kira 50 meter dari rumah mangsa berkata, anaknya Afnan, 16, rakan karib mangsa terdengar jeritan dari arah rumah mangsa, sekitar jam 3.30 petang tetapi tidak menghiraukannya kerana menyangka keluarga jirannya hanya bergaduh sesama ahli keluarga.

"Tidak lama kemudian, ada saksi memaklumkan melihat seorang lelaki keluar dari rumah mangsa dan meredah kawasan semak di belakang rumah sebelum menyeberang Sungai Limau berdekatan rumah mangsa.

"Bagaimanapun, kami tidak menghiraukan kejadian itu sehingga dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa dalam bilik air Nonri, jam 4.30 petang," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah, berkata siasatan awal mendapati kes berkenaan tiada kaitan dengan rompakan berikutan tiada kesan pecah masuk selain tiada kehilangan barang berharga dan kesan bilik digeledah.

"Kami mengesyaki suspek cuba merogol dan mencabul sebelum membunuh mangsa dengan melemaskannya dalam kolah di bilik air rumah berkenaan. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan.

"Susulan siasatan itu, seorang lelaki berusia 18 tahun iaitu penduduk tempatan turut ditahan di kediamannya yang tidak jauh dari lokasi kejadian awal pagi tadi (semalam) bagi membantu siasatan," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, malam kelmarin untuk bedah siasat, sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 9, di sini, pagi semalam.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

atok dragon

anak anak berhati hati dengan orang asing mahupun dikenali. baik lelaki mahupun perempuan jaga adat sopan tutur kata dan cara berpakaian-pesanan atok

pendapatku

sayed, walau macam manapun kita pasang gril rumah, tetap juga dimasuki pencuri bukan? begitu juga dengan gadis Melayu. Walau mereka tutup aurat, mereka tetap akan menjadi mangsa rogol.

nadiah hisham

mcm ni la masyaakat jiran2 skrg.. x pernah nk ambil peduli. walaupun dh nmpk ada org asing keluar dr rumah jiran n lari ke semak blkg pun boleh buat x tahu..

riess

kesian,jiran tak prihatin.dengar jeritan pun tak hirau,malah nampak lelaki keluar dari rumah pun masih takda rasa curiga.hidup berjiran sepatutnya perlu mengambil tahu.

suparjo

apa yg jadi dah pon terjadi..kita yg ada ni bila nak ubah pemikiran? mentaliti masyarakat..tak boleh terima teguran bangsa sendiri..kalau org lain tegur..pandai pula patuh? tak kira tua muda..sama saja..sampai bila mau mcm ni? suka ati laaa labuuu

apai eden

org mcm tu baru patut kena hukum bunuh aje...

sham

satu peringatan kepada kita semua ramai yang tidak dapat mengawal nafsu jadi kepada anak gadis, perempuan dan wanita hati-hati

SpirogyraJR

kesian budak ni.. muda lgi dah meninggal.

Dea dayana

Trlalu kjam owg yg wat pkare 2..mmg x leh d'maafkn..knpelah wnita slalu saje jd mngse kgnasan..=(

HJ SHARI

Perlu ada sedikit perasaan curiga bila melihat sesuatu yang 'luar kebiasaan'.Sikap ambil tahu situasi sekeliling adalah penting untuk menghindar hal sebegini berlaku. Gejala runtuh akhlak semakin parah sekarang.

dina

apalah dosamu wahai anak.....

sayed

saya merasakan perempuan-perempuan melayu yang cantik seolah-olah apabila dilahirkan hanya untuk 'diratah' oleh lelaki-lelaki. Lihat berapa ramai gadis melayu yang belasan tahunnya mulai gedik dan berhias mulai meliar sana sini ... urm ... kasihan gadis2 melayu ...

rashid

ITULAH SIKAP ORG MELAYU ,TIDAK ADA RASA CURIGA APA YG BERLAKU TERHADAP JIRAN SEKELILING .APA YG BERLAKU TERHADAP MAKCIK NONRI HARUS DIJADIKAN TAULADAN PADA SEMUA SEMUA ORANG ISLAM .JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT.


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat